Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng harus berhenti berlakon sebagai mangsa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bangkit mempertahankan diri beliau serta kerajaan negeri dari tuduhan rasuah yang terpalit ekoran skandal banglo dan juga kilang haram di Sungai Lembu. Setelah 10 tahun memerintah Pulau Pinang, Kerajaan negeri kini dilihat tidak efisien, lemah dan lembab dalam mentadbir negeri sehingga memberikan kesusahan kepada rakyat Pulau Pinang.
Jika dilihat data kemasukan dana/pelaburan asing ke Pulau Pinang, prestasi kerajaan negeri langsung tidak memberangsangkan. Banyak syarikat gergasi Multi National Companies (MNC) lebih suka untuk beroperasi dari Johor berbanding Pulau Pinang ekoran polisi kerajaan negeri Johor yang lebih mesra kepada pelaburan asing dan juga hubungan baik kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.Lim Guan Eng perlu sedar bahawa sikap beliau yang suka bergaduh dengan kerajaan pusat langsung tidak menguntungkan rakyat Pulau Pinang.
Malah, bukan sahaja dalam isu pelaburan, kini kerajaan negeri juga terpalit dengan skandal rasuah. Tidak pernah dalam sejarah Pulau Pinang seorang Ketua Menteri didakwa di mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa dan rasuah. Malangnya, walaupun didakwa di mahkamah, Lim Guan Eng bukan mahu membersihkan nama beliau secepat mungkin tetapi berusaha bersungguh - sungguh untuk menangguhkan kes beliau.
Persoalanya kenapa?
Ini berbeza dengan pemimpin MCA seperti Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong. Sebagai Menteri dan pemimpin tertinggi MCA, mereka berdua dilihat mempunyai imej yang bersih dan Mr. Clean. Malah kedua - dua orang pemimpin ini juga konsisten dalam berkhidmat untuk rakyat, berbeza dengan pemimpin DAP yang hanya dilihat sibuk berpolitik siang dan malam tanpa menghiraukan keperluan rakyat.
Cuma bagi kita mengharapkan masyarakat Cina perlu membuat keputusan yang penting pada PRU - 14 yang akan datang. Adakah mereka tetap mahu mengundi DAP yang sudah terbukti korup atau pun mahu kembali mengundi serta menyokong MCA yang sudah terbukti ikhlas berkhidmat kepada rakyat.
Credit ; KL Chronicle
No comments:
Post a Comment