Monday, December 31, 2012


GUAN ENG SAHUT CABARAN PELUK ISLAM DEMI 'KALIMAH ALLAH?'



Sesiapa juga yang berhasrat menggunakan kalimah “ALLAH”  selain daripada  orang Islam hendaklah memeluk agama Islam.

Pandangan ini datangnya dari Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Huruf atau perkataan Allah itu adalah eksklusif dan hanya dikhaskan untuk  Islam dan penganut-penganutnya sahaja. Manakala  selain daripada orang Islam tidak seharusnya mempersoalkan perkara itu disebabkan ia telah dienakmenkan dalam undang-undang negeri di setiap negeri dalam  negara ini.

“Penggunaan kalimah Allah itu telah dienakmenkan di setiap negeri ... mereka sengaja mahu melakukan provokasi supaya orang Islam melatah."

“Kalau nak pakai kalimah Allah, masuk Islam,” tegas Harussani.

Tegas beliau, sekiranya perkataan Allah itu dibenarkan kepada bukan Islam, ia bakal mengundang kekeliruan kepada masyarakat Islam.

“Jika orang Kristian gunakan nanti ada kekeliruan kepada orang Islam.

“Orang Kristian jangan sibuk dengan agama Islam, jaga agama mereka sendiri,” katanya lagi.

 



Harussani bagaimanapun menasihati masyarakat Islam di negara ini agar tidak cepat melatah berhubung perkara itu walaupun menegaskan mereka perlu membantah tuntutan tersebut.

“Orang Islam pula perlu membantah, namun jangan cepat melatah,” tambahnya.

Adalah melanggar prinsip perlembagaan untuk menghalang sesiapa menggunakan perkataan “Allah”, kata hari ini, menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2010 tidak terpakai kepada bukan Islam.

Setiausaha Agung DAP mencetuskan kegemparan apabila beliau menggesa kerajaan persekutuan untuk membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam Bible Kristian versi Bahasa Melayu.

Beliau menegaskan bahawa ini dibenarkan di Sabah dan Sarawak semenjak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun.

Tetapi rakan kongsi DAP, PAS masuk ke dalam gelanggang untuk mempertikaikan panggilan Lim, menegaskan bahawa orang Kristian tidak perlu menggunakan ia di dalam Alkitab kerana ia tidak mencerminkan makna sebenar “Tuhan” dalam teks asal.

PAS juga berkata menggunakan perkataan “Allah” dalam Alkitab akan mengelirukan kedua-dua Kristian dan Muslim.  

Reaksi yang sama turut dilontarkan Mufti Negeri Pulau Pinang, Hassan Ahmad yang memarahi Lim kerana menimbulkan isu ini dan mengingatkan beliau fatwa 2010 yang mengharamkan penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam, bersama-sama dengan 39 lain.

Semalam, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr Ismail Ibrahim dilaporkan mengatakan bukan Islam seharusnya berhenti untuk menuntut hak menggunakan perkataan “Allah” oleh kerana perkataan Arab itu hanya fundamental dan eksklusif kepada orang Islam.

“Enough is enough, cukuplah dengan segala dasar yang lain, termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dituntut untuk disamaratakan, diberikan hak sama rata, sama rasa di antara rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama, maka hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini, janganlah direbutkan, dicabar dan dimanipulasikan begitu rupa.

“Nama Allah, dari sudut falsafah, dari segi takrif dan konsepnya tidak sama dengan ‘Tuhan’, ‘God’, ‘Lord’ dan sebagainya tidak sama dalam penggunaan agama lain,” katanya yang dipetik dari laporan muka depan Sinar Harian semalam.

Pertikaian mengenai penggunaan kalimah Allah kembali hangat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas baru-baru ini menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan penggunaan kalimah itu untuk Bible berbahasa Melayu.

ISLAM & MELAYU; Mana Tempat Kita?

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

"Ya Allah, selamatkan agama serta saudara islamku dan selamatkan bangsa dan tanah airku." 

