Satu delegasi Pakatan yang digambarkan diketuai
oleh ‘Perdana Menteri’ Mahathir telah bertemu dengan 14 orang duta dari
negara-negara European Union (EU).
Delegasi Pakatan tersebut yang juga dianggotai oleh
Saifuddin Abdullah, Tan Kok Wai, Xavier Jeyakumar dan Mat Sabu telah membuat
pertemuan tersebut di kediaman Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Maria
Castillo Fernández.
Dalam perbincangan tersebut, Mat Sabu dikatakan
telah mencadangkan agar Malaysia didesak untuk membenarkan negara-negara EU
tersebut menerima pemerhati semasa pilihanraya umum yang akan datang.
Apa yang kita ketahui ialah negara-negara EU telahmelarang minyak sawit dari diperdagangkan di negara-negara mereka untuk
pembuatan biodiesel dua hari yang lepas. Langkah ini bukan sahaja menjejaskan
para peneroka FELDA serta para pekebun kecil di Malaysia, malah juga para
peneroka dan pekebun kecil di negara jiran kita, Indonesia.
Persoalannya sekarang ialah adakah Pakatan
Harapan, dalam kegilaannya untuk merampas tampuk kuasa, telah bersekongkol
dengan EU untuk memberi tekanan terhadap kerajaan Barisan Nasional?
Jika kita ambil kira kesanggupan Mahathir untuk
menjilat ludahnya sendiri serta bersekongkol dengan mereka yang lazim
memburuk-burukkan Raja, Islam dan institusi-institusi Melayu, tidak menjadi
pelik sekiranya benar mereka bersekongkol dengan negara luar untuk
menjahanamkan ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment