Perlukah
soalan di atas ditanya kepada DAP?
Rasanya tidak perlu, kerana untuk siapa lagi Bible berbahasa Melayu
diedarkan jika bukan untuk mereka-mereka yang bertutur bahasa Melayu? Dan siapakah penutur bahasa Melayu jika bukan
orang Melayu?
Justeru,
mungkin tajuk di atas perlu diubah-suai sedikit dengan menujukan soalan
tersebut kepada PAS dan bukan DAP.
Kenapa PAS? Kerana PAS sering
mendabik dada sebagai pejuang Islam dan ingin mempertahankan Islam. Secara logiknya pejuang Islam tentulah
menentang usaha DAP ini.
Tetapi
mungkin ada puak PAS yang bertanya, kenapa tidak ditanya kepada UMNO, bukankah
UMNO juga mendabik dada mempertahankan Islam dan Melayu? Jawapannya, kerana UMNO bukan sekutu DAP, dan
UMNO tidak pernah berbuat kenyataan berikut:
“Ada
banyak buku dalam pasaran, banyak buku Kristian ditulis dalam Bahasa
Malaysia. Dan, jika ada yang tidak boleh
baca dalam Bahasa Malaysia, mereka akan membaca dalam Bahasa Inggeris, jadi
saya tidak melihat sebarang sebab mengapa Kitab Injil harus ditahan,”
katanya.” -- Nasharuddin Mat Isa, 15 Mac 2011 (Malaysian
Insider)
Tajuk
laporan Malaysian Insider yang memaparkan kenyataan Nasharuddin tersebut
menjelaskan segala-galanya iaitu “PAS
Hormati Injil Bahasa Malaysia”.
Laporan
tersebut dibuat oleh Malaysian Insider berdasarkan masalah kemasukan 35,000
nashkah injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia pada ketika
itu. Perkara ini dibangkitkan oleh Exco
Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong dengan berkata, “tindakan Kementerian
Dalam Negeri menahan dan merampas lebih 30,000 naskhah di dua pelabuhan adalah
satu “perkembangan tidak menggalakkan sama sekali.” Beliau menambah bahawa
tindakan itu hanya akan memburukkan lagi imej mengenai Malaysia, yang dilihat
sebagai negara moderat, di peringkat antarabangsa.
Seterusnya,
Malaysian Insider juga melaporkan bahawa banyak pihak termasuk rakan-rakan PAS
dalam PR menggesa Putrajaya agar membenarkan kitab Injil Berbahasa Melayu
dibawa masuk ke negara ini serta merujuk kepada masalah yang berlaku di
pelabuhan sebagai ‘sifat cetek gagasan 1 Malaysia’. Lim Kit Siang juga turut menyuarakan rasa
‘marah dan kecewa’ terhadap apa yang berlaku.
Injil
berbahasa Melayu dari Indonesia itu menjadi kontroversi apabila menggunakan
nama Allah dalam merujuk kepada Tuhan agama Kristian. Akibatnya, kerajaan telah dikritik oleh
pertubuhan Kristian dan dituduh dengan sengaja menahan kitab injil tersebut
dari masuk ke Malaysia sedangkan ia tidak salah berdasarkan undang-undang
negara.
Pembangkang
pula, iaitu PAS, DAP dan PKR mengambil kesempatan membelasah kerajaan atas isu
ini atas tuduhan mengambil sikap berat sebelah dengan melebihkan agama Islam
serta tidak bersifat terbuka dalam soal agama.
Laporan
Malaysian Insider, termasuk dengan kenyataan Nasharuddin tersebut, adalah
konsisten dengan pendirian Nik Aziz dalam isu yang sama sepertimana yang
dilaporkan oleh Harakah 21 Januari 2010 iaitu “Kerajaan Kelantan tiada halangan
bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah ‘Allah’, baik dalam
pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.”
Dan
ini pula petikan kenyataan rasmi Presiden PAS, Hadi Awang di laman rasmi PAS
pada 5 Januari 2010, iaitu: “Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara
suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah
Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh
agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.”
Penulis
memetik kembali laporan-laporan dan kenyataan-kenyataan ini kerana terdapatnya
puak-puak PAS yang cuba menafikan bahawa PAS menyokong Injil dalam Bahasa
Melayu sambil menuduh UMNO sebagai tidak mengambil langkah sewajarnya untuk
mengekangnya.
Sedangkan,
hakikatnya pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang bukan sahaja memberi lampu hijau
malah menekan kerajaan agar ‘mengambil sikap terbuka’ mengenainya.
Kini,
‘berkat’ dari perjuangan PAS menyokong DAP agar Injil berbahasa Melayu
dibenarkan, maka hari ini terbitlah lagi 100,000 injil berbahasa Melayu untuk
edaran. Mungkinkah Nik Aziz akan berkata
‘Alhamdulillah!’ sebagai respon kepada perkembangan ini?
Seperti
yang dikatakan di permulaan artikel ini tadi, tidak perlu kita soal untuk apa
dan kenapa atau kepada siapa Injil ini akan diedarkan oleh DAP. Kita tahu bahawa tidak lain tidak bukan, ia
adalah antara usaha menggiatkan lagi proses memurtadkan umat Melayu yang mana
merupakan antara agenda utama Kristianisasi DAP. Dengan penggunaan kalimah Allah dalam kitab
injil tersebut maka, agenda ini juga yang nampaknya sedang berjalan seiringan
dengan agenda pluralisme PKR.
Dengan
laporan Malaysian Insider dan Harakah di atas, maka kita juga nampaknya tidak
perlu lagi menyoal apakah pendirian PAS mengenai isu ini.
Sudah
begitu jelas, terang lagi bersuluh bahawa PAS pastinya tiada masalah dengan
100,000 injil berbahasa Melayu untuk membantu penyebaran agama Kristian sekali
gus usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak gereja.
Apakah
PAS akan menafikan pernah berkata seperti di atas? Jika ya, maka PAS perlu terlebih dahulu
menyaman Harakah dan Malaysia Insider.
Jika
tidak, PAS wajar berhenti dari berdolak dalih dan mengaku sahaja bahawa mereka
telah secara sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja, bersubahat
dalam agenda kafir harbi untuk memurtadkan umat Islam.
No comments:
Post a Comment