Monday, April 23, 2018

[ Video ] PRU-14 - Pakatan Harapan Bodohkan Orang Melayu



PAKATAN pembangkang begitu mudah mempersalahkan orang Melayu yang mereka anggap bodoh dan “termakan dedak” apabila tidak menyokong mereka.
Sesetengah mereka sejak masih bersama dalam PAS lagi sangat cenderung dengan golongan bukan Islam dan liberal hingga bermudah mempersalahkan orang Melayu yang mengambil kira isu agama Islam dalam politik.

Orang Melayu dikatakan tertipu dengan UMNO apabila bimbang dengan DAP yang dikatakan beragenda menguasai politik negara.

Pembangkang meletakkan orang Melayu sebagai tidak pandai berfikir dan hanya menerima dakwaan UMNO tentang DAP.

Sebenarnya, kebimbangan terhadap DAP yang anti-Islam bukan hanya datang dari UMNO tetapi banyak kumpulan dan suara yang mewakili kepentingan Melayu dan Islam di Malaysia.


Kumpulan-kumpulan bukan kerajaan yang datang dari pelbagai aliran juga bimbang dengan DAP yang lantang mengkritik Islam.

Yang dimaksudkan dengan Islam ini meliputi undang-undang syariah, institusi Islam, dan kedudukan istimewa agama Islam dalam perlembagaan.

Mereka mempersoalkan usaha memartabatkan institusi Mahkamah Syariah, menolak kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), mempersoalkan isi kandungan khutbah Jumaat dan macam-macam lagi.


Pembangkang dikuasai DAP dan penyokong mereka ini berterusan mempertikai, mengejek, mengecam dan melakukan pelbagai provokasi terhadap orang Islam.

Ini semua sudah bertahun dilakukan dalam bermacam-macam bentuk, di pelbagai platform media sosial milik mereka.


Apa yang mereka suarakan di media sosial dan dalam kenyataan mereka (termasuk ceramah) itu mencerminkan isi hati mereka yang sebenar, yang cuba ditutup dengan memetik ayat al-Quran, memakai tudung dan songkok dan menabur janji manis kepada orang Melayu.

Kita boleh ingatkan kembali apa yang dilakukan di Perak semasa mereka memerintah negeri itu untuk satu tempoh yang singkat selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Mereka melaksanakan perubahan-perubahan yang menguntungkan mereka seperti menukar status tanah kepada hak milik mereka dengan pantas tanpa mengambil kira pandangan lain.


Di Pulau Pinang, kampung dan kawasan perniagaan Melayu telah banyak dirobohkan dan tidak keterlaluan jika dikatakan ada perancangan untuk “menghalau” orang Melayu dari pulau.

Isu hubungan dengan Kristian Evangelical, aktivis gay, kumpulan yang mahu meliberalkan Islam dan sebagainya telah lama terdedah dan mereka tidak mampu lagi menafikannya.


Kebimbangan orang Melayu bukan satu propaganda UMNO tetapi satu sikap yang berdasarkan realiti sejak DAP dan sekutu berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor.

Dalam PRU14 ini, orang Melayu yang telah mula sedar akan bangkit menyatakan sikap mereka melalui undi mereka untuk terus menolak pembangkang diketuai DAP.


View source

Kerana Tanah Yang Berharga Mahal Dan Ancaman Ke Atas Kroni, Mahathir Akhirnya Dijadikan Calon Di Langkawi!!!



Tidak mengejutkan langsung apabila Dr. Mahathir dinamakan sebagai calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi. Malah lebih mengejutkan sekiranya Dr. Mahathir tidak dicalonkan oleh Pakatan Harapan memandangkan populariti dan kesungguhan para penyokong dan pentaksubnya meyakini bahawa Dr. Mahathir mampu menyelamatkan Langkawi dan Malaysia secara keseluruhannya.

Pengumuman pencalonan Dr. Mahathir di Padang Mat Sirat dua malam sudah, dibuat oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah Wan Ismail. Dr. Mahathir akan bertanding di Langkawi menggunakan simbol 'mata lebam' PKR dan akan menerima watikah daripada Wan Azizah memandangkan parti yang dipengerusikannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah digantung pendaftaran oleh RoS kerana melanggar perlembagaan parti itu sendiri.

