(Parti dominan atau sekadar khadam Pak Pacak?)
TumPAS
AKHIRNYA!
(Parti
dominan atau sekadar khadam Pak Pacak?)
Dominan
bermakna mempunyai pengaruh, autoriti atau kawalan yang utama keatas sesuatu.
Apabila seseorang menyatakan dia adalah dominan, bermakna dia punya pengaruh,
autoriti dan kawalan utama dalam menterjemahkan kehendak dan kemahuannya.
Apabila sebuah parti politik menyatakan ia adalah parti dominan, bermakna parti
itu mempunyai pengaruh, autoriti dan kawalan untuk menterjemah dan melaksanakan
falsafah, dasar dan agenda parti itu; dan ia dihormati oleh parti yang duduk
dibawah dominasinya!
Itulah
yang berlaku kepada UMNO. Apabila UMNO menjadi parti dominan didalam Barisan
Nasional, maka UMNO mempunyai pengaruh, autoriti dan kawalan utama untuk
melaksanakan dan menterjemahkan falsafah, dasar dan perjuangan parti UMNO –
iaitu membela dan memartbatkan bangsa Melayu dan Islam, disamping menjaga
kebajikan dan kepentingan agama dan bangsa lain. Dan ia dihormati komponennya!
Dan
UMNO telah membuktikan status dominannya dalam BN dengan melaksanakan dasar dan
agenda perjuangan Melayu-Islam sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946 sehingga
kini.
Daripada
mendapatkan kemerdekaan untuk negara secara aman, memastikan Islam menjadi
agama negara, meletakkan syariat dan institusi Islam lebih tinggi dalam
Perlembagaan dan dasar negara, membela & memartabatkan bangsa Melayu
melalui Dasar Ekonomi Baru, Dasar Transformasi Negara; disamping menjaga
kebajikan dan kepentingan kaum dan agama lain didalam Malaysia, UMNO telah
berjaya membuktikan ia bukan sahaja parti yang dinamik dan pragmatik, malah ia
adalah parti yang dominan dan dihormati kawan, digeruni lawan!
Dan
penghormatan parti komponen lain terhadap UMNO sebagai parti dominan sangat
jelas.
Sewaktu
MCA menghadapi krisis kepimpinan akibat persengkataan antara Tan Koon Swan dan
Neo Yee Pan, pemimpin UMNO, Allahyarham
Tun Ghafar diberi mandat oleh MCA untuk menjadi Presiden sementara MCA!
Dan Tun Ghafar berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan MCA sehingga MCA
kembali bersatu!
Sewaktu
MIC menghadapi krisis kepimpinan, sekali lagi pemimpin UMNO diberi amanah
memimpin dan membimbing MIC keluar daripada kemelut itu. Dan sekali lagi
pemimpin UMNO berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan MIC.
UMNO
tidak mengkhianati rakan komponennya! UMNO tidak mengambil kesempatan daripada
masalah dalaman yang dihadapi rakan BN! UMNO tidak menikam parti kawan daripada
belakang. Malah UMNO menjadi 'abang' yang begitu setia dan sanggup berkorban
untuk 'adik-adiknya' didalam Barisan Nasional!
Dan
sewaktu UMNO menghadapi krisis kepimpinan sehingga diharamkan pada tahun 1988,
dengan segera rakan komponen MCA, MIC dan lain-lain bermesyuarat mengambil-alih
secara sementara kepimpinan BN untuk selama beberapa minit, sebelum membuat
keputusan menyerahkan semula kepimpinan BN kepada Presiden UMNO Baru Tun Dr.
Mahathir Mohamed!
Itu
maknanya UMNO parti dominan! Itu maknanya UMNO parti tunggak! Itu maknanya UMNO
parti tunjang! Parti yang dihormati kawan, tetapi digeruni lawan!
Sekarang
PAS mendakwa ia sebagai parti dominan didalam pakatan pembangkang! PAS mendabik
dada sebagai parti tunggak! PAS mengaku sebagai parti tunjang dalam pakatan pembangkang!
Sehingga PAS sanggup membuat usul untuk memamak-bendaharakan presidennya Datuk
Seri Hadi Awang menggantikan Anwar Ibrahim!
