Sunday, December 30, 2012

NFC Kontroversi NFC Berpunca Dari DAP? – Part I





Hasil carian imej untuk kontroversi nfc



Mykmu - Kontroversi mengenai National Feedlot Corporation (NFC) yang timbulkan oleh beberapa pemimpin politik pembangkang heboh diperkatakan pelbagai pihak disusuli dakwaan-dakwaan yang mempertikaikan projek tersebut. Sehingga kini, Kongres PKR yang sedang berlangsung di Pulai, Johor juga sedang hangat menghentam Kerajaan berkenaan isu ini.

Apa sebenarnya isu NFC ini?

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Setiussaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Samad dan beberapa pemimpin pembangkang lain mengecam pembelian kondominium di Bangsar itu sebagai satu bentuk penyelewengan dana.

Menghangatkan kontroversi NFC, Rafizi berhujah dengan menyatakan bahawa NFC hanya boleh menggunakan wang tersebut untuk melabur di dalam hal berkaitan fidlot itu sahaja dan tidak boleh membuat pelaburan hartanah, termasuklah membeli unit kondominium tersebut.

Pemimpin PKR itu juga mendakwa kondominium mewah itu dibeli dengan harga RM9.8 juta seunit.

Memandangkan isu tersebut semakin hangat diperkatakan, saya terpanggil untuk melawat sendiri ke ladang NFC di sini untuk melihat dan mendapatkan jawapan mengenai isu yang kononnya ‘sangat kontroversi’ itu.

Sepanjang perjalanan ke Pusat Fidlot Nasional baru-baru ini, penulis membayangkan sebuah rumah penyembelihan haiwan ternakan dan beberapa kandang lembu kosong yang hanya memuatkan sekitar dua tiga ekor lembu sebagaimana yang digembar-gemburkan para pemimpin pembangkang sebelum ini.

Ketika kenderaan memasuki perkarangan Pusat Fidlot tersebut, penulis dapat melihat sebuah kawasan berpagar yang luas dan agak jauh terpencil dari kedudukan kampung-kampung di sekitar Gemas, Negeri Sembilan.

Disambut oleh Pengarah NFC, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, kami mula bergerak ke Pusat Penyembelihan Lembu NFC yang terletak tidak jauh dari pintu masuk pejabat operasi syarikat tersebut.

Di Pusat Penyembelihan Lembu itu, kami diberi penerangan oleh Pengurusnya, Mohd Nor mengenai prosedur ketat yang perlu dipatuhi untuk memasuki kawasan penyediaan daging NFC itu sebelum di pasarkan.

Kami dikehendaki memakai pakaian khas, menutup rambut, memakai sarung tangan getah, berkasut ‘Phua Chu Kang’, memakai topeng mulut dan meninggalkan barang-barang yang tidak perlu sebelum memasuki premis operasi penyediaan daging itu.

Mengharungi lopak kecil berkimia untuk membersihkan kasut yang baru dipakai, Mohd Nor membawa penulis dan rakan-rakan media lain ke lokasi di mana lembu-lembu diasingkan, dibawa masuk ke sebuah kotak besi, disembelih, dilapah kulitnya, dipotong dua, dipotong empat, diproses dan disimpan di dalam “chiller”.

Menurut Mohd Nor, seramai 11 pekerja di situ yang memiliki sijil menyembelih haiwan yang diikitraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memastikan sembelihan tersebut berstatus halal dari segi syarak.

Kemudian, daging-daging dan anggota lembu yang lain seperti limpa, paru-paru, lidah, ekor, perut dan sebagainya diproses serta dipotong-potong kepada bahagian yang lebih kecil sebelum dibungkus di dalam kotak-kotak untuk tujuan pemasaran.

Sejak tiga tahun beroperasi, produk NFC telah berjaya dipasarkan di beberapa hipermarket utama negara seperti Jaya Jusco, Giant, Carrefour, Cold Storage, O’gourmet dan beberapa hotel terkemuka seperti Marriot Hotel, Shangri-La Hotel dan The Ritz-Carlton Hotel.

Selain memasarkan daging ke restoran kendalian anak syarikat NFC iaitu Meatworks di Mont Kiara, produk NFC juga dipasarkan di Restoran Subway, Dome, Domino’s Pizza, A&W, Jake’s Charboil Steaks, Al-Amar Lebanese Cuisine, Darabif, Prima Agri-Product, penyedia makanan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan pasar-pasar basah di seluruh negara.

Kiranya, meskipun baru beroperasi selama tiga tahu, NFC sudah mempunyai reputasi yang agak membanggakan, rangkaian pemasaran yang luas dan berpotensi besar untuk berkembang maju di dalam industri fidlot tanahair.

Selesai melawat di Pusat Penyembelihan itu, kami di bawa melawat ke kandang-kandang lembu yang ditempatkan sekitar 800 meter dari ibu pejabat operasi NFC.

Memang benar kata Rafizi, hanya dua hingga tiga ekor lembu saja yang kelihatan di kandang pertama yang kami lalui ketika menuju ke ‘kandang lembu yang sebenar’ itu.

Mengejutkan, rupa-rupanya beribu ekor lembu sedang ‘menunggu’ kedatangan kami dan Wan Shahinur Izmir menjelaskan bahawa jumlah lembu yang ada di ladang NFC pada ketika itu adalah lebih dari 1,300 ekor.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa secara idealnya kandang itu mampu memuatkan sekitar 4,000 ekor dalam tempoh yang sama dan NFC bakal membina sejumlah empat lagi kandang seumpamnya di sekitar kawasan tersebut sehingga tahun 2014.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Izmir berkata, beliau ‘hairan’ dengan kenyataan beberapa pihak yang menyatakan bahawa ‘hampir tidak ada lembu di ladang fidlot NFC’ kendaliannya itu.

Tidak jauh dari kandang-kandang lembu fasa pertama itu, penulis dapat melihat premis pusat penyediaan makanan lembu NFC yang diproses sendiri berasaskan jerami padi, vitamin-vitamin dan mineral yang diperlukan oleh lembu-lembu tersebut.

Menurutnya, memang benar dakwaan tentang perancangan awal NFC mensasarkan pemasaran sekitar 60,000 ekor lembu setahun pada tahun 2006, namun memandangkan sasaran tersebut tidak realistik pada awal permulaan projek itu, sasarannya dikurangkan kepada 8,000 ekor sahaja setahun kemudiannya dan dipersetujui oleh pihak kementerian terbabit.

Beliau berkata, sasaran tersebut telah berjaya dicapai pada tahun lalu dengan 8,016 ekor lembu berjaya dipasarkan dan ini menafikan dakwaan pihak yang mengatakan bahawa NFC mengalami kerugian jutaan ringgit sebelum ini.

Izmir juga mengeluh apabila ada pihak yang mendakwa bahawa NFC kononnya tidak membayar pinjaman yang dibuat dari kerajaan dan menjelaskan bahawa syarikat itu sebenarnya diberi pelepasan dari pembayaran tahunan tersebut dalam tempoh tiga tahun pertama.

Beliau menjelaskan bahawa menurut perjanjian yang dipersetujui kedua pihak, NFC akan membayar sejumlah RM14.7 juta setahun kepada kerajaan untuk melunaskan hutangnya, bermula tahun hadapan.

Menurutnya lagi, tiada keistimewaan yang diberikan kepada NFC berbanding projek-projek sosio-ekonomi kerajaan lain yang dianugerahkan geran pembiayaan penuh, sebaliknya syarikat itu ‘terpaksa’ meminjam wang meskipun projek berkenaan sememangnya layak untuk mendapat geran yang sama tarafnya dari kerajaan.

Izmir turut menjelaskan tentang realistik perniagaan dan mempersoalkan kembali tentang apakah perlu pinjaman yang diterima sebanyak RM181 juta itu dibelanjakan sepenuhnya dan memenuhkan ladang tersebut dengan 60,000 ekor lembu sedangkan syarikat itu baru saja setahun jagung beroperasi.

Menjelaskan perkara berkenaan, NFC mempunyai perancangan jangka panjang yang lebih teratur dan tidak perlu ‘boros’ dengan terus berbelanja besar setelah mendapat pinjaman tersebut dari kerajaan.

No comments:

Post a Comment