Mohon kita kongsikan  kegusaran dan kegerunan dijiwa seandainya fakta ini mencapai natijahnya. Adakah kita  kenal apa itu Islam dan Melayu maka kita jangan lupa akan sejarah dan tahu maknanya Islam dan Melayu. Justeru mohon bacakanlah hendaknya fakta ini dan fikir-fikirkan lah ia:-

Majlis Keselamatan Negara
5 April 2012
Tingkat 9, IPK Negeri Sembilan
Mohamed Razali Bin Abd Rahman
Bekas 
Setiausaha Organisasi DAP 
Timbalan Ketua Pemuda DAP 



Pengakuan:

- Beliau pernah tinggal di gereja selama 2 minggu
- Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia
- Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang Melayu telah dimurtadkan

Sebab keluar DAP:

- Telah sedar, DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian

- Jeff Oi (DAP Jelutong) dalam ucapan : "we must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next prime minister is christian."
- Malayu, Islam dan Raja paling dibenci oleh DAP


Razali pernah ke Balai Polis untuk buat laporan polis tentang kristian agama rasmi. Mat Sabu call dan arahkan supaya ditarik balik. Guan Eng nak kasi RM 1Juta dan bercuti di Melbourne serta minta dia tarik balik repot. Paderi ke tempat kerja isterinya dan beri tawaran yang lumayan untuk tarik balik repot.



Beliau memberitahu rancangan besar DAP

1. Kristian Agama Rasmi

2. Malaysia akan ditukarkan kepada Republik. Guan eng ada pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yew. Kewangan DAP terlalu kuat.

3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.

4. Sistem raja berperlembagaan akan dibubar, Raja keturunan lanun kata Kit Siang.

5. Isu azan hanya test kesensetifan orang Islam.

6. Pertandinagn tilawah Al qiuran akan dihapuskan.

7. NGO Melayu akan dihapuskan. cth PEKIDA & PERKASA.

8. Perkahwinan campur akan digalakkan, Insentif RM 5 ribu akan diberikan atas alasan human right(penghapusan etnik Melayu).

9. Bahasa Inggeris bahasa Rasmi.

10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.

11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran TUN.

12. MARA jabatan resis akan dibubarkan.

13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.

14. Di hotel Palma Penang, lagu Negara ku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut tentang raja.

15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.

16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.

17. Kakitangan kerajaan Melayu akan dikurangkan.

18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.

19. Kedutaan Israeil akan dibuka.

20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.

21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam

22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Peraksewaktu dibawah Nizar. Ngeh pernah minta tetapi dihalang oleh mufti.

23. DEB akan dimansuhkan terus

24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib dalam satu majlis tertutup." PAS telah berjaya diliberalkan.

25. Israel dan CIA akan bantu menjayakan rancanagn DAP.


Pengakuan RAZALI yang dibawa oleh Majlis Keselamatan Negara ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan pada 5 April 2012

Fikir-fikirkan dan buatlah tindakan yang perlu demi Agama, Bangsa dan Negara.


#Beringat-ingatlah dimana tempat kita jika semuanya;  lupus, mansuh, tukar dan dikurangkan.


>sumber

TOLONG RAHSIAKAN DARIPADA ORANG MELAYU


بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم.




PM pertama Kristian

Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri harapkan. Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini. Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.



Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia yang pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti. Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa.



Faktor Anwar Ibrahim cukup penting. Keupayaannya Anwar memecah belahkan orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai PAS.

Rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai PM sebagaimana yang kita fahami. Mereka memberi sokongan padu kepada Anwar hanya untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka. Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan Melayu sebelum 2020. Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu? Mereka akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan Singapura. Semuanya akan ditamatkan.

Mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu pada 2017 nanti (PRU 14). Mengapa?

Sehingga hari ini DAP hanya bermain wayang. Karpal masih belum mempercayai Anwar Ibrahim sepenuhnya walaupun mereka berada dalam kapal yang sama dan Anwar dilantik sebagai kapten. Masa Anwar akan berakhir bila PR menguasai negara. Tidak mustahil ia dilupuskan oleh agen pelobi mereka sendiri untuk memberi laluan DAP menguasai politik sepenuhnya. Lee Kuan Yew Dibenarkan Memerintah Malaysia Buat Sementara, syarat PRU13 Dari PAP Kepada DAP.

PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT

 

Sumber Dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka amat serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang berjaya didorong oleh Anwar. PAS dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO.

Dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP) menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi langkah untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia mereka yang masih belum terbocor. Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan terpaksa menyerahkan negara kepada bangsa asing.

Siasatan mymassa mendapati terdapat beberapa perkara rahsia yang tentunya tidak diketahui anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam. Ini Rahsianya, bacalah dengan serius...

1. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka?

2. Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka. Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU.

3. Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian yang PAS tak boleh tahu! Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP kembali lagi.

4. Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa poster-poster PR yang dibuat di negara China (kenapa dibuat di China? Adakah ia mempunyai maksud tertentu?) belum sampai-sampai lagi. LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim melalui kapal terbang ke Pulau Pinang.

5. Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim.

Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam, bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal meminta Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang pertama di Malaysia.

Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat DAP mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen. Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja.

6. Minggu depan (April 2012?), LGE akan ke Singapura untuk kali ke 12 dalam tempoh tidak sampai 14 bulan. Kita tunggu............ sumber

Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik mutlak mereka. Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?).

Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita sendiri?

Sayangnya UMNO dan PAS masih mahu terus memusuhi satu sama lain melalui muslihat Anwar Ibrahim. Inilah punca malapetaka yang menghancurkan Islam dan Melayu. Kami sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan menjaga dan memajukan bangsa. Menjadi pengawas dari ditindas oleh pedagang kaum mendatang yang rakus. Kami sayang PAS kerena perjuangan Islam mereka yang kukuh. Mengutamakan Islam dari yang lain (kecuali sekarang?).

Kami mahu mereka bersatu demi masa depan Melayu dan Islam. Jika tidak...........

Bersatulah MELAYU ISLAM sebelum NASI MENJADI BUBUR...

ISLAM ADALAH AGAMAKU!!!
MELAYU ADALAH BANGSAKU!!!
MALAYSIA ADALAH NEGARAKU!!!


"Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman."




TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serb...
ia.

2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. Terima kasih Tun!

Sunday, December 30, 2012

MAT SABU DEDAHKAN : ANWAR LULUS LESEN JUDI


KENANGAN 16 TAHUN MENJADI PELAKON HANDALAN
GAMBAR KIRI : ANWAR SEDANG MEMBACA KHUTBAH DI MASJID GOMBAK
GAMBAR KANAN : ANWAR SEDANG MENARI DENGAN ANAK LIM GOH TONG ANAK TAUKEH JUDI GENTING

1998 Ketika di wawancarakan oleh Ahmad Lutfi Othman (sekarang Ketua Pengarang Harakah) dan Suria Janib dengan Mohamad Sabu (sekarang Timbalan Presiden Pas) yang diambil daripada majalah Tamadun, Julai 1998 Mat Sabu    ( sekarang Timbalan Presiden PAS) mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertindak melulus dan menambah jumlah lesen Judi di Malaysia sepanjang menjadi Menteri Kewangan dan  Timbalan Perdana Menteri. Berikut ada teks wawancara berkenaan:




MAT SABU INSAN PERTAMA DEDAH ISU HOMOSEKSUAL
ANWAR DAN ISU ANWAR LULUS LESEN JUDI

Menurut Mat Sabu "Saya menjadi Ahli Parlimen sudah lapan tahun... pada masa saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda.Dahulu ada tiga tempat jadi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menemui bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. 

               
Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini . 


Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) kami mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong. Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi."

Malah Anwar sendiri juga telah mendesak kerajaan Sabah meluluskan lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan. Anwar pernah menghentak meja dan membuang fail bagi membuat desakan itu sewaktu kerajaan Sabah diketuai Datuk Yong Teck Lee.

Anwar nak lesen itu kerana abangnya pengerusi syarikat berkenaan. Yong dilantik sebagai ketua menteri Sabah pada 1996 hingga Mei 1998, sementara Anwar menjadi timbalan perdana menteri dari 1993 hingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998.

ANWAR DAN LESEN JUDI SABAH

 Rakyat di Semenanjung Malaysia khususnya generasi “Y” mungkin tidak tahu 'Sejarah Hitam' yang ditinggalkan Anwar Ibrahim di Sabah sekitar 1996 ketika Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri melalui kaedah'Merry Go Round.' 