Turut diumumkan adalah calon-calon PPBM yang akan bertanding di bawah lambang PKR pada PRU-14 nanti di Parlimen dan DUN Kedah. Sesuatu yang menarik ialah Mukhriz Mahathir 'lari' dari DUN Ayer Hitam yang dimenanginya pada PRU lepas sebaliknya akan bertanding di DUN Jitra dan turut mencalonkan diri untuk bertanding di Parlimen Jerlun, Parlimen yang pernah diwakilinya pada PRU-12 selepas berlaku 'tolak-ansur' para pemimpin UMNO setempat pada ketika itu.

Calon lain DUN PH Kedah :

Air Hitam : A Aziz Muhamad
Bukit Kayu Hitam : Halimatus Saadiah
Jitra : Mukhriz Mahathir
Anak Bukit : IR Amirudin Hamzah
Bukit Lada : Mohd Aizat Roslan
Kuala Nerang : Syed Fadil
Sungai Tiang : Abdul Razak
Jeneri : Mohd Nazari
Bayu : Abdul Rahim Awang Kecil
Guar  Cempedak : Mohd Safuan Safari
Tanjung Dawai : Mejar Anuat Abdul Hamid
Bandar Baharu : Azimi Daim
Kuah : Mohd Firdaus Mohd
Air Hangat : Johari Bulat

Calon Parlimen PH Kedah:

Jerlun : Mukhriz Mahathir
Kubang Pasu : IR Amiruddin
Pendang : Wan Saiful
Baling : Mohd Taufik Yaacob
Jerai : Akhramsyah Sanusi
Langkawi : Tun Dr Mahathir Mohamad

Mahathir pasti akan berkempen di Langkawi dengan bermodalkan, dialah yang menaikkan dan memakmurkan Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan terkenal dunia. Setidak-tidaknya itulah yang akan diperkatakan oleh para penyokongnya.

Namun pada masa yang sama, pihak lawan terutama penduduk Langkawi pula akan mengungkit tentang LADA yang ditubuhkan untuk membeli tanah-tanah penduduk Langkawi terutama di tepi pantai dengan harga murah dan dijual kepada syarikat-syarikat kroni Mahathir untuk dibangunkan hotel-hotel mewah yang penduduk Langkawi sekadar mampu pandang atau paling lebih pun, bekerja sebagai buruh bergaji rendah. Turut diperkatakan lagi adalah PREMIUM TANAH yang tidak dibayar oleh syarikat-syarikat kroni tersebut, sedangkan premium tanah tersebut adalah hak rakyat negeri Kedah.

Sesuatu yang amat menarik sedang menanti di Langkawi!


The Saviour


Kesian Mahfuz Omar, Makin Lama Makin Sunyi Walaupun Dia Cuba Guna Modal, PAS Makan Rasuah UMNO!!!



Mahfuz Omar bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi. Sama ada dia mengeluarkan kenyataan bodoh yang menunjukkan tahap pemikirannya yang tidak pernah bermutu, atau sekadar berteori dengan sangka-sangkanya sambil cuba menyembunyikan kedangkalannya dalam banyak bidang, khususnya melibatkan kewangan dan ekonomi, Mahfuz Omar tetap dikenali dan menonjol.

Lebih-lebih lagi setelah dia keluar dari PAS dan kemudian menuduh PAS telah menerima wang rasuah di samping memperkecil-kecilkan sokongan ahli-ahli PAS yang diketahui jumud, ekstrem dan cukup setia dengan parti semata-mata untuk menafikan yang PAS mempunyai wang mereka sendiri hasil tabungan dan derma daripada ahli-ahli serta pensimpati parti lamanya.

Kini Mahfuz Omar berada dalam PAN setelah mengetahui PAS tidak lagi berminat untuk mencalonkannya di Pokok Sena, Parlimen yang telah diwakilinya selama tiga penggal - kali pertama pada tahun 1999, kalah pada tahun 2004 tetapi menang dua kali pada tahun 2008 dan 2013.

Ketika PAS Kedah di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bergolak walaupun telah menjadi Kerajaan Negeri Kedah, Mahfuz dikatakan menjadi musuh dalam selimut Allahyarham. Mahfuz cuba menjadi pencatur politik PAS Kedah apabila bersama-sama Phahrolrazi Zawawi melakukan serangan-serangan dari dalam untuk menggulingkan Allahyarham. Mahfuz bertindak pada peringkat Pusat, manakala Phahrolrazi pula bertindak di peringkat negeri.


