MyKmu
- Sebelum ini, saya ada menulis mengenai isu NFC yang bertajuk Kontroversi NFC
Berpunca Dari DAP? – Part I. Dan kali ini, saya teruskan penulisan mengenainya
untuk Part II.
Pada
entri Part I, saya menjelaskan tentang lawatan dan perjalanan operasi NFC yang baru
3 tahun beroperasi secara berhati-hati berhadapan dengan pasaran yang tidak
menentu dan saingan sengit dari “tauke-tauke” yang mengimport lembu berbaka
biasa dari Thailand.
Namun,
entri kali ini akan berbicara secara langsung mengenai asal-usul kontroversi
yang cuba dimainkan oleh puak-puak Pakatan Haram terhadap kerajaan melalui isu
ini dan saya juga akan mendedahkan apakah kaitannya isu ini dengan DAP yang
dikatakan menjadi dalang sebenar di sebalik kontroversi ini.
Bertanyakan
mengenai kontroversi dua unit kondominium One Menerung yang ditimbulkan Rafizi
baru-baru ini, Izmir menyifatkan tohmahan itu sebagai sebuah ‘sketsa permainan
politik’ yang sengaja ditimbulkan untuk memenuhi kepentingan politik mereka
sahaja dan tidak lebih dari itu.
Menjelaskan
maksudnya itu,beliau menceritakan bahawa kemelut ini sebenarnya sudah bermula
lebih awal sebelum Laporan Audit Negara 2010 dikeluarkan oleh Jabatan Audit
Negara di mana dua orang pegawai NFC telah diberhentikan perkhidmatannya kerana
dipercayai terlibat di dalam kes pecah amanah di syarikat itu yang membabitkan
kerugian jutaan ringgit.
Menurut
lagi, kedua-dua pegawai yang berbangsa Cina itu juga sempat ‘mencuri ‘ beberapa
maklumat syarikat sebelum meninggalkan premis NFC, termasuklah maklumat
mengenai pelaburan hartanah yang melibatkan pembelian sebuah unit kondominium
One Menerung.
Memandangkan
kejadian tersebut mampu menjejaskan syarikat, pihak NFC telah membuat satu
laporan polis berhubung kejadian dan kes tersebut sedang di dalam siasatan
pihak berkuasa.
Menurut
Izmir, siasatan polis berhubung kes berkenaan juga dipercayai telah disalah
lapor oleh media pro-pembangkang, Malaysiakini.com, yang kononnya NFC sedang
disiasat polis berhubung kes pecah amanah, baru-baru ini.
Sedangkan
siasatan sebenarnya dijalankan oleh pihak polis adalah terhadap kedua bekas
pegawai NFC itu dan bukannya terhadap syarikat itu sebagaimana yang dilaporkan.
Selain
itu, beliau juga mendedahkan bahawa sumbernya memberitahu bahawa salah seorang
bekas pekerjanya yang diberhentikan itu merupakan ahli DAP dan mengesyaki
maklumat mengenai NFC itu ‘dijual’ kepada pihak pembangkang.
Melalui
sumber yang saya peroleh, nama individu yang dikenal pasti sebagai ahli DAP dan
berkhianat terhadap bekas majikannya itu ialah “Danny Fong”. Bagaimanapun,
memandangkan kes tersebut masih di dalam siasatan polis, saya enggan mengulas
lanjut mengenai individu tersebut.
Mungkin
untuk mengaburi mata rakyat dan tidak mahu hubungan bekas pegawai NFC dengan
DAP, dipercayai bahawa parti pembangkang itu telah menyerahkan maklumat
tersebut kepada PKR untuk dikontroversikan di kalangang rakyat umum.
Mematahkan
hujah Farizi, Izmir menegaskan bahawa di bawah ‘Memorandum dan Artikel Syarikat
Malaysia’, difahamkan bahawa ahli lembaga pengarah syarikat berhak untuk
melakukan keputusan untuk membuat apa-apa pelaburan yang menguntungkan syarikat
tersebut.
Menjelaskan
mengenai perkara berkenaan, ahli-ahli lembaga pengarah NFC telah memutuskan
untuk membeli dua unit kondominium tersebut sebagai pelaburan memandangkan
syarikat itu mempunyai lebihan dana yang tersimpan ‘beku’ dan wajar ‘dicairkan’
untuk meraih keuntungan.
Harga
bagi seunit kondominium itu berharga RM6.8 juta selepas diskaun dan bukanlah
berharga RM9.8 sebagaimana yang ditohmah Rafizi sebelum ini.
Hasil
dari pembelian kedua unit kondo itu, NFC telah berjaya mendapat keuntungan
sebanyak RM3.12 juta, iaitu 22.6 peratus dalam tempah setahun, berbanding 2.75
peratus sahaja jika ‘dibekukan’ di dalam simpanan tetap bank.
Selain
itu, pelaburan tersebut dilakukan atas nama syarikat dan bukannya atas nama
individu tertentu.
Anehnya,
pelaburan bijak yang sah disudut perundangan seumpama ini juga sering dilakukan
oleh syarikat-syarikat besar lain, namun tidak pula dipersoal atau dijadikan
isu kontroversi oleh para pemimpin pembangkang.
Jadi,
apa motif pihak pembangkang meng’kontroversi’kan isu yang tidak sepatutnya
menjadi isu ini selain kepentingan politik dan memburuk-burukkan imej pihak
tertentu?
Dipercayai,
usaha-usaha keji ini cuba dibuat untuk memburukkan imej Ketua Wanita UMNO,
Datuk Seri Shahrizat Jalil, Kerajaan Barisan Nasional dan dasar kerajaan yang
mahu meningkatkan pelaburan sosio-ekonomi di kalangan Bumiputera di negara ini.
Malangnya,
dakwaan tidak berasas yang dilakukan oleh para pemimpin pembangkang ini mampu
mempengaruhi segelintir rakyat yang berjaya dimanipulasi minda mereka dan
mereka enggan menerima apa jua penjelasan yang diberikan meskipun diberikan
fakta-fakta kukuh berhubung isu ini.
Penulis
khuatir dengan budaya ‘mempercayai dakwaan tidak berasas’ ini yang semakin
popular di kalangan pemimpin pembangkang akan menjejaskan daya intelektual
rakyat negara ini dan memperbodohkan pemikiran rakyat dari fakta yang sebenar.
Saya
yakin bahawa usaha puak-puak pembangkang ini juga adalah bersumberkan arahan
dari DAP yang tidak mahu monopoli pasaran daging di negara ini dipecahkan oleh
usahawan bumiputera, khususnya dari bangsa Melayu sendiri. Sikap chauvinis
ultra kiasu puak-puak DAP kini telah berjaya meresapi PKR dan PAS secara
umumnya menjadikan mereka ini lebih teruk akalnya dari lembu-lembu di NFC.
Entah
sampai bila perkara ini akan terus dimainkan dan mungkin hanya akan berhenti
setelah pihak pembangkang berjaya menguasai Putrajaya, mungkin?
No comments:
Post a Comment