Persoalannya,
benarkah dakwaan PAS itu? Benarkah PAS boleh menjadi parti alternatif untuk
umat Melayu-Islam menggantikan UMNO? Benarkah umat Islam-Melayu wajib membantu
PAS dengan mengundi mereka didalam PRU-13 nanti!
Mari
kita kupas dan huraikan persoalan ini secara fakta dan bukti!
Keputusan
Exco Kerajaan PAS Kelantan untuk menggantung, menilai dan mengkaji semula undang-undang
PBT berkaitan pengharaman lelaki bercampur wanita setelah tercetusnya isu salon
non-Muslim yang disaman kerana membenarkan tukang gunting wanita menggunting
rambut pelanggan lelaki menimbulkan satu polemik yang lebih besar!
Kita menjangka undang-undang pengasingan jantina tersebut yang sudah ujud sejak PAS
memerintah Kelantan pada tahun 1991 itu akhirnya akan ditalkinkan tidak lama
lagi setelah dikritik hebat baru-baru ini.
Kita cukup yakin Kerajaan Datuk Nik Aziz TIDAK membuat keputusan tersebut akibat
teguran UMNO; almaklumlah UMNO bukan sahaja parti yang telah dikafirkan, malah
dimurtadkan baru-baru ini. Takkan Nik Aziz nak dengar nasihat orang yang
dikafir-murtadkan?
Kita juga cukup yakin keputusan Kerajaan Datuk Nik Aziz itu BUKAN kerana tekanan
daripada Chua Soi Lek mahupun Palanivel, apatah lagi Koh Tsu Koon! Mereka bukan
rakan-kapir yang sekatil-sebantal dengan PAS! Malah kerana bersepakat dengan
merekalah UMNO diisytihar dan dipatwakan kafir dan tak layak masuk sorga!
Keputusan
Kerajaan Datuk Nik Aziz tersebut dibuat setelah menerima kritikan, tekanan dan
desakan daripada rakan sekatil dan sebantal mereka iaitu kepimpinan parti
cauvinis rasis DAP! Rata-rata pemimpin cauvinis DAP ini menempelak tindakan
Kerajaan Datuk Nik Aziz itu. Dan tekanan bertambah berat apabila Dewan Himpunan
Penyokong Non-Muslim PAS Pusat turut membantah dan menegur tindakan Kerajaan
PAS Kelantan!
Apakah
maksud ini semua? Maknanya PAS bukan parti dominan! Maknanya PAS bukan parti
tunggak! Maknanya PAS hanya sekadar 'khadam pak turut' kepada kehendak DAP!
Itulah maksudnya!
Jangan
kata undang-undang yang dah berumur lebih 20 tahun boleh ranap, perjuangan
Negara Islam yang menjadi modal politik PAS pun akhirnya bungkus! Semuanya demi
mengejar undi non-Malay, non-Muslim! Dan PAS beriman dengan keyakinan bahawa
DAP boleh membantu mereka mendapat undi non-Malay & non-Muslim! PAS
berakidah bahawa melukakan hati DAP bermakna sayonara kepada undi non-Malay
& non-Muslim! Maka bagi PAS, demi mahligai Putrajaya, mereka tiada pilihan,
wajib tunduk, sami' na wa ato'na kepada kehendak DAP!
Kita melihat isu mutakhir ini sebagai bukti jelas betapa laungan pimpinan PAS bahawa
mereka adalah parti dominan didalam pakatan pembangkang adalah sekadar retorik
politik sahaja! Malah angan-angan PAS sebagai kononnya parti dominan sehingga
menyebabkan mereka membuat usul untuk memperdana-menterikan Datuk Seri Hadi
Awang, yang ternyata syiok dengan tawaran jawatan mahkota Putrajaya tersebut
hanyalah sekadar fantasi dan ilusi semata-mata!
Bertambah
sedih para pelakon sitkom Lawak Senario apabila PAS mengumumkan bahawa mereka
kini adalah parti alternatif bagi orang Melayu-Islam menggantikan UMNO! Konon
skrip lawak mereka menyatakan PAS adalah tunjang kepada pakatan pembangkang
masakini sebagaimana UMNO didalam Barisan Nasional! Malah dilawakkan lagi bahawa
orang Melayu-Islam wajib membantu dengan mengundi PAS dalam PRU-13 sebagai
sandaran dan harapan baru menggantikan UMNO!
