Lirik yang dirakamkan didalam video tersebut berbunyi,"A.B.C.D.G.S.T. Harga semakin tinggi? Realitinya, harga rumah semakin tinggi di Pulau Pinang, tarif air semakin tinggi, caj letak kereta semakin tinggi hingga waktu malam kerajaan DAP kutip duit rakyat. Tak naik lagi gaji, mesti makan maggi mi. Semua kena GST, bayar untuk 1MDB".
Dengan senyuman lebar, Guan Eng dengan gembira mengajak puluhan kanak-kanak dihadapannya untuk bersama-sama menyanyi lagu berkenaan.
Jelas, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu disengajakan dan lirik lagu tersebut dicipta khas untuk program perasmian pusat tuisyen di pangsapuri 2 Mutiara Idaman, Jelutong, pada Sabtu 17 Mac 2018 lepas agar kanak-kanak membenci kerajaan pusat.
Tindakan Guan Eng menyemai rasa kebencian kepada kanak-kanak menggambarkan sikap toksik Pakatan Harapan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih undi.
Terdesaknya DAP, sehingga pemikiran kanak-kanak sudah diracuni untuk membenci kerajaan pusat menerusi Kempen Politik Kebencian Guan Eng.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohamad Faisol Keling menerusi komennya menganggap Guan Eng sudah melanggar batas 'kontrak sosial' demi meraih undi.
“Tindakan mengeksploitasi kanak-kanak, agama dan pelbagai isu sensitif lain adalah perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan kerana boleh menggugat keharmonian masyarakat.
“Saya merasakan etika kesederhanaan perlu diamalkan kerana kaedah menyemai kebencian itu ternyata tidak akan memberi kesan yang baik kepada pembangunan politik negara,” ujar beliau.
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) Datuk Eric See-To berkata, Guan Eng pasti akan dikritik hebat jika melakukan perkara sama diluar negara.
"Orang menari inilah Ketua Menteri Pulau Pinang anda. Inilah pembangkang anda. Ahli politik seperti inilah yang akan dibidas dinegeri-negeri luar jika beliau melakukan perkara sama di luar negara.
"Bayangkan mengindoktrinasikan kanak-kanak ditempat awam dengan propaganda seperti ini," katanya menggesa lebih ramai pihak tampil membidas sikap tidak bertanggungjawab ahli politik DAP ini.
No comments:
Post a Comment