Wednesday, January 16, 2013

AnWAR, NIK AZIZ DAN HUSAM - ROYALTI MINYAK


  1. Pengumuman PM berkaitan pemberian wang ehsan ke negeri Kelantan disambut dengan perasaan bercampur baur oleh rakyat Kelantan. Bagi PAS, ianya bercampur-campur. Bagi rakyat pula ada yang beranggapan "aku tetap begini biar jutaan ringgit bantuan yang datang".

2. Nik Aziz pernah berulang alik ke Kementerian Kewangan menemui AnWAR semasa AnWAR Menteri Kewangan dan TPM. Salah satu agenda pertemuan yang berulang kali itu adalah mengenai wang royalti minyak yang patut diberikan kepada Kelantan. Ia juga boleh digunakan bagi membayar hutang kerajaan negeri Kelantan kepada kerajaan pusat! Seperti biasa, AnWAR bermain politik. Beliau menyatakan tiada halangan tetapi terikat dengan Tun Dr. Mahathir.

3. Anual Bakri Haron (s/u politik Datuk Nik Aziz) boleh mengesahkan perkara ini. Ketika beliau di Bahagian Belanjawan Kementerian Kewangan, ada satu kertas kerja telah dikemukakan kepada AnWAR mencadangkan Kelantan patut diberikan bantuan dari royalti minyak sebagai membantu kerajaan negeri. Malangnya AnWAR sebagai Menteri Kewangan telah tidak bersetuju serta TIDAK memanjangkannya ke mesyuarat kabinet.

4. AnWAR kembali 'menangguk di air keroh' serta mahu memerangkap kerajaan pusat dengan isu ini. Tentunya ayam sakit yang digunakan ialah Husam Musa. Persepsi yang mahu ditimbulkan ialah kerajaan pusat terus-terusan mendiskriminasi rakyat Kelantan. Namun DS Najib pantas menangani isu ini. Keputusan segera dibuat walaupun tuntutan yang dibuat Husam berpandu kepada AnWAR dan undang-undang yang tidak jelas.

5. AnWAR boleh berbuat sesuatu (memberi bantuan)semasa beliau punya kuasa, tetapi tidak berbuat demikian. Malahan cadangan yang telah dikemukakan juga ditolaknya atas kuasa menteri! Ini sebenarnya helah politik AnWAR mahu menekan rakyat Kelantan. Bantuan yang diberi kepada Kelantan ketika itu mestilah dilulus dan diberikan atas nama beliau selaku Menteri Kewangan. Agensi-agensi pusat yang lain diketepikan.

6. Kelantan terlepas dari tangan BN setelah AnWAR menyertai UMNO. AnWAR berusaha bersungguh-sungguh mahu merampas Kelantan serta melonjakkan namanya. Namun caranya ialah menekan rakyat Kelantan! Segala bantuan harus ditapis dan hanya dibenarkan sekiranya boleh melonjakkan nama beliau. Cita-cita AnWAR tidak kesampaian dan beliau menggunakan orang lain pula meneruskan huru-hara di Kelantan.

7. Kerana itu Nik Aziz bersyukur atas bantuan ini kerana beliau memperjuangkannya sekian lama (tak kira wang royalti atau bantuan). Ianya untuk manfaat rakyat Kelantan. 'Ayam sakit' AnWAR di Kelantan, pasti beria-ia membantah. Ianya kerana arahan AnWAR dan mungkin juga telah terbayang bakal terlepas banyak projek nanti. Ada juga yang secara sinis menyatakan Husam membantah kerana 'tak masuk poket dia'.

PM DS Najib bertindak pantas menangani isu ini. Kerajaan Pusat boleh saja menolak mentah-mentah pemberian bantuan kerana jelas kawasan yang diperkatakan Kelantan adalah kawasan bertindih antara Malaysia dan Thailand dan perjanjian persefahaman adalah Kerajaan Malaysia dan Thailand. Ia tiada kena mengena dengan Kelantan.

Namun atas dasar prihatin, PM mengumumkan bantuan tersebut (dlm bentuk projek) agar dapat dinikmati oleh semua rakyat Kelantan. Lebih jauh lagi, PM mengambil tindakan politik yang bijak dan mematikan langkah AnWAR! Bola yang dikembalikan AnWAR untuk melawan DS Najib adalah bola tanggung! Pastinya 'smash' DS Najib akan terkena muka AnWAR yang tidak berbuat demikian semasa Menteri Kewangan. Beliau hanyanya sibuk bermain politik untuk melonjakkan dirinya ke peringkat lebih tinggi. Dan yang terkena 'smash' itu pasti terasa sakit, lebih-lebih lagi 'smash' itu datang dari tindakan yang dimulakannya sendiri.................


No comments:

Post a Comment