Persoalan
besarnya - betulkah PAS dominan?
Dan
jawapannya jelas BIG NO! TIDAK!!! NEHI!!
Buktinya?
1.
Kita tengok apa jadi kepada Kerajaan PAS Kedah. Kerajaan yang dominan ialah
PAS, kerana ADUN PAS paling ramai, dan ADUN DAP hanya seorang sahaja. Dalam
keadaan itu, Kerajaan PAS Kedah sepatutnya tidak ada masalah untuk melaksanakan
segala dasar dan agenda PAS.
Sebaliknya,
lain yang berlaku! Contohnya, apabila Kerajaan PAS Kedah mengumumkan akan
merobohkan sebuah pusat penyembelihan babi di Kota Setar, ADUN DAP tersebut
telah membantah dan memberi katadua kepada Kerajaan PAS Kedah - tarik balik
arahan tersebut atau beliau akan bawa DAP Kedah keluar! Akhirnya, Kerajaan PAS
Kedah membatalkan arahan tersebut. Hanya seorang ADUN DAP boleh meletakkan
Kerajaan PAS Kedah atas lutut dengan satu gertakan sahaja!
Dominan
ke namanya tu ?
2.
Kita tengok pulak apa jadi bila Kerajaan PAS Kedah mengeluarkan arahan supaya
semua pusat hiburan wajib ditutup sepanjang bulan Ramadhan! Hanya dengan satu
bantahan daripada DAP, arahan tersebut dibatalkan! Maka berpestalah pusat
hiburan di Kedah sepanjang bulan Ramadhan!
Dominan
ke namanya tu ?
3.
Mutakhir, Kerajaan PAS Kedah mengeluarkan arahan supaya semua papan-tanda iklan
yang mengandungi gambar wanita yang tidak berpakaian sopan hendaklah
diturunkan! Yup, belum sempat Karpal Singh batuk, arahan itu segera ditarik
balik bila ada suara membantah daripada DAP!
Dominan
ke namanya tu ?
4.
Mari kita beralih ke Pulau Pinang. Kita tak bercadang nak bariskan segala
peristiwa yang berlaku untuk membuktikan betapa hinanya PAS pada pandangan mata
Guaneng dan juak-juak DAPnya. Cukup sekadar kita tengok bagaimana cara mereka
melayan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang! Yup, PAS hanya ada satu sahaja
ADUN di Pulau Pinang. YB Ustaz Saleh Man, ADUN Permatang Pasir yang juga
Pesuruhjaya PAS Negeri.
Sepatutnya
dalam ertikata perkongsian yang telus dan harmoni serta saling hormat
menghormati sebagaimana yang diamalkan dalm BN yang ditunjangi UMNO, Kerajaan
DAP Pulau Pinang wajib memberikan tempat kepada satu-satunya ADUN PAS!
Sebagaimana yang dibuat oleh UMNO, masih mengambil pimpinan MIC, MCA dan
Gerakan yang tewas dalam pilihanraya; diberikan tempat didalam Kerajaan
bertaraf Menteri! Itu namanya dominan! Bukan sahaja dominan, tetapi menghormati
rakankongsi dalam persefahaman yang ikhlas!
Tetapi
tidak dalam pakatan songsang DAP-PKR-PAS ini! Satu-satunya ADUN PAS di Pulau
Pinang, langsung tidak diberi muka dalam barisan Exco Kerajaan DAP! Sepatutnya
PAS yang dilabelkan sebagai parti Islam, paling koman mangkuk pun ADUN nya
patut diberi jawatan Exco menjaga portfolio hal-ehwal Islam! Malah itulah bahan
kempen semasa PRK Permatang Pasir! Tetapi tidak! ADUN PAS yang juga bos PAS
Pulau Pinang langsung tak diberi muka oleh Kerajaan Guaneng!
Sebaliknya
Malek Kasim, ADUN PKR Batu Maung yang dilantik memegang jawatan Exco Hal Ehwal
Agama Islam! Malek Kasim? ADUN PKR yang bukan lulusan daripada jurusan agama
Islam pun. Yang bukan datang daripada Al Azhar. Yang datang daripada parti PKR,
parti yang ketuanya berfahaman pluralisma dan liberal. Parti yang nak beri
kebebasan kepada orang Melayu pilih agama lain selain Islam!