YONG TECK LEE :"SAYA DIPAKSA ANWAR LULUS LESEN JUDI"

Menyedari desakan rakyat Sabah untuk mengurangkan perjudian di Sabah, Yong dan Kabinet Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen perniagaan Diriwan Corporation yang menjalankan operasi perjudian enam pertaruhan seminggu, berbanding tiga sebelum ini. 
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan Lesen Judi Loteri 88 kepada Diriwan Corporation Sdn Bhd (DCSB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Olympia Industries Berhad yang dipengerusikan oleh Dato' Rani Ibrahim, abang kandung Anwar Ibrahim. 
Walaupun Lesen Perjudian di Negeri Sabah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta Pertaruhan Pool 1967 yang telah dipanjangkan ke Sabah pada 1992, tetapi lesen perniagaan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di Sabah. 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, ketika itu Datuk Lajim Haji Okin telah mengeluarkan surat pembatalan lesen perniagaan milik Diriwan Berhad menjadikan anak syarikat Olympia itu beroperasi secara haram; sehingga akhirnya Pengarah Urusan Diriwan, Datuk Lee Sheong Mai dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah. 
Tindakan Lajim dan Kabinet Negeri Sabah ini menyebabkan Anwar marah dan mendesak Yong agar menarik balik pembatalan lesen perniagaan Diriwan; tetapi Kabinet Negeri Sabah tetap dengan keputusan awal sekalipun Kementerian Kewangan Malaysia yang diterajui Anwar meneruskan penyambungan lesen Diriwan. Seterusnya di Merung Mahawangsa

BOIKOT McD : Sokongan kepada Palestin


Perihal boikot produk-produk yang di dakwa dimiliki oleh Yahudi serta Israel. Ramai yang menyenaraikan produk-produk yang kononnya milik Yahudi serta penggunaan terhadap produk-produk itu akan secara tidak langsung menjadikan kita penyumbang kepada keganasan Yahudi dengan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa. Memang tidak dinafikan terdapat banyak produk yang dimiliki oleh Yahudi. Namun dengan memboikot produk-produk itu adakah ia akan menjatuhkan Yahudi?Dalam konteks kemanusiaan bagaimanakah situasi mereka-mereka yang mencari nafkah dengan berkhidmat dengan syarikat-syarikat penyedia produk-produk tersebut di Malaysia.

Sebagai contoh, McDonald (M) dikatakan menyumbangkan hasilnya kepada Yahudi. Untuk makluman pembaca yang dihormati, McDonald adalah sebuah syarikat senaraian awam (Public Listed Company or PLC). Maksudnya, sesiapa yang mempunyai duit atau dana serta kelayakan dari segi undang-undang untuk menjadi pemilik saham McDonald, maka tidak ada masalah untuk menjadi pemilik McDonald hatta orang Yahudi sekalipun. Pernah satu ketika, McDonald dimiliki oleh seorang berbangsa Yahudi iaitu Jack M. Greenber, yang juga Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry, Inc. serta McDonald juga ditaja oleh Jewish United Fund (JUF). Namun, pemilik McDonald sekarang adalah Jim Skinner, seorang berbangsa kulit putih America. 

Ada pelbagai lagi isu serta kontroversi tentang hubungan McDonald dan Yahudi, namun di Malaysia, McDonald ini telah pun terkeluar daripada lanskap Yahudi. McDonald telah memberi lesen kepada Golden Arches Restaurant Sdn Bhd. Selepas lebih 20 tahun di Malaysia, McD mula diterajui oleh orang Melayu beragama Islam. Bukankah itu yang patut dibanggakan. Pelbagai kerja-kerja kebajikan serta pelunasan tanggungjawab sosial kepada rakyat Malaysia yang perlu kita sokong. McDonald juga telah menyediakan pekerjaan kepada lebih 10,000 orang di seluruh Malaysia dengan lebih 170 cawangan di seluruh Malaysia. Sekiranya semua orang mengambil langkah bodoh dengan memboikot McD, siapakah yang akan membantu 10,000 orang pekerja untuk mencari rezeki.


