Wednesday, January 10, 2018

Helah DAP : Anak Perempuan Karpal Singh Kutuk Mahathir, Anak Tiri Khir Johari Tuntut Autonomi Pulau Pinang!!!

Pada ketika PKR, PAN dan PPBM sibuk dengan jawatan 'Perdana Menteri' dan 'Timbalan Perdana Menteri', tuan besar mereka, DAP langsung tidak mengeluarkan sebarang suara. Kalau ada pun, cuma dari kalangan pemimpin-pemimpin kecil seperti Sangeet Kaur, anak mendiang Karpal Singh yang menyuarakan rasa tidak senangnya berhubung pencalonan Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan.

Menurut Sangeet Kaur Deo, keputusan Pakatan menamakan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri adalah keputusan yang berundur ke belakang. Menurutnya lagi, pihak pembangkang seolah-olah tidak melihat orang lain sebagai pemimpin, sekaligus menandakan Pakatan sebenarnya tidak mempunyai strategi jangka panjang.

Katanya lagi, sepatutnya Pakatan kekal dalam polisi dan prinsip-prinsip mereka, bukannya memuja personaliti dan para pemimpin perlu dicungkil untuk memastikan kesinambungan.

Pengangkatan Mahathir hanyalah meneruskan lagi dasar Mahathirisme. Dan pada ketika UMNO sendiri cuba menghapuskan dan melupakan tentang Mahathirisme, Pakatan pula sibuk melahirkan semula dasar-dasar dan polisi-polisi yang mereka tentang kuat.

Sangeet adalah Setiausaha Antarabangsa Wanita DAP.

Cerita tentang Mahathir sebenarnya hanyalah cerita sampingan di kalangan DAP. Ada perkara yang lebih besar yang dikehendaki oleh DAP. Sama seperti Siri Projek Tanjong yang diusahakan oleh Lim Kit Siang, tetapi dijayakan oleh Lim Guan Eng pada PRU-12.

DAP telah lama belajar daripada 'kejayaan' Projek Tanjong. Seperti juga kejayaan Lee Kuan Yew pada 1964 di Singapura. Satu-satunya cara untuk menang besar adalah dengan memastikan komposisi terbesar dan majoriti di negara ini dibelah bahagikan. Kalau di Singapura, Melayu ditiadakan kerana dipecahkan kaumnya mengikut sub-etnik bagi menjadikan mereka sangat minoriti, di Malaysia juga, kaedah yang sama turut digunakan. Sekurang-kurangnya kita dapat melihat keadaan tersebut di Sabah dan Sarawak. Untuk itu, serangan menerusi medan politik adalah kaedah terbaik.

Hasilnya ialah parti-parti berteraskan Melayu seperti UMNO, PAS, PAN, PPBM dan PKR juga, bertempur sesama sendiri. Malahan ada di kalangan penggiat-penggiat parti tersebut berkata dengan bangganya, mereka lebih bangga bertuankan DAP berbanding bertuan Melayu yang menipu Melayu.

'Melayu tipu Melayu' adalah slogan dan doktrin utama DAP walaupun hakikatnya adalah terbalik.

Seperti PAP yang berjaya menjajah Singapura, DAP di bawah Lim Kit Siang juga mahukan sebuah 'negara' mereka sendiri. 'Negara' tersebut adalah Pulau Pinang. Bagaimanapun undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan tidak memungkinkan untuk mereka mengeluarkan Pulau Pinang dengan begitu mudah.

Fakta yang Pulau Pinang itu sebenarnya adalah sebahagian daripada Kedah yang dipajakkan kepada Kerajaan Persekutuan tidak pernah diiktiraf oleh DAP. DAP tidak pernah menerima hakikat bahawa Pulau Pinang bukan sahaja tidak boleh dikeluarkan dari Malaysia atau diberikan autonomi tetapi juga tidak boleh dipisahkan daripada fakta bahawa Pulau Pinang boleh dituntut oleh KDYMM Sultan Kedah pada bila-bila masa dan pentadbiran Pulau Pinang termasuklah ADUN-ADUN serta Exco-Exconya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menahan atau menghalangnya!

Namun DAP tidak pernah peduli kerana DAP juga tahu, kebanyakan orang Melayu terlalu sibuk berperang sesama sendiri dan tidak mempunyai masa untuk mempertahankan tanah mereka. Kalau ada tanah pun, orang Melayu akan menjualnya kalau ada pihak yang menawarkannya sedikit tinggi daripada harga pasaran.

Agenda besar DAP bukanlah Mahathir sebagai Perdana Menteri tetapi Pulau Pinang sebagai sebuah entiti berasingan!

Itulah yang dizahirkan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera yang seringkali mengaku dirinya sebagai orang Melayu walaupun tiad setitis darah dalam badannya adalah Melayu. Bahkan tidak ada juzuk dalam kehidupan dan amalannya pun sebagai orang Melayu.

Zairil Khir Johari kembali menyuarakan tentang autonomi yang perlu diberikan kepada Pulau Pinang. Ini bukanlah kali pertama, cadangan dan desakan autonomi untuk Pulau Pinang. Sudah berkali-kali terutama pada tahun 2014 dan kesemuanya datang daripada DAP.

Apa sebenarnya perjanjian antara Mahathir dengan Lim Kit Siang memandangkan DAP tidak akan sewenang-wenangnya mengeluarkan cadangan sebegitu rupa jikalau mereka tidak mempunyai kekuatan?

Pada ketika Siri Projek Tanjong diperkenalkan oleh Lim Kit Siang pada tahun 1986, sudah ada teori yang mengatakan, DAP sebenarnya mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai 'Singapura Kedua'. DAP mahu mengeluarkan Pulau Pinang dari peta Malaysia. Dan seandainya DAP menang dalam Projek Tanjongnya, maka usaha pertama yang dilakukan adalah meminta autonomi. Namun semua kenyataan tersebut ditentang dan dinafikan oleh DAP.

Sekarang, teori-teori berkenaan nampaknya sudah semakin hampir menjadi kenyataan!

The Saviour

No comments:

Post a Comment