Oleh
Syahir
Selepas
harga RON95 meningkat sejumlah 4 sen daripada RM2.16 kepada RM2.20 liter
bermula tengah malam semalam saya ada terbaca status dan tweet di Facebook dan
Twitter seperti di bawah.
Di
pasaran minyak antarabangsa, harga minyak mentah Brent "merosot" 19
cent kepada AS$53.19 setong, tapi di Malaysia?
Status
seperti ini menunjukkan betapa rendahnya pemahaman rakyat Malaysia tentang
kaedah pengiraan harga minyak runcit di sini.
Mereka
membaca berita tentang harga minyak antarabangsa yang jatuh sedikit untuk satu
hari kemudian membuat kesimpulan harga minyak minggu ini perlu turun.
Berita
Harian - 6 September 2017
Sudah
5 bulan harga runcit petrol dan diesel ditetapkan secara mingguan. Sepatutnya
semua sudah tahu bagaimana harga runcit ini ditetapkan setiap minggu. Saya
pernah tulis bagaimana harga minyak Malaysia ditetapkan di bawah AutomaticPricing Mechanism semasa harga ditetapkan secara bulanan.
Mungkin
sudah tiba masanya saya terangkan bagaimana harga minyak ditetapkan secara
mingguan walaupun formulanya tetap sama, untuk mengelakkan kekeliruan saya
tunjuk cara pengiraannya.
Harga
runcit petrol dan diesel di Malaysia ditetapkan melalui ditetapkan secara
apungan terkawal mingguan sejak 30 Mac 2017.
Harga
runcit petrol ditetapkan berdasarkan komponen-komponen iaitu:
1.
Produk Petroleum
Untuk
RON95, MOPS95 digunakan sebagai penanda aras harga produk minyak yang telah
diproses. Ianya berbeza dengan harga minyak mentah yang belum diproses. Produk
petroleum seperti MOPS95 adalah lebih mahal daripada harga minyak mentah
seperti minyak mentah Brent.
Data
harga MOPS95 adalah data yang hanya tersedia untuk mereka yang melanggan data
tersebut, bermakna orang awam tiada akses kepada data tersebut.
Walaubagaimanapun laman web seperti Australian Institute of Petroleum ada
menunjukkan secara kasar pergerakan harga MOPS95. Dengan itu anggaran sama ada
harga MOPS95 naik atau turun boleh dibuat dengan melihat carta yang disediakan:
2.
Tukaran Matawang
Harga
MOPS95 adalah dalam US Dollar. Untuk mendapatkan harga runcit dalam Ringgit,
ianya perlu ditukarkan kepada Ringgit. Saya gunakan tukaran USD/MYR yang
diambil di laman web Bank Negara Malaysia setiap hari pukul 5 petang.
3.
Kos dan Margin
Kerajaan
menetapkan kos tetap seperti kos operasi yang terdiri daripada kos pengangkutan
(hantar minyak ke stesen) dan kos pemasaran sejumlah 9.54 sen seliter. Kerajaan
juga menetapkan margin kepada stesen minyak sejumlah 5 sen seliter dan kepada
pengusaha stesen minyak sejumlah 12.19 sen seliter. Terdapat juga kos Alpha
sejumlah 5 sen iaitu kos perbezaan di antara harga sebenar produk petroleum dan
harga MOPS95 yang diterbitkan.
Jumlah
kos tetap = Alpha (5 sen) + Kos Operasi (9.54 sen) + Margin Keuntungan Syarikat
Minyak (5 sen) + Margin Keuntungan Pengusaha Stesen Minyak (12.19 sen) = 31.73
sen setiap liter = 32 sen (selepas dibundarkan).
Contoh
Pengiraan Harga Runcit
Saya
ambil contoh harga semalam 6 September 2017. Harga MOPS95 adalah AS$71.070,
tukaran USD/MYR = 4.2415.
Pertama
untuk menukar harga setong kepada seliter, 71.070 perlu dibahagi dengan 158.99
(1 tong minyak = 158.99 liter minyak).
