stesen tenaga Battersea
di tepi Sungai Thames, London kini menjadi milik
syarikatkerjasama dari
Malaysia. - Gambar EHSAN/www.richardalois.com
JERSEY, Channel Islands - Konsortium
Malaysia terdiri daripada Sime Darby Bhd. (Sime Darby), SP Setia Bhd. (SP
Setia) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memiliki stesen tenaga
ikon Battersea di London dengan nilai 400 juta pound sterling (RM1.972 bilion).
Tiga pihak tersebut secara rasmi memeterai
perjanjian bersama semalam, untuk menubuhkan Battersea Project Holding Company
Limited (BPHCL).
Sime Darby dan SP Setia masing-masing memegang 40
peratus kepentingan di dalam BPHCL, manakala selebihnya dimiliki oleh KWSP.
Anak syarikat milik penuh BPHCL, Battersea Project
Land Company Ltd. telah memeterai perjanjian pembelian dengan Pengurus Bersama,
Alan Bloom dan Alan Hudson dari Ernst & Young LLP (EY).
Menurut kenyataan akhbar, empat minggu lalu pada 7
Jun, Sime Darby dan SP Setia telah menandatangani perjanjian eksklusif dengan
Pengurus Bersama Battersea, selepas kedua-dua rakan niaga tersebut dikenalpasti
sebagai pembida pilihan selepas melalui proses pembidaan antarabangsa yang
dilakukan oleh EY dan Knight Frank LLP, United Kingdom.
Dalam kenyataan kedua-dua syarikat di Bursa
Malaysia. ahli Lembaga Pengarah Sime Darby dan SP Setia telah menyatakan
keyakinan berkaitan projek itu serta prospek kepada kerjasama tersebut.
Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Mohd.
Bakke Salleh berkata, London merupakan destinasi pelaburan hartanah dan
pembangunan yang strategik.
Oleh
itu, projek Battersea mewakili peluang terbaik untuk Sime Darby dan rakan niaga
kami untuk memanjangkan langkah ke pasaran utama antarabangsa, katanya.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif SP Setia, Tan Sri Liew Kee Sin berkata, kedudukan stesen tenaga
Battersea adalah terpenting di London dan kawasan penjanaan semula pusat
bandar.
No comments:
Post a Comment