1MDB sengaja dijadikan isu semata mata untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja. Tuduhan awal Mahathir dulu kata ada duit hilang sampai RM42 billion di 1MDB pun sudah Mahathir tidak ulang dan sebut lagi.
Ini bukti jelas, tuduhan hilang RM42 billion itu hanyalah cerita bohong semata mata. Samalah juga dengan cerita cerita berkaitan Jho Low ini. Banyak yang sudah dijawab, tetapi diulang ulang semula oleh pembangkang menjelang pilihanraya ini.
Berdasarkan tujuh hujah ini, Jho Low tidak ada kaitan dengan 1MDB.
1. Laporan PAC sahkan tiada wang 1MDB yang hilang
Ini satu tuduhan yang digunakan berulang-ulang kali terutamanya dari Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad, bahawa ada RM42 bilion dana dari dari 1MDB hilang tanpa dikesan. Ianya tidak benar, kerana Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan laporan Jabatan Audit Negara (JAN) mendapati tidak ada dana 1MDB yang hilang.
Laporan PAC yang dianggotai oleh wakil rakyat BN dan pembangkang memperlihatkan semua anggotanya berpuas hati bahawa tidak ada wang yang hilang dari 1MDB termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (DAP). Selepas selesai prosiding PAC, Tony Pua cuba mengeruhkan keadaan dengan membuat pelbagai tuduhan ke atas 1MDB secara terbuka bukan ketika dalam prosiding PAC.
Jadi bila tiada duit 1MDB yang hilang, bermakna tuduhan Jho Low guna duit 1MDB untuk beli kapal terbang, lukisan kapal layar adalah bohong semuanya.
2. Kapal terbang, kapal layar dan lukisan tidak dibeli dengan duit 1MDB
Kalau lupa, perlu diingatkan kapal dan aset lain seperti lukisan yang didakwa dibeli oleh Jho Low tidak dibeli dengan duit dari 1MDB. Kalau pembelian itu berlaku, ia adalah antara ahli perniagaan itu dengan Aabar dan IPIC bukan dengan 1MDB.
Aset itu dibeli selepas 1MDB membayar Aabar dengan sejumlah wang kepada Pengerusi Aabar Abu Dhabi, Khadeem Al-Qubasi dan CEO Aabar Mohd Husseiny. Tuduhan bahawa aset itu dibeli dengan duit 1MDB hanya dibuat oleh portal Sarawak Report dan agensi berita asing Wall Street Journal tanpa sebarang bukti yang kukuh.
3. Isu IPIC dan Aabar pun belum lagi dalam prosiding pendakwaan
Difahamkan wang yang dibayar kepada Aabar masuk terus ke akaun Pengerusinya Khadeem Al-Qubasi dan CEOnya itu, kedua-dua mereka merupakan Pengarah tunggal Aabar. Sehingga hari ini, tidak ada siapa pun telah memfailkan saman jenayah terhadap kedua-dua orang ini, sama ada di Abu Dhabi atau mana-mana sahaja.
Di UAE pun belum ada pendakwaan kepada mereka ini, jadi duit siapa yang kena curi? Ianya hanya cerita rekaan Sarawak Report semata mata berdasarkan dokumen Xavier Justo yang kemudian diubah suai menjadi cerita bohong.
4. Jawapan di Parlimen, Jho Low tidak pernah bekerja dengan 1MDB
Datuk Seri Najib dalam satu jawapan bertulis di Parlimen sudah menjawab dan menjelaskan bahawa Jho Low tidak pernah bekerja dengan syarikat pelaburan strategik negara itu dan tidak terlibat langsung dalam membuat keputusan syarikat.
"Encik Low Thaek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB," kata Datuk Seri Najib di dalam satu jawapan bertulis menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong pada 16 Mac 2015.
5. Arul Kanda maklumkan Jho Low tidak ada kaitan dengan 1MDB
“Sebelum ia (1MDB) menjadi 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) telah ditubuhkan di mana pemegang sahamnya ialah Kerajaan Terengganu. Pada masa tersebut, Jho Low dilantik sebagai penasihat kepada TIA,” katanya.
Selepas itu, CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata Jho Low telah meletakkan jawatan pada Mei 2009, sebelum saham TIA diambil alih oleh Kementerian Kewangan dan nama TIA ditukar kepada 1MDB.
"Jho Low tiada sebarang aktiviti di dalam syarikat, beliau tidak dibayar oleh syarikat dan tidak diberikan apa-apa tugas untuk syarikat,” kata Arul Kanda pada 26 Mac 2016.
6. Jawapan Husni Hanadzlah bahawa Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB
Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah juga sudah jawab berkaitan Jho Low dalam temubual di RTM TV1 pada Jun 2015. Beliau berkata ahli perniagaan itu tidak ada sebarang kaitan dengan 1MDB.
“Jadi tidak timbul soal dana hilang dan dibayar kepada Jho Low’ tegas Ahmad Husni. Kena jelas, nama Jho Low tidak terlibat dalam mana-mana aliran berita. Nama individu hanya jadi sebutan Sarawak Report, tanpa bukti dan fakta yang ada asas yang kukuh.
7. Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
Hujah ketujuh yang paling kukuh dan kuat ialah siasatan polis yang tidak berpihak kepada mana-mana mendapati tiada keterangan kukuh untuk mengaitkan Jho Low dengan keputusan dan urus niaga yang dibuat oleh syarikat 1MDB. Menurut Mohamad Fuzi, polis sudah siasat 1MDB berdasarkan dapatan dalam laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016.
"Polis sudah menjalankan siasatan terhadap 1MDB berdasarkan kedapatan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016.
"Walau bagaimana pun, sekiranya polis memperoleh sebarang bukti baharu terhadap Taek Jho, tindakan yang sewajarnya menurut undang-undang akan diambil," katanya menerusi satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata tindakan DOJ AS merampas kapal Equanimity di Bali, Indonesia yang didakwa dimiliki oleh Jho Low adalah satu tindakan perlucutan hak sivil di Mahkamah AS terhadap Jho Low dan bukan terhadap 1MDB. Cerita duit RM1 billion kononnya ditemui dalam kapal di Bali pun terbukti adalah cerita fitnah sahaja.
Tujuh hujah ini jelas menyatakan bahawa Jho Low tiada kaitan langsung dengan 1MDB. Diulangi lagi, Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB.
No comments:
Post a Comment