Ini
bukan sahaja membuktikan PAS bukan parti dominan, malah PAS hanyalah di anggap
sebagai parti keldai tunggangan sahaja! Ini adalah satu penghinaan besar kepada
PAS! Bak kata pepatah Melayu, PAS ini adalah parti yang dia ujud pun tak
menambah, dia tiada pun tak mengurang! Mungkin doa dan impian presiden PAS
untuk menjadi khadam sudah pun tertunai!
Jadi,
dominan ke namanya tu ?
5.
Kalau kita tukar angin tengok ke Selangor, bertambah lagi gerun kita! PAS
ada 8 ADUN dalam negeri Selangor. Bermakna PAS adalah parti 'king-maker'.
Kerana jika PAS menarik diri daripada pakatan songsang ini, Kerajaan pakatan
luar tabi'e ni akan tumbang! Kerajaan PKR-DAP Selangor boleh ditumbangkan
oleh ADUN-ADUN PAS jika mereka bersatu!
Dalam
keadaan itu, sudah tentu kita mahu melihat PAS boleh memainkan peranan dominan,
sekurang-kurangnya dalam memastikan kepentingan dan kebajikan umat Melayu-Islam
terbela dan dipertahankan! Dengan kedudukan sebagai 'king-maker' itu, kita
sepatutnya boleh meletakakan harapan PAS boleh 'tunjuk taring' dan 'bersuara
lantang' melaksanakan agenda dan dasar perjuangan PAS yang kononnya mahu
menjadi parti alternatif umat Melayu-Islam menggantikan UMNO!
Tapi
apa yang terjadi sebaliknya! YB Datuk Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor yang
juga Exco Hal-Ehwal Agama Islam Selangor mendapati bukan sahaja beliau berdepan
dengan kekangan dan kesukaran oleh rakan komponen DAP-PKR didalam melaksanakan
dasar dan agenda Islam-Melayu, malah beliau turut berdepan dengan sabotaj dan
khianat daripada parti dia sendiri!
Cubaan
Datuk Hasan Ali membersihkan Bandaraya Shah Alam, Bandar Anggerik kebanggaan
Melayu-Islam Selangor daripada unsur arak dan maksiat yang makin bercambah
sejak pakatan pembangkang memerintah ternyata kecundang! Menggunakan kuasa dan
kedudukannya sebagai Exco Agama, dan berbekalkan kedudukan PAS sebagai
'king-maker' di Selangor, Hasan Ali dengan kerjasama PBT Majlis Bandaraya Shah
Alam menjalankan operasi pembersihan dengan merampas arak yang dijual secara
bebas di kedai-kedai serbanika di Shah Alam.
Kita
ingatkan ahli dan penyokong PAS akan bertakbir sakan! Al maklumlah pernah ada
antara mereka yang membuat kenyataan, 'hari ni memerintah Selangor, esok kilang
arak tutup'! Maka orang Melayu-Islam Selangor, khususnya di Shah Alam tumpang
kagum dengan keberanian Hasan Ali mempertahankan 'kesucian' bumi Shah Alam.
Tapi
apa jadi? Tak sampai beberapa hari, kaum cauvinis dan rasis DAP mula melalak
dan memekak! Mereka menuntut arahan Hasan Ali dibatalkan, dan arak itu
dipulangkan kembali kepada kedai-kedai serbanika itu. Umat Melayu-Islam
ingatkan tentu para mujahidin dan para demonstran PAS akan turun berlarak di
Shah Alam, mungkin juga sampai membaringkan badan diatas jalan untuk menghalang
kereta Ronnie Liu daripada berjalan!
Tak,
sebaliknya umat Melayu-Islam menjadi kecewa dan hampa. MBSA diarah memulangkan
semula arak tersebut. Bayangkan betapa hina dan aibnya kita umat Melayu-Islam
bila melihat lori MBSA terpaksa memulangkan semula arak-arak yang dirampas itu
ke kedai-kedai serbanika! PAS muncul sebagai parti yang hanya sekadar boleh
ber'take-beer' sahaja sekarang !
Dominan
ke namanya tu ?
6.