Saya tidak membantah langkah untuk memboikot, namun kita perlu menyediakan asas yang kukuh supaya Islam tampak indah dengan tindakan yang akan kita ambil. Di zaman Rasulullah, baginda SAW pernah memboikot perniagaan Yahudi kerana sistem kapitalis serta riba yang dilakukan oleh mereka. Namun, sebelum boikot itu dilaksanakan, Rasulullah SAW memerintahkan Abdul Rahman bin Auf, seorang pakar ekonomi Islam yang terkenal memulakan pasar Islam atau Suqul Ansar yang diuruskan 100% oleh orang-orang Islam. Setelah pasar itu mula berjalan dengan lancar, barulah tindakan boikot dilaksanakan. Ini supaya selepas itu umat Islam tidak lagi terlibat bermuamalat dengan orang Yahudi. Pada hari ini, ramai yang berteriak supaya memboikot produk-produk Yahudi, namun tidak pula menyediakan alternatif untuk menggantikan produk tersebut. Malah, mereka ini tidak dapat lari daripada menggunakan produk Yahudi. Inilah yang dinamakan cakap tidak serupa bikin. Peribahasa Melayu menjelaskan perkara ini dengan 'meludah ke langit, terkena muka sendiri'.


Sebenarnya, kita tidak ada inisiatif untuk memajukan umat Islam. Selalu tindakan yang diambil membawa kita ke belakang. Tidak ada matlamat yang konkrit, cuma yang ada hanyalah emosi yang cuba menghalalkan setiap tindakan. Sikap malas untuk berfikir di luar kotak, bersederhana hanya mencambahkan penyakit jiwa yang merasakan diri sendiri yang lebih bijak daripada orang lain.


Sebagai contoh, ada yang kononnya tidak akan menjejakkan kaki ke McD kerana kononnya syarikat milik Yahudi. Tetapi pada masa yang sama bekerja di syarikat komputer milik Yahudi. Ada yang kononnya tidak mahu minum Coca-Cola tetapi pada masa yang sama aktif menggunakan Facebook yang diasaskan oleh seorang yang berketurunan Yahudi. Ada yang tidak meminum air Sprite, tetapi pada masa yang sama menyokong serta menyarung jersi pasukan bolasepak yang dimiliki oleh seorang berbangsa Yahudi. Adakah ini situasi yang sihat. Kita cuma menimbulkan kekacauan serta ketakutan pada mereka yang ikhlas mencari rezeki dengan bekerja di syarikat-syarikat produk berkenaan. Inilah dikatakan cakap tidak serupa bikin.


Hakikatnya, dunia hari ini amat bergantung kepada produk-produk yang dijelmakan oleh mereka yang berketurunan Yahudi. Kerana apa? Kerana itu adalah janji Allah dimana diakhir zaman, Yahudi akan diberi peluang untuk menakluki dunia selepas dua kali diusir dari al-Quds. Sejarah bangsa mereka yang sangat panjang serta 'great diaspora' bangsa itu menjadikan mereka bertaburan di seluruh pelusuk dunia hari ini serta menguasai ilmu Allah untuk menguasai dunia.


Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakkan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar." Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka maharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak, dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. Jika kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri; dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagai mana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.
(Al-Isra': 4 - 7)

Setiap perbuatan serta pemikiran kita, perlu kita teliti agar orang disekeliling kita tidak meragui pendirian kita. Biarlah kita sentiasa bersikap besederhana dalam apa jua perkara. Musuh kita kuat kerana kita yang lemah. Hari ini, Hamas di Palestin masih belum mampu bersatu dengan Fatah. Negara-negara Arab yang kaya raya masih tidak mampu merajai dunia kerana sentiasa alpa dengan nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Serta kita, masih suka untuk mengambil tindakan terkebelakang di dalam usaha untuk memerangi mereka. Semoga saya berada di jalan yang benar serta diredhai Allah. Usahakan supaya umat Islam menjadi bangsa berilmu serta menyumbangkan sesuatu kepada dunia. Dan sumbangan itu akan menjadikan mereka bergantung dengan kita di dalam menjalani kehidupan mereka diakhir-akhir umur dunia ini. Serta barulah kita akan dihormati serta tidak lagi bergantung kepada produk mereka. 

Wallahualam.