1
liter MOPS95 = 71.070/158.99 = AS$0.447
Kemudian
untuk menentukan 1 liter MOPS95 dalam Ringgit perlulah didarabkan dengan
tukaran matawang semalam 4.2415
1
liter MOPS95 (dalam RM) = AS$0.447 x 4.2415 = RM1.90
Untuk
mendapatkan harga runcit RON95, kita tambah dengan kos tetap yang saya sebut di
atas berjumlah 32 sen.
Harga
Runcit RON95 pada 7 September 2017 = RM1.90 + RM0.32 = RM2.22 seliter.
RM2.22
adalah harga untuk semalam atau sehari sahaja. Di dalam penetapan harga minyak
secara mingguan harga RON95 perlu dikira untuk tempoh 5 hari daripada hari
Khamis sehingga hari Rabu minggu depannya (hari bekerja sahaja) kemudian dikira
secara purata untuk 5 hari tersebut.
Dibawah
adalah pengiraan harga minyak 2 minggu lepas dan minggu lepas:
Minggu
sebelum Merdeka iaitu 24 Ogos sehingga 30 Ogos, purata harga RON95 adalah
RM2.16 berbanding harga yang ditetapkan pada minggu sebelumnya iaitu RM2.15. Maka
harga RON95 pun dinaikkan 1 sen. Minggu lepas (31 Ogos - 6 September) purata
harga RON95 adalah RM2.22 dan harga yang ditetapkan adalah RM2.20.
Sebagai
rumusan, harga runcit petrol ditetapkan dengan harga purata 5 hari sebelumnya
bukan ditetapkan mengikut pergerakan harga minyak harian atau satu hari sahaja.
Katakan harga minyak pada hari Rabu turun, belum tentu purata harga 5 hari
lebih rendah daripada minggu sebelumnya. Kata kuncinya, harga purata.
Dan
sememangnya harga runcit petrol di Malaysia mengikut trend pergerakan harga
minyak antarabangsa seperti carta di atas.
Berbalik
kepada isu harga minyak antarabangsa turun, harga minyak Malaysia naik. Sekali
lagi kita kena ambil harga purata minggu sebelumnya (5 hari sebelumnya). Yang
dilaporkan Berita Harian sebagai merosot adalah harga satu hari bukannya harga
purata 5 hari.
Benar
harga minyak mentah Brent "merosot" 19 sen kepada AS$53.19 setong
tetapi banyak yang tak sedar harga minyak mentah Brent pada awal minggu adalah
sekitar AS$52.38 bermakna hari sebelum Brent merosot 19 sen, ianya meningkat
hampir 1 dollar.
Harga
Minyak Mentah Brent
Kalau
harga minyak mentah turun 1 sen pun, berita akan melaporkan ia sebagai
"merosot" tanpa mengambil kira harga yang meningkat lebih banyak pada
hari hari sebelumnya. Ambil contoh di atas, harga Brent "merosot"
0.78% pada 4 September, tetapi hari-hari sebelumnya iaitu 31 Ogos dan 1
September ianya telah pun meningkat 2.99% dan 0.71%.
Janganlah
berita melaporkan harga minyak mentah turun sehari, kita terus anggap harga
runcit petrol yang ditetapkan secara mingguan kena turun. Mesti ambil kira
harga purata minggu tersebut. Ini perkara asas.
Saya
harap sedikit sebanyak boleh fahamkan kekeliruan harga minyak dunia turun,
harga minyak Malaysia naik. Kepada yang malas membaca tulisan panjang, boleh
tonton video dibawah tentang cara pengiraan harga runcit minyak di Malaysia
mengikut mekanisme APM
Kita
kena banyak membaca supaya tidak mudah tertipu, terpedaya dan terikut-ikut
dengan apa yang orang lain cakap. Tidak salah jadi skeptik sebelum hadam berita
atau post yang kita baca. Biar otak lebih laju daripada jari jangan jari lebih
laju daripada otak.
Selamat membaca.
No comments:
Post a Comment