Kemudian kita tengok pula isu serangan terhadap aqidah umat Melayu-Islam. Hasan
Ali, selaku Exco Agama Islam Selangor menerima maklumat bahawa Gereja Methodist
Damansara Utama (DUMC) melakukan dakyah dan cuba memurtadkan beberapa orang
Melayu-Islam. Berdasarkan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang duduk
dibawah portfolio Hasan Ali telah melakukan siasatan di DUMC. JAIS mendapati
aduan itu betul, dan menemui beberapa dokumen dan individu yang terlibat. Maka
JAIS pun bertindak!
Apa
jadi ? Sekali lagi umat Malayu-Islam mengharapkan PAS akan mengambil
tindakan tegas kerana ini membabitkan isu aqidah! Apa lagi yang lebih besar
selain masalah aqidah! Serangan terhadap aqidah umat Islam sama saperti
mengisytiharkan perang terhadap Islam! Umat Islam-Melayu mengharapkan PAS tidak
akan berkompromi!
Sebagaimana
umat Melayu-Islam melihat PAS & UMNO bersama melakukan bantahan
besar-besaran semasa isu IFC, isu murtadnya Noraishah Bukhori, murtadnya
Hartini Kamarudin, murtadnya Azlina Jailani @ Lina Joy! Umat Melayu-Islam tidak
sabar mendengar pengumuman jihad oleh PAS!
Pheewwww..sebaliknya
pula yang berlaku! Hasan Ali dimaki-hamun! Hasan Ali dicerca! Hasan Ali dihina!
Hasan Ali ditohmah tidak pandai berpolitik! Hasan Ali difitnah tidak tahu
menghormati hak gereja dakyah! Hasan Ali dikutuk tidak memahami parasaan DAP! Hasan
Ali didakwa akan menyebabkan PAS hilang undi, hilang kerusi! Hasan Ali
dikatakan mengidap penyakit 'undersiege mentality'! Hasan Ali menjadi kucing
kuranp didalam PAS dan pakatan songsang!
Akhirnya
Hasan Ali dipecat! Tanpa notis, tanpa tunjuk-sebab, tanpa boleh bela diri,
tanpa dipanggil mesyuarat! Hasan Ali dihalau daripada PAS macam anjing kurap!
Apa
dosa Hasan Ali? Adakah Hasan Ali meliwat mana-mana jambu? Adakah Hasan Ali main
kondang kondi dengan ChinaDOLL? Adakah Hasan Ali bagi kaunselling kat bini
kawan sendiri jam 3 pagi? Adakah Hasan Ali makan eskrim dalam jamban? Adakah
Hasan Ali main enjut-enjut dalam keretapi? Adakah Hasan Ali menderhaka kepada
makbapak dia? Apa dosa Hasan Ali sehingga diperlakukan seperti 'pembawa sial'
tu ?
Dosa
Hasan Ali kerana nak menyelamatkan aqidah umat! Dosa Hasan Ali kerana nak
melaksanakan nilai Islam! Dosa Hasan Ali kerana nak mencegah kemungkaran! Dosa
Hasan Ali kerana nak mempraktikkan dasar yang dilaungkan oleh PAS selama ini!
Atas dosa itu, Hasan Ali dipecat tanpa menurut hukum dan syariat Islam, oleh
parti yang melabel dirinya sebagai Islam! Betapa ironisnya! Akhirnya Pas memberi gelaran kepada Hasan Ali ~ Hasan Aqidah!
Dominan
ke namanya tu ?
7.
Dan yang paling mengaibkan, sebaik sahaja Hasan Ali dipecat, portfolio Hal
Ehwal Islam diambil-alih oleh PKR! PAS parti yang melabelkan diri sebagai
Islam, yang menjanjikan pahala kepada orang mengundinya, yang menjamin syurga
orang yang menyokongnya, yang mendoakan kehancuran umat Islam lain, yang
memurtadkan saudara satu aqidah; kali ini dihancurkan dan dihina apabila portfolio
Hal Ehwal Islam Selangor diambil alih oleh Tan Sri Khalid Ibrahim!
Yup,
Khalid Ibrahim! Yang bukan lulusan syariah, yang bukan lulusan usuluddin, yang
bukan graduan Al Azhar, yang tak pernah mengaji kat pondok atau ma'ahad; Khalid
Ibrahim mengambil alih portfolio menjaga hal ehwal Islam! PAS diberi apa?
Portfolio menjaga Sukan & Adat Resam Melayu!
Dominan
lagi Pas kata ?
Rumusan
Jadi
apa rumusan kepada semua fakta dan hakikat yang kita huraikan diatas?
Rumusannya jelas. PAS bukan parti dominan. PAS bukan parti tonggak! PAS bukan
parti tunjang!
Sebaliknya
PAS adalah parti sampingan! PAS adalah parti serpihan! PAS adalah parti
tunggangan! PAS adalah parti yang diperkeldaikan! PAS adalah parti yang menjadi
lembu tunggangan! PAS sekadar menjadi balaci dan penghalal kepada semua tindak
tanduk Anwar & parti cauvinis rasis DAP!
Samada
PAS sebagai parti berkuasa penuh saperti di Kelantan! Samada PAS sebagai sebuah
parti dominan seperti di Kedah! Samada PAS sebagai sebuah parti picisan seperti
di Pulau Pinang! Samada PAS sebagai sebuah parti 'king-maker' di Selangor.
Samada PAS sebagai parti komponen kedua terbesar pembangkang saperti di
Parlimen!
Dalam
apa kedudukan pun, PAS telah membuktikan kepada umat Islam-Melayu bahawa ia
bukan sahaja parti yang tidak boleh diharapkan untuk membela dan mempertahankan
kepentingan dan kebajikan umat Islam-Melayu, malah ia boleh menjadi parti yang
bisa mengkhianati dan menikam belakang umat Islam-Melayu demi survival dan
kepentingan politiknya.
Jangan
kata umat Islam-Melayu, anak isteri pun mereka rela perkeldaikan dan
politikkan! Contohnya ada antara mereka yang sanggup membuat bai'ah talak tiga
semata-mata untuk memastikan kerusi parti mereka kekal! Mereka sanggup berbaiah
untuk menceraikan isteri mereka dengan talak tiga ba'in qubro hanya kerana
poltitik sempit yang mereka amalkan! Sanggup menceraikan bini sendiri
semata-mata kerana politiking yang melampau!
Sebab
itu umat Islam-Melayu janganlah terpedaya dengan mainan dan dakyah politik PAS
dan pakatan songsang ini. Bagaimana mungkin sebuah parti yang hanya akan
bertanding 60 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi mau menjadi parti dominan?
Bagaimana parti yang hanya boleh memenangi tak lebih 30 kerusi Parlimen nak
menjadi parti pembela umat Islam-Melayu?
Sebenarnya,
apa yang terjadi di Kelantan itu hanya sebagai satu lagi siri bukti dan
keterangan yang memperjelaskan lagi kepada kita umat Islam-Melayu bahawa PAS
bukanlah satu agama! Masuk PAS bukan makna masuk syurga! Undi PAS bukan
bermakna sokong Islam!
Sebaliknya,
PAS membuktikan kepada kita umat Islam-Melayu bahawa ia bukan sahaja bersedia
membuang peraturan yang dia buat sendiri selama 20 tahun, PAS bukan sahaja
sanggup memecat ahlinya sendiri demi kepentingan politiknya, PAS bukan sahaja
sanggup menggadai institusi perkahwinan dan anak isteri, malah PAS membuktikan
ia parti politik yang sanggup membuang dasar perjuangan negara Islamnya
semata-mata untuk meraih undi!
PAS
adalah contoh klasik falsafah politik Machiavelli - matlamat menghalalkan cara!
The end justify the means!
Jangan
kata nak jadi parti dominan, jangan kata nak jadi parti tunggak, jangan kata
nak jadi parti alternatif bagi umat Melayu-Islam, malah PAS sudah muncul
menjadi Parti Al-Sikitol! Parti yang boleh mengkhianati umat Islam-Melayu!
Undi
PAS maknanya undi DAP!
Undi
PAS maknanya undi pluralisma!
Undi
PAS maknanya undi liberalisma!
Undi
PAS maknanya undi LGBT!
Say
NO to PAS! Say NO to Anwar!
Yang
baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman
sendiri. Semoga ALLAH memberikan hidayah dan keampunanNya. Ameen!!!
sumber : Zulkifli Bin Noordin
No comments:
Post a Comment