Salah UMNO Lagi…





Kelantan telah diperintah oleh PAS sejak 21 tahun lepas. Kita tahu tidak semua perkara kerajaan tidak kira pusat ataupun negeri boleh selesaikan. Tetapi, di sebuah negeri yang diperintah oleh “Tuan Guru” harap-harapnya tidaklah apabila gagal dalam membanteras maksiat, alasan yang diberikan adalah: Ini salah UMNO.
UMNO sudah tidak memerintah sejak tahun 1990. Sudah 21 tahun, mungkin orang boleh menerima Kelantan tidak membangun fizikalnya tetapi jikalau spiritualnya yang merupakan slogan yang selalu dicanang-canangkan maka kepimpinan tersebut perlu memikirkan apakah faktor yang menggagalkan usaha untuk mencapai KPI tersebut?
Kadangkala, kita menuduh sekian negara itu kurang Islamik ataupun kurang tarbiyyah apabila rakyat negara itu hanya berpurdah di negaranya tetapi melondehkan auratnya sebaik sahaja kapal berada di perairan antarabangsa. Dan menolak negara sekian-sekian sebagai sebuah negara Islam yang syumul di usrah-usrah dan tamrin-tamrin kerana perlakuan rakyatnya. Jadi, adakah ini keadaan di Kelantan ini merupakan model negara Islam..oops..minta maaf..negara berkebajikan yang PAS hendak tubuhkan?
Apa pun, bukanlah masa kita menuding itu dan ini, tetapi sebagai muhasabah kepada Tuan Guru dan Pas Kelantan bahawa realiti pemerintahan bukanlah semudah kertas kerja usrah dan tamrin. Sepenggal mungkin orang boleh terima tetapi 21 tahun, bak kata Tun…Dah lama Daah….

NFC: Kontroversi NFC Berpunca Dari DAP? – Part II


Hasil carian imej untuk kontroversi nfc

MyKmu - Sebelum ini, saya ada menulis mengenai isu NFC yang bertajuk Kontroversi NFC Berpunca Dari DAP? – Part I. Dan kali ini, saya teruskan penulisan mengenainya untuk Part II.

Pada entri Part I, saya menjelaskan tentang lawatan dan perjalanan operasi NFC yang baru 3 tahun beroperasi secara berhati-hati berhadapan dengan pasaran yang tidak menentu dan saingan sengit dari “tauke-tauke” yang mengimport lembu berbaka biasa dari Thailand.

Namun, entri kali ini akan berbicara secara langsung mengenai asal-usul kontroversi yang cuba dimainkan oleh puak-puak Pakatan Haram terhadap kerajaan melalui isu ini dan saya juga akan mendedahkan apakah kaitannya isu ini dengan DAP yang dikatakan menjadi dalang sebenar di sebalik kontroversi ini.

Bertanyakan mengenai kontroversi dua unit kondominium One Menerung yang ditimbulkan Rafizi baru-baru ini, Izmir menyifatkan tohmahan itu sebagai sebuah ‘sketsa permainan politik’ yang sengaja ditimbulkan untuk memenuhi kepentingan politik mereka sahaja dan tidak lebih dari itu.

Menjelaskan maksudnya itu,beliau menceritakan bahawa kemelut ini sebenarnya sudah bermula lebih awal sebelum Laporan Audit Negara 2010 dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara di mana dua orang pegawai NFC telah diberhentikan perkhidmatannya kerana dipercayai terlibat di dalam kes pecah amanah di syarikat itu yang membabitkan kerugian jutaan ringgit.

Menurut lagi, kedua-dua pegawai yang berbangsa Cina itu juga sempat ‘mencuri ‘ beberapa maklumat syarikat sebelum meninggalkan premis NFC, termasuklah maklumat mengenai pelaburan hartanah yang melibatkan pembelian sebuah unit kondominium One Menerung.

Memandangkan kejadian tersebut mampu menjejaskan syarikat, pihak NFC telah membuat satu laporan polis berhubung kejadian dan kes tersebut sedang di dalam siasatan pihak berkuasa.

Menurut Izmir, siasatan polis berhubung kes berkenaan juga dipercayai telah disalah lapor oleh media pro-pembangkang, Malaysiakini.com, yang kononnya NFC sedang disiasat polis berhubung kes pecah amanah, baru-baru ini.

