Wednesday, January 16, 2013

AnWAR PKR (PUN KAKI RASUAH)



1. Ketika menjadi Menteri Kewangan, AnWAR berselindung di sebalik 'Program Kontraktor Wibawa' untuk menganugerahkan banyak projek-projek utama kerajaan kepada kawan-kawannya dalam bidang pembinaan. Lankhorst Pancabumi Sdn. Bhd., TRC Sdn Bhd, Johawaki Sdn Bhd dan Pembinaan Ahmad Zaki Sdn Bhd sering memperolehi kontrak-kontrak besar kerajaan walaupun 'rotation' bagi mendapatkan projek adalah bergilir di kalangan 200 kontraktor binaan.

2. Saya tidak pertikai syarikat-syarikat yang telah disebutkan, kerana mereka 100% bumiputera. Sekarang pun ada antara syarikat tersebut telah gulung tikar dan hidup segan mati tak mahu. Namun ada juga yang berjaya mengharungi rintangan dan kekal bertahan hingga kini. Saya dimaklumkan penganugerahan projek-projek tersebut adalah 100% kuasa Menteri Kewangan serta tidak boleh dicabar walaupun melalui proses perundangan. Ini yang wajar dipertikaikan! KUASA MEMBERI PROJEK!

3. AnWAR juga telah menganugerahkan projek penyelenggaraan sekolah seluruh Sabah dan Sarawak kepada Datuk Sng Chee Hua, jutawan Sarawak, pernah menjadi rakan niaga Datuk Ibrahim Abd. Rahman (bapa AnWAR) dalam SAAG Bhd. Rumah mewah Datuk Ibrahim (2 buah bersebelahan) di Country Heights, Kajang yang bernilai RM?? juta adalah faedah semasa menjadi Pengarah di SAAG Bhd. dan IOI Corp. Bhd, semasa AnWAR menjadi Menteri Kewangan.

4. AnWAR pernah juga menarik anugerah projek pembinaan Hospital Slim River dari Tabung Haji Construction untuk diberi kepada Health Solution Sdn Bhd, sebuah syarikat yang induknya di Singapura. Pengarah Urusan Health Solution, Desmond Teoh sering mengunjungi AnWAR di Kuala Lumpur dan Desmond kini rapat dengan YB Malek Kassim (Exco PPinang). Health Solution dalam rangka melobi beberapa projek di Pulau Pinang menggunakan AnWAR dan Malek, namun menghadapi beberapa kesukaran teknikal yang berkaitan kuasa kerajaan pusat.

5. Berkaitan penarikan projek Tabung Haji Construction, Allahyarham Tan Sri  Hamid Othman (bekas Menteri di JPM) menyedari dan kesal dengan tindakan AnWAR. Berkaitan dengan Datuk Sng Chee Hua pula, kos hiasan kayu dalam bahagian rumah AnWAR di Segambut ditaja oleh Datuk Sng Chee Hua. Kayu tersebut dibawa dari Sarawak. Perkara ini diurus oleh bekas pegawai AnWAR yangbertanggungjawab dalam media, kini usahawan berjaya.

6. AnWAR masih punya sebahagian adegan video V.K. Lingam yang tidak mahu diserahkan kepada SPRM, walau pun diminta berbuat demikian. Kini beliau menggunakan sebahagian video tersebut untuk 'bargain' pemilikan bangunan PKR yang didaftarkan atas nama 'seorang ahli keluarga yang dipercayai'. 'Deal' tersebut amat mudah, pemilik premis (Tropicana) harus bersedia 'memudahkan' urusan pemilikan dan AnWAR tidak akan mendedahkan sebahagian lagi isi kandungan video tersebut, sekurang-kurang buat masa ini. (Sudahlah sumber pembiayaan pejabat PKR dari wang judi, prosesnya pula dari kegiatan RASUAH....)

Apakah tindak-tanduk AnWAR itu bukan rasuah namanya. Jika orang lain buat itu rasuah, jika AnWAR yang buat, mahu disebut apa ? AnWAR  licik orangnya, dipercayai segala perlakuannya ini tidak meninggalkan kesan, ahli PKR sendiri tahu AnWAR mengamalkan ini, namun sering terpedaya dengan alasan remeh AnWAR, namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya kan jatuh ke tanah jua.................


> sumber


No comments:

Post a Comment