PAS akhirnya kehilangan Kedah dalam PRU-13. Hubungan Mahfuz Omar dengan DAP semakin akrab dan Mahfuz banyak bersama-sama DAP berbanding bersama-sama PAS. Lebih banyak mengangguk dengan DAP dan sanggup bertegang urat dengan para pemimpin PAS.

Justeru tidak hairanlah apabila PAS beberapa kali 'menghalau' Mahfuz agar keluar dari parti tersebut dan langsung tidak mempercayainya lagi. Apatah lagi sebagai Ahli Parlimen, Mahfuz tidak banyak membantu masyarakat setempat yang diwakilinya, malah menentang sebarang perubahan positif termasuklah pembinaan perumahan mampu milik di Pokok Sena.

20 April lalu, selama sejam, Mahfuz cuba mempengaruhi anak-anak muda Pokok Sena di DUN Bukit Lada, lebih tepat lagi di PDM Jabi, di rumah Mat Gendang, Kampung Jabi bersama-sama PPBM Pokok Sena.


Program tersebut sebenarnya adalah program kedua Pakatan Harapan di PDM Jabi. Beberapa bulan lepas, program yang sama telah diadakan dan menarik kedatangan ramai orang. Malangnya, program kali kedua, Mahfuz Omar, Abdullah Suady Ramadhan, Azhaily Zainol Abidin dan Juhari Hanafiah gagal menarik kedatangan lebih ramai pengunjung. Kempen dan ceramah yang penuh bersemangat Mahfuz dan Abdullah Suady Ramadhan hanya mampu menarik lebih kurang 20 orang sahaja hadirin dengan 5 orang di bawah khemah dan selebihnya di bawah pokok di luar khemah.

Walaupun sebelum itu diadakan persembahan silat dan gendang silat, ternyata para pengundi di PDM Jabi kurang berminat dengan Mahfuz dan rombongannya.


Isi kandungan ceramah Mahfuz masih berkisar tentang peri pentingnya Najib dan Barisan Nasional perlu digulingkan. Tentang tanah ATM yang dikatakan oleh Rafidah Aziz telah dijual dan kemudian dijawab oleh ATM sendiri, tentang GST yang kononnya akan dihapuskan, tentang ECRL yang menyebabkan Malaysia dijajah oleh China dan menyelamatkan Kedah daripada Ahmad Bashah.

Kesian Mahfuz Omar... makin lama, dia semakin ketinggalan dan semakin kuno. Sepatutnya dia menerangkan, apa kebaikan dirinya untuk dipilih bagi penggal keempat sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena dan apa sumbangannya kepada Pokok Sena setelah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen. Kalau setakat menuduh orang itu rasuah, orang ini rasuah tetapi pada masa yang sama, Mahfuz Omar makan gaji buta sebagai Ahli Parlimen, ia tidak akan membantu rakyat.

The Saviour

Monday, April 16, 2018

Perjuangan sukar PAS pertahan kerusi tunggalnya di Perak




NAIB Presiden PAS Idris Ahmad akan berdepan dengan pertandingan paling sengit sepanjang kerjaya politiknya untuk mempertahankan satu-satunya kerusi milik Parlimen partinya di Perak daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).


Idris menang kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti nipis 986 undi pada 2013 ketika PAS sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR.


Kini, risiko sangat tinggi untuk parti Islam itu kehilangan kerusi berkenaan selepas ia memutuskan hubungan dengan sekutunya dan mengambil keputusan untuk bersendirian.


Pemimpin PH tempatan juga bimbang persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyebabkan sejumlah besar masyarakat Cina ke daerah berjiran Taiping.


Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, lebih 80% pengundi Cina mengundi pembangkang.


Walaupun sukar, Idris bersedia melawan musuh jika parti mencalonkannya semula pada PRU14.


“Parti yang memutuskan tetapi jika mereka tanya di mana saya hendak bertanding, saya akan pilih Bukit Gantang,” kata Idris kepada The Malaysian Insight.


PRU terbaik parti Islam yang berusia hampir tujuh dekad itu di Perak ialah pada 2008, ketika ia menang dua kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat.




Dengan komposisi kaum 68% Melayu, 23% Cina dan 9% Indian, Bukit Gantang mempunyai 78,951 pengundi setakat 2017.


Perkampungan Melayu luar bandar mendominasi landskapnya. Masyarakat Cina kebanyakannya bertumpu di pinggir bandar di Simpang Baru dan perkampungan nelayan Kuala Sepetang sementara kaum India bertaburan di seluruh kawasan itu.


Pertandingan sengit


Penduduk tempatan yang ditemui di Bukit Gantang mengakui kehadiran PAS di perkampungan Melayu.


Ketua Cabang PKR Bukit Gantang Chua Yee Ling mengakui keadaan itu tetapi berkata sukar untuk PAS menang lagi di situ tanpa sokongan besar daripada pengundi bukan Islam seperti pada 2008 dan 2013.


Pengundi Cina seperti Woo, seorang pemandu lori berkata rakan-rakannya tidak akan mengundi PAS sekali lagi pada PRU14.


Pertandingan utama ialah antara BN dan PH sementara PAS hanya pengacau.


BN akan mendapat kelebihan yang tidak adil berbanding PH jika SPR berjaya dengan cadangannya untuk memindahkan dua daerah mengundi majoriti Cina; Pengkalan Aor dan Simpang Baru ke Taiping, kata Chua.


Dua daerah mengundi itu mempunyai 8,910 pengundi. Langkah kontroversi itu akan menukar Taiping kepada kerusi majoriti Cina yang lebih besar dengan jumlah pengundi Cina yang tidak seimbang.


Namun, Chua berkata PH berharap untuk memenangi Bukit Gantang dengan meletakkan calon daripada Bersatu, parti serpihan Umno untuk menawan penyokong Umno yang tidak berpuas hati.


Amanah akan cuba menarik ahli PAS.


Perak Bersatu belum memberi respons kepada soalan The Malaysian Insight berkenaan calon parti itu di Bukit Gantang.


Terdapat tiga kerusi DUN dalam Parlimen Bukit Gantang. PKR menang di Changkat Jering dan Kuala Sepetang sementara Umno memenangi Trong pada 2008.


Pada 2013, PKR kekal di Kuala Sepetang sementara Nizar Jamaluddin menang Changkat Jering. Trong kekal menjadi deposit tetap Umno.


Sentuhan peribadi


Di pihak BN, Idris mungkin bakal menentang Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang Dato' Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal atau Adun Kamunting yang juga exco Perak Zahir Abdul Khalid.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang Dato' Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dijangka bertanding di kerusi Bukit Gantang pada PRU14.

     Gambar Facebook, 26 Mac, 2018.

Kedua-duanya bersaing untuk bertanding di kerusi Parlimen itu untuk kali pertama.

Di sebalik semua itu, Dato' Syed Hussin Hafiz percaya khidmat sosial yang disediakan bahagiannya sejak 2014 akan membantunya memenangi hati pengundinya di luar bandar.


“Saya ada 1,000 wanita di akar umbi. Kami pergi ke setiap kampung, kenal pasti mereka yang memerlukan dan membantu menyelesaikan masalah; membaiki bumbung bocor, sediakan makanan untuk orang miskin, bantu mereka mohon bantuan kebajikan, BR1M,” katanya.


Seorang lelaki yang bekerja di Johor berjaya mendapatkan bantuan untuk membaiki rumah ibunya yang sudah tua menerusi laman Facebook Umno bahagian itu.


“Pengundi saya boleh berkomunikasi dengan saya bila-bila masa saja,” katanya yang juga seorang ahli perniagaan.


Pengundi sukar buat pilihan


Man, 38, seorang penjaja di tepi jalan di Kampung Kepala Bukit, berkata beliau belum buat keputusan hendak undi siapa, tetapi pada masa ini pro kepada Umno.


“Saya sokong Umno kerana mereka dalam kerajaan tetapi saya kecewa kerana tidak dapat BR1M.


“Ada banyak lagi orang susah. Saya harap siapa pun yang kami undi, mereka akan jaga rakyat. Contohnya, bukan sekadar bantu bumbung bocor tetapi beri rumah kepada golongan yang memerlukan,” katanya.


Pemilik kedai runcit Mat, 60, dari Kampung Bukit Gantang berkata sukar untuk meneka siapa akan menang kerana ada banyak penyokong PH dalam PAS, dan penyokong Umno juga berpecah.


“Saya dulu sokong Umno sehinggalah hunjung 1980-an. Sukar untuk kata siapa akan menang kali ini. PAS tidak boleh menang. Ia antara PH dan Umno,” katanya.


Sunday, April 8, 2018

47 Kali Masuk IJN - Pokok Mati Tak Perlu Ditebang, Ia Akan Tumbang Sendiri!!!



Apa lagi helah Mahathir untuk mendapatkan dan menarik simpati rakyat Malaysia khususnya para pengundi?

Dahulu, dialah yang paling kuat menggelakkan Anwar Ibrahim walaupun mata Anwar Ibrahim dah lebam sebelah makan penumbuk. Kata Mahathir, Anwar saja cari publisiti dengan sengaja melebamkan matanya bagi mendapatkan simpati.


Kemudian, apabila Wan Azizah dan Anwar mewuar-uwarkan yang ada Anwar Ibrahim mahu dibunuh dengan arsenik dengan media-media antarabangsa khususnya di Amerika Syarikat dan Australia turut memperkatakan tentang konspirasi tersebut, Mahathir kata tiada gunanya Anwar diracun arsenik sebagaimana dakwaannya. Kata Mahathir, Anwar sengaja buat dakwaan seperti itu untuk mendapatkan simpati.

Masa Anwar Ibrahim lari terbirit-birit berlindung di rumah Duta Turki apabila mendapat tahu, Saiful Bukhari Azlan buat laporan polis yang dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim, Mahathir kata tindakannya  memecat dan menyingkirkan Anwar dari UMNO dan Kerajaan adalah tepat. Bila Anwar bagi alasan, dia lari sebab nak menyelamatkan diri daripada pembunuh upahan, sekali lagi Mahathir kata Anwar mencari publisiti murahan.

Apabila Mahathir beralih menentang UMNO dan Najib, akhirnya helah dan trick lapok yang digunakan oleh Anwar Ibrahim, mula digunakan oleh Mahathir. Barangkali kepercayaannya bahawa MELAYU MUDAH LUPA terlalu menebal.

Dan tidak mustahil, Mahathir mampu mementaskan drama yang nyawanya benar-benar terancam dan ada komplot untuk membunuhnya, terutama sekali menjelang saat-saat akhir sebelum hari pembuangan undi.

Taktik ini pernah dilakukan secara JAYAnya pada 19 Mac 2004 di Tainan, Taiwan membabitkan Presiden Chen Shui-bian dan Naib Presiden Annette Lu ketika kempen presiden dijalankan. Berlaku 'cubaan membunuh' kedua-duanya sehari sebelum hari mengundi. Kedua-duanya mengalami kecederaan yang sangat ringan dan langsung tidak mengancam nyawa. Bahkan Chen dan Lu dibenarkan keluar dari Hospital Chi-Mei pada hari yang sama tanpa mengalami sebarang komplikasi apatah lagi pembedahan.

Bagaimanapun, 'cubaan membunuh' dan 'serangan' tersebut telah mewujudkan gelombang kejutan di seluruh Taiwan. Drama tersebut akhirnya memberikan kemenangana besar kepada Chen dan Lu yang memperolehi undi sebanyak 29,500.

Selepas hari pengundian, barulah ramai yang sedar, yang kejadian serangan tersebut telah dipentaskan bagi menarik simpati secara besar-besaran kepada Chen untuk membolehkannya memenangi pilihanraya. Ramai juga yang mempersoalkan tentang tahap kecederaan kedua-duanya selain gambar-gambar bukti pada hari kejadian yang menunjukkan secara jelas, kejadian tersebut memang dipentaskan.

Adakah Mahathir sebenarnya turut merancang INSIDEN dan DRAMA SADIS yang sama? Adakah dia akan secara tiba-tiba jatuh sakit bagi mendapatkan undi simpati dalam usaha memenangi PRU-14?  Adakah Mahathir akan mencipta jalan cerita dan naratif yang menunjukkan nyawa dan keselamatannya terancam bagi membolehkan dia mengaut undi simpati sebagaimana yang Anwar Ibrahim lakukan pada tahun 1999?

Tidak mustahil memandangkan sekarang pun, Mahathir akan bercakap apa-apa sahaja walaupun sebenarnya dia tahu, orang ramai boleh mengakses kata-katanya sama ada benar atau fitnah semata-mata. Demi Mukhriz Mahathir, Mahathir akan sanggup berbuat apa-apa sahaja, termasuklah mencium tangan Wan Azizah untuk mendapatkan watikah daripada wanita yang pernah diketawakannya secara sinis apabila mengutuskan surat 18 muka surat kepadanya hampir 20 tahun lampau.

The Saviour