Sedangkan siasatan sebenarnya dijalankan oleh pihak polis adalah terhadap kedua bekas pegawai NFC itu dan bukannya terhadap syarikat itu sebagaimana yang dilaporkan.

Selain itu, beliau juga mendedahkan bahawa sumbernya memberitahu bahawa salah seorang bekas pekerjanya yang diberhentikan itu merupakan ahli DAP dan mengesyaki maklumat mengenai NFC itu ‘dijual’ kepada pihak pembangkang.

Melalui sumber yang saya peroleh, nama individu yang dikenal pasti sebagai ahli DAP dan berkhianat terhadap bekas majikannya itu ialah “Danny Fong”. Bagaimanapun, memandangkan kes tersebut masih di dalam siasatan polis, saya enggan mengulas lanjut mengenai individu tersebut.

Mungkin untuk mengaburi mata rakyat dan tidak mahu hubungan bekas pegawai NFC dengan DAP, dipercayai bahawa parti pembangkang itu telah menyerahkan maklumat tersebut kepada PKR untuk dikontroversikan di kalangang rakyat umum.

Mematahkan hujah Farizi, Izmir menegaskan bahawa di bawah ‘Memorandum dan Artikel Syarikat Malaysia’, difahamkan bahawa ahli lembaga pengarah syarikat berhak untuk melakukan keputusan untuk membuat apa-apa pelaburan yang menguntungkan syarikat tersebut.

Menjelaskan mengenai perkara berkenaan, ahli-ahli lembaga pengarah NFC telah memutuskan untuk membeli dua unit kondominium tersebut sebagai pelaburan memandangkan syarikat itu mempunyai lebihan dana yang tersimpan ‘beku’ dan wajar ‘dicairkan’ untuk meraih keuntungan.

Harga bagi seunit kondominium itu berharga RM6.8 juta selepas diskaun dan bukanlah berharga RM9.8 sebagaimana yang ditohmah Rafizi sebelum ini.

Hasil dari pembelian kedua unit kondo itu, NFC telah berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM3.12 juta, iaitu 22.6 peratus dalam tempah setahun, berbanding 2.75 peratus sahaja jika ‘dibekukan’ di dalam simpanan tetap bank.

Selain itu, pelaburan tersebut dilakukan atas nama syarikat dan bukannya atas nama individu tertentu.

Anehnya, pelaburan bijak yang sah disudut perundangan seumpama ini juga sering dilakukan oleh syarikat-syarikat besar lain, namun tidak pula dipersoal atau dijadikan isu kontroversi oleh para pemimpin pembangkang.

Jadi, apa motif pihak pembangkang meng’kontroversi’kan isu yang tidak sepatutnya menjadi isu ini selain kepentingan politik dan memburuk-burukkan imej pihak tertentu?

Dipercayai, usaha-usaha keji ini cuba dibuat untuk memburukkan imej Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil, Kerajaan Barisan Nasional dan dasar kerajaan yang mahu meningkatkan pelaburan sosio-ekonomi di kalangan Bumiputera di negara ini.

Malangnya, dakwaan tidak berasas yang dilakukan oleh para pemimpin pembangkang ini mampu mempengaruhi segelintir rakyat yang berjaya dimanipulasi minda mereka dan mereka enggan menerima apa jua penjelasan yang diberikan meskipun diberikan fakta-fakta kukuh berhubung isu ini.

Penulis khuatir dengan budaya ‘mempercayai dakwaan tidak berasas’ ini yang semakin popular di kalangan pemimpin pembangkang akan menjejaskan daya intelektual rakyat negara ini dan memperbodohkan pemikiran rakyat dari fakta yang sebenar.

Saya yakin bahawa usaha puak-puak pembangkang ini juga adalah bersumberkan arahan dari DAP yang tidak mahu monopoli pasaran daging di negara ini dipecahkan oleh usahawan bumiputera, khususnya dari bangsa Melayu sendiri. Sikap chauvinis ultra kiasu puak-puak DAP kini telah berjaya meresapi PKR dan PAS secara umumnya menjadikan mereka ini lebih teruk akalnya dari lembu-lembu di NFC.

Entah sampai bila perkara ini akan terus dimainkan dan mungkin hanya akan berhenti setelah pihak pembangkang berjaya menguasai Putrajaya, mungkin?