Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, December 25, 2012

Sime Darby, SP Setia, KWSP pemilik baru Battersea


stesen tenaga Battersea di tepi Sungai Thames, London kini menjadi milik 
syarikatkerjasama dari Malaysia. - Gambar EHSAN/www.richardalois.com


JERSEY, Channel Islands - Konsortium Malaysia terdiri daripada Sime Darby Bhd. (Sime Darby), SP Setia Bhd. (SP Setia) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memiliki stesen tenaga ikon Battersea di London dengan nilai 400 juta pound sterling (RM1.972 bilion).

Tiga pihak tersebut secara rasmi memeterai perjanjian bersama semalam, untuk menubuhkan Battersea Project Holding Company Limited (BPHCL).

Sime Darby dan SP Setia masing-masing memegang 40 peratus kepentingan di dalam BPHCL, manakala selebihnya dimiliki oleh KWSP.

Anak syarikat milik penuh BPHCL, Battersea Project Land Company Ltd. telah memeterai perjanjian pembelian dengan Pengurus Bersama, Alan Bloom dan Alan Hudson dari Ernst & Young LLP (EY).

Menurut kenyataan akhbar, empat minggu lalu pada 7 Jun, Sime Darby dan SP Setia telah menandatangani perjanjian eksklusif dengan Pengurus Bersama Battersea, selepas kedua-dua rakan niaga tersebut dikenalpasti sebagai pembida pilihan selepas melalui proses pembidaan antarabangsa yang dilakukan oleh EY dan Knight Frank LLP, United Kingdom.

Dalam kenyataan kedua-dua syarikat di Bursa Malaysia. ahli Lembaga Pengarah Sime Darby dan SP Setia telah menyatakan keyakinan berkaitan projek itu serta prospek kepada kerjasama tersebut.

Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Mohd. Bakke Salleh berkata, London merupakan destinasi pelaburan hartanah dan pembangunan yang strategik.

‘‘Oleh itu, projek Battersea mewakili peluang terbaik untuk Sime Darby dan rakan niaga kami untuk memanjangkan langkah ke pasaran utama antarabangsa,’’ katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia, Tan Sri Liew Kee Sin berkata, kedudukan stesen tenaga Battersea adalah terpenting di London dan kawasan penjanaan semula pusat bandar. 




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.