Wednesday, January 30, 2013


  DAP  MEMULAKAN  KEMPEN  RUMAH  KE  RUMAH













Pembangkang khasnya Dap terkini memulakan kempen Gerakan Anti BN dari rumah ke rumah di taman-taman perumahan dalam Parlimen Kota Melaka. Penekanan diberikan perihal negara akan muflis sama ada disebabkan oleh hutang yang bertambah maupun hutang luar Negara. Dap mendakwa disebabkan negara gagal ditadbir dengan baik maka hutang telah meningkat, manakala  rakyat akan menanggung  RM17,000 setiap orang.

Inilah dakyah yang dicanangkan  Dap dengan menyasarkan rakyat keturunan Cina sebagai sasaran kempen.  Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak terus dikecam bilamana Dap mendakwa hutang-hutang negara terus bertambah secara mendadak sebaik beliau mengambil-alih jawatan Perdana Menteri. Sebaliknya Dap mengagung-agungkan Singapura yang tidak mempunyai banyak hutang negara.

Dap memainkan semula isu rasis dalam PRU 12 dahulu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini dengan mendakwa perniagaan kaum Cima diganggu  kerajaan Barisan National. Ia dibuat dengan pelbagai cara untuk “songlap” duit rakyat. Malah dalam usaha mengekalkan penguasaan mereka di Parlimen Kota Melaka, Dap terus memainkan sentimen perkauman seperti isu tanah yang dianugerahkan kepada kaum Bumiputra. Manakala hak kaum Bumiputra dalam peruntukan khas kuota membeli dan memiliki rumah  yang disediakan oleh pemaju-pemaju perumahan juga diungