UMNO disifatkan seperti sebuah kapal yang besar
yang dimiliki oleh semua khususnya orang Melayu. UMNO juga tidak mendewakan
individu, tidak mengharapkan kekuasaan individu semata-mata.
Benar, kepimpinan seseorang itu wajar diberi
perhatian apatah lagi dalam usaha sesebuah parti mendapatkan sokongan akar umbi
atau sesuatu kawasan. Namun, parti itu lebih diutamakan.
Ketika memberi reaksi kepada kepulangan Muhammad
Taib ke pangkuan UMNO, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan ia
sebagai bukti bahawa UMNO sentiasa membuka pintu kepada sesiapa saja.
Sejak Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih ahli UMNO
menjadi Presiden parti, beliau menggunakan cara yang lebih terbuka berbanding
bekas Presiden Mahathir.
Sebagai orang lama dalam politik dan UMNO, Annuar
banyak menceritakan pengalaman beliau ketika menyaksikan apa yang berlaku di
dalam parti keramat UMNO.
Kata Annuar, zaman Mahathir dulu, wujud sistem
kouta iaitu menutup pintu. Inilah yang membezakan zaman Mahathir dan Najib.
Tambahan pula pada ketika itu tercetusnya team A dan B. Menyelak kembali
sejarah, Mahathir hanya menang tipis saja dengan lawannya Ku Li.
Hinggakan UMNO pernah diharamkan pertubuhannya.
Menyedihkan, pernah terjadi dalam sejarah konflik antara pemerintah (Mahathir)
dengan institusi raja-raja Melayu. Bergaduh saja kerjanya...
Berbeza dengan Najib, yang suka berkawan dengan
semua orang. Tengoklah lawatan kerja di Amerika Syarikat baru-baru ini, layanan
yang diberikan cukup istimewa! Bukan saja di Barat, pemimpin dan negara seperti
Arab Saudi dan Palestin juga begitu selesa serta suka pada Najib yang membawa
bendera Malaysia.
Berbalik semula kepada UMNO yang hari ini lebih
demokrasi... Tak kira siapa waima bekas pemimpin parti lawan, jika ia
benar-benar mahu bersama dalam perjuangan UMNO, apa salahnya. Ini parti milik
semua, bukan milik individu.
Mungkin ramai lagi pemimpin dan pengikut parti
pembangkang menyertai UMNO. Iyalah, biasanya, pemimpin-pemimpin ada pengikut
masing-masing.
"Warisan perjuangan orang Melayu ialah UMNO.
Orang-orang UMNO memperjuangkan parti bukannya individu. Kalau memperjuangkan
individu, sampai bila dia akan berkuasa?"
Demikian tegas Annuar dalam Program Bicara BH
bertajuk PRU14: Antara Mimpi & Realiti baru-baru ini.
Ialah, kalau kita perjuangkan individu, itu yang
tertubuhnya PPBM yang dikepalai Mahathir. Mahathir bergaduh dengan Najib sebab
nakkan anakknya diberikan jawatan besar. Macam mana nak beri, parti UMNO bukan
seperti DAP yang boleh disusun-susun oleh tangan ghaib. Dalam UMNO perlu
melepasi suara ahli dalam pemilihan parti. Kalau ahli parti tidak memberi
sokongan, bagaimana mahu mendapatkan mandat seterusnya menduduki jawatan
tertentu yang ditandingi?
Sebelum ini lahir PKR yang dikepalai Anwar
Ibrahim. Sebab apa? Bergaduh dengan Mahathir. Sebelum-sebelum dulu, pemimpin
PAS juga keluar UMNO dan tertubuhlah PAS. Juga kerana bergaduh dan merebut
jawatan.
Pemimpin bersilih ganti. Annuar pernah mengatakan
ketika program dialog Perjuangan 4 All di Wangsa Maju, Najib adalah pemimpin
parti dan negara yang sesuai pada zaman ini. Dipilih ahli UMNO sebagai presiden
parti, mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya, kenapa pula kita mahu
menidakkan demokrasi?
#BarisanProRakyat VS #PakatanProDAP
VIDEO - BICARA BH : PRU14: Antara Mimpi &
Realiti bersama Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa
No comments:
Post a Comment