Gambar Hiasan
21
April 2019, laman blog nie pernah siarkan tulisan yang bertajuk 'Perbicaraan DS
Najib Cuma Helah Untuk Tutup Belang Mahathir Dan Daim Beri Beribu Ekar Tanah
Pada China' ( BACA DI SINI )... dan juga ( DI SINI )...
Admin
dah duga, 'perbicaraan wayang' yang Mahathir jadi Tok Dalang akan menyaksikan
perjalanan perbicaraan yang merapu...
Kertas
siasatan yang dikatakan dah disiapkan sebelum PRU 14 lagi dan mempunyai bukti
yang cukup kukuh untuk mensabitkan kesalahan DS Najib, menyaksikan keadaan yang
sebaliknya berlaku bila kes SRC di bicarakan di mahkamah!!!
Saksi
Pendakwa Beri Keterangan Yang Akan Buat Mahathir Dan Tommy Thomas Berpeluh
Keterangan Umma Devi Yang Membuktikan Ada Konspirasi Untuk Manipulasi Akaun DS Najib
Keterangan
saksi ke 27 kes SRC, Puan R. Umma Devi, Pengurus Ambank Cawangan Raja Chulan,
secara tidak langsung telah menerangkan kepada kita semua apa yang di maksudkan
oleh Ketua Peguambela DS Najib, Tan Sri Shafiee Abdullah, sebagai kes SRC akan
'menelanjangkan' ramai orang dan akaun DS Najib telah di manipulasi oleh pihak2
tertentu tanpa pengetahuan DS Najib...
Ramai
cytro2 pro PH yang ketawa sampai bergolek2 bila dengar kenyataan TS Shafiee...
Tapi
keterangan dari Umma Devi akan membuat macai2 PH berhenti ketawa serta merta
dan yang ada sakit jantung tu, dinasihatkan agar memastikan ubat ada di dalam
poket...
Umma
Devi memberi keterangan bahawa terdapat salah laku ketara dengan tanda tangan
beberapa surat arahan pemindahan berkaitan dengan transaksi wang yang
melibatkan akaun SRC International di AmBank...
Umma
Devi memberitahu mahkamah bahawa tandatangan yang diturunkan dalam beberapa
surat pemindahan berjuta2 ringgit adalah tidak sama...
Saksi
ke-21 itu memberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd,
Nik Faisal Ariff Kamil, pernah mengeluarkan sepucuk surat arahan pemindahan wang
bertarikh 23 Jun 2014 untuk memindahkan RM3 juta dari akaun Najib bernombor
211-202-201188-0...
Surat
arahan yang sama bertarikh 8 Julai 2014, di keluarkan oleh Nik Faisal untuk
memindahkan RM20 juta dari akaun yang sama...
Nik
Faisal juga mengarahkan AmBank untuk memindahkan RM10 juta ke akaun AmBank
milik Najib yang bernombor 211-202-2011898...
Dalam
satu lagi surat bertarikh 21 Ogos 2014, Nik Faisal mengarahkan pemindahan wang
RM10 juta dari akaun Najib bernombor 211-202-2011898...
Nik
Faisal ketika itu dilantik oleh Najib sebagai pegawai yang bertanggungjawab
untuk menguruskan 3 akaun bank beliau di AmBank...
Semasa
pemeriksaan utama, Umma Devi mengenal pasti sepucuk surat bertarikh 3 Mac 2015
dari Nik Faisal...
Dalam
surat itu, Nik Faisal mengarahkan pihak bank menutup 3 akaun Najib :
Akaun
bernombor 2112022011898...
Akaun
bernombor 2112022011880...
Akaun
bernombor 2112022011906...
Nik
Faisal memindahkan wang dari akaun tersebut ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd...
Ketua
peguam defendan, Tan Sri Muhammad Shafee memaklumkan kepada media bahawa
testimoni oleh Umma Devi mengukuhkan hujah pihaknya bahawa ada asas dan bukti
Najib mungkin dimanipulasi oleh pegawai yang tidak bertanggungjawab...
Beliau
juga tidak menolak kemungkinan bahawa Nik Faisal mungkin menyebabkan Najib
menjadi suspek kes itu...
Najib
tidak tahu tentang semua transaksi ini...
Atau
menjelaskan tentang pemalsuan tandatangannya...
Beliau
berkata pasukannya akan mendedahkan lebih banyak bukti kepada mahkamah termasuk
perbualan antara pengurus perhubungan awam AmBank, Joanna Yu Ging Ping dan Jho
Low menerusi sejumlah emel
Perkara
itu akan didedahkan bagi membuktikan Najib menjadi mangsa konspirasi penipuan
pemindahan wang...
Cytro2
PH jangan rasa semput dulu yer tapi yang ada sakit jantung tu, pastikan ubat
ada berhampiran sebelum baca keterangan Umma Devi seterusnya...
Umma
Devi Memberitahu Mahkamah Bahawa Bank Negara MENGETAHUI Dan MENGIZINKAN
Transaksi Masuk Dan Keluar Dana Politik Dari Akaun DS Najib
Umma
Devi menambah, pihaknya telah memaklumkan untuk mendapat kelulusan mengenai
transaksi tersebut dari Bank Negara melalui Ringgit Operation Monitoring
System...
Umma
Devi juga memberitahu mahkamah, Gabenor Bank Negara ketika transaksi yang
berlaku sekitar tahun 2011 hingga 2013 ialah TS Zeti Aziz...
Rekod
Penerimaan MENGESAHKAN RM2.6 Bilion Di Terima Dari Kerabat Di Raja Arab Saudi
Tarik
nafas panjang2 yer cai...
Lapangkan
dada dan tenangkan hati...
Dulu
masa kita orang tularkan video klip Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jabar tu,
cytro2 PH tak terima...
Sekarang
nie, dalam mahkamah, apa yang di katakan oleh Adel adalah benar, tiada yang
tidak benar, melainkan benar belaka...
Mengikut
keterangan Umma Devi, dari rekod kiriman wang sebanyak RM2.6 bilion,
mengesahkan bahawa wang itu di terima dari Putera Faisal bin Turki, anak kepada
Raja Arab Saudi ketika itu Al marhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud, dan wang
itu diisytiharkan sebagai SUMBANGAN kerajaan Arab Saudi kepada DS Najib Razak
( BACA DI SINI )...
Secara
terperincinya, Umma Devi menerangkan :
》RM304
juta di terima pada tahun 2011...
》RM756
juta di terima pada tahun 2012...
》RM1.9
bilion di terima pada tahun 2013...
Umma Devi
juga memberitahu mahkamah :
》RM2.034
bilion atau USD620 juta telah dihantar keluar dari akaun DS Najib pada 22 Ogos
2014...
Umma
Devi menambah dalam keterangannya :
》RM116
juta telah dipindahkan ke dalam akaun baru yang nombornya berakhir 880...
》Akaun
yang nombornya berakhir 694 telah di tutup pada 30 Ogos 2013...
Jadi, sudah terang lagi bersuluh, apa yang dikatakan oleh DS Najib bahawa duit RM2.6 bilion adalah sumbangan dari kerajaan Arab Saudi adalah BENAR...
Apa yang dikatakan oleh DS Najib, baki duit sumbangan itu sudah di kembalikan adalah BENAR...
Apa yang dikatakan oleh DS Najib bahawa Bank Negara Malaysia dan Gabenor Bank Negara waktu itu, TS Zeti Aziz mengetahui dan meluluskan pemindahan wang masuk adalah BENAR...
Apa yang didakwa oleh TS Shafiee bahawa ada konspirasi untuk manipulasi akaun DS Najib dengan dapat dikesan tandatangan palsu DS Najib untuk memindahkan wang dari akaun DS Najib adalah BENAR...
Yang tidak benar adalah :
Dakwaan
Mahathir bahawa DS Najib mencuri duit negara sebanyak RM2.6 bilion melalui 1MDB
adalah TIDAK BENAR dan FITNAH...
Dakwaan bahawa Bank Negara Malaysia dan Gabenor Bank Negara waktu itu, TS Zeti Aziz TIDAK TAHU mengenai kemasukan duit sebanyak RM2.6 bilion adalah TIDAK BENAR dan TIPU...
Masihkah kita ragu2 lagi dengan DS Najib?
Masihkah kita terus mahu mempercayai FITNAH Mahathir keatas DS Najib sedangkan terbukti apa projek2 mega rakyat yang diusahakan DS Najib diteruskan Mahathir walaupun beliau mendakwa projek2 itu sebagai projek membazir dan projek menjual kedaulatan negara!!!
Bila Allah SWT mengkehendakinya, hijab kebenaran pasti akan dibuka untuk mendedahkan kebatilan yang dicanangkan selama ini...
Kepada Mahathir dan kumpulan pemfitnah tegar, ingatlah :
Bila Allah SWT mahu MEMULIAKAN hamba-Nya, walaupun seribu tangan cuba MENGHINA, namun hamba-Nya pasti akan mendapat darjat MULIA dan bila Allah SWT mahu MENGHINAKAN hamba-Nya, walau seribu tangan cuba MEMULIAKAN, namun hamba-Nya pasti akan menjadi HINA...
Pada rakyat Malaysia yang dah terpengaruh dan bersubahat menyebarkan fitnah keatas DS Najib, pintu taubat dan pintu kemaafan Allah SWT masih terbuka dengan syarat mesti minta maaf pada DS Najib, cubalah hubungi beliau dan minta maaf, admin yakin, sebagai pemimpin berjiwa besar, pasti beliau akan memaafkan kerana sudah ramai yang dah dapat kemaafan beliau...
Ingat, dosa fitnah dan orang yang bersubahat menyebarkan fitnah adalah lebih besar dari membunuh...
Tak takutker kita?
No comments:
Post a Comment