Datuk
Seri Najib Tun Razak mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan
oleh Barisan Nasional (BN) bagi memajukan negeri ini sekiranya diberi mandat
pada pilihan raya umum akan datang.
Perdana
Menteri berkata, projek tersebut adalah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota
Bharu, pembinaan stadium baharu, perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit,
pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan
5,000 pelajar.
Projek
lain adalah membina masjid terbesar yang menjadi ikon di negeri ini dengan kos
kira-kira RM50 juta, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu serta
menyelesaikan masalah air.
"Ambo
(saya) sebut tujuh perkara ini hanya sebahagian daripada manifesto kita, belum
lengkap lagi. Ambo nak simpan modal ni, sebab ambo nak acap turun Kelantan nak
umum lagi," katanya berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati
peringkat negeri, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini hari
ini.
Pengumuman
projek tersebut disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh oleh kira-kira
50,000 orang hadirin pada majlis tersebut.
Yang
turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri
Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr.
Awang Adek Hussin.
Menurut
Perdana Menteri, rakyat Kelantan sememangnya dahagakan pembangunan termasuk
tujuh projek itu dan kerajaan BN akan menunaikan janji tersebut demi kemajuan
mereka sekiranya diberi mandat.
Beliau
yang memberitahu masa untuk rakyat membuat keputusan semakin hampir apabila
tarikh pilihan raya diumumkan tidak lama lagi berkata, anak Kelantan amat
berbakat dan ramai yang menjadi pemimpin negara meskipun datang daripada
keluarga susah, dan kalau mereka diberi peluang, boleh menjadi role model
kepada negara.
"Kita
kena pastikan bumi Kelantan, potensi rakyat Kelantan akan menjadi kenyataan
sepenuhnya, inilah janji kerajaan BN. Kerajaan BN tidak melupakan untuk
mendahulukan rakyat dalam tindakan kita," katanya.
Najib
berkata, hanya dengan transformasi masa depan rakyat Kelantan boleh diubah dan
diperbaiki dan BN sentiasa meletakkan kemahuan tersebut sebagai sebahagian
dasar perjuangan parti itu.
Beliau
bagaimanapun mengingatkan transformasi yang berjaya dilaksanakan oleh kerajaan
di peringkat Pusat tidak boleh dilakukan di negeri ini hanya dengan menggantung
slogan dan bendera tinggi di atas pokok atau mewarnakan hijau dinding, bumbung
dan pagar seolah-olah terjamin kedudukan umat Islam serta agama Islam.
"Kita
tidak janjikan bintang, cakerawala atau syurga. Kita janjikan transformasi
menyeluruh untuk rakyat Malaysia.
"Inilah
yang dilakukan kerajaan kita iaitu melakukan perubahan yang besar yang digelar
transformasi, dan transformasi ini, ambo lihat di bumi Kelantan juga akan kita
lakukan," katanya.
Tuan....
ReplyDeleteBlog tuan telah dipautkan.
Mohon tuan pautkan juga saya di sini.
http://miazarraannur.blogspot.com/
Terima kasih.