Lebih-lebih lagi setelah dia keluar dari PAS dan kemudian menuduh PAS telah menerima wang rasuah di samping memperkecil-kecilkan sokongan ahli-ahli PAS yang diketahui jumud, ekstrem dan cukup setia dengan parti semata-mata untuk menafikan yang PAS mempunyai wang mereka sendiri hasil tabungan dan derma daripada ahli-ahli serta pensimpati parti lamanya.
Kini Mahfuz Omar berada dalam PAN setelah mengetahui PAS tidak lagi berminat untuk mencalonkannya di Pokok Sena, Parlimen yang telah diwakilinya selama tiga penggal - kali pertama pada tahun 1999, kalah pada tahun 2004 tetapi menang dua kali pada tahun 2008 dan 2013.
Ketika PAS Kedah di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bergolak walaupun telah menjadi Kerajaan Negeri Kedah, Mahfuz dikatakan menjadi musuh dalam selimut Allahyarham. Mahfuz cuba menjadi pencatur politik PAS Kedah apabila bersama-sama Phahrolrazi Zawawi melakukan serangan-serangan dari dalam untuk menggulingkan Allahyarham. Mahfuz bertindak pada peringkat Pusat, manakala Phahrolrazi pula bertindak di peringkat negeri.
Justeru tidak hairanlah apabila PAS beberapa kali 'menghalau' Mahfuz agar keluar dari parti tersebut dan langsung tidak mempercayainya lagi. Apatah lagi sebagai Ahli Parlimen, Mahfuz tidak banyak membantu masyarakat setempat yang diwakilinya, malah menentang sebarang perubahan positif termasuklah pembinaan perumahan mampu milik di Pokok Sena.
20 April lalu, selama sejam, Mahfuz cuba mempengaruhi anak-anak muda Pokok Sena di DUN Bukit Lada, lebih tepat lagi di PDM Jabi, di rumah Mat Gendang, Kampung Jabi bersama-sama PPBM Pokok Sena.
Walaupun sebelum itu diadakan persembahan silat dan gendang silat, ternyata para pengundi di PDM Jabi kurang berminat dengan Mahfuz dan rombongannya.
Kesian Mahfuz Omar... makin lama, dia semakin ketinggalan dan semakin kuno. Sepatutnya dia menerangkan, apa kebaikan dirinya untuk dipilih bagi penggal keempat sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena dan apa sumbangannya kepada Pokok Sena setelah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen. Kalau setakat menuduh orang itu rasuah, orang ini rasuah tetapi pada masa yang sama, Mahfuz Omar makan gaji buta sebagai Ahli Parlimen, ia tidak akan membantu rakyat.
The Saviour
No comments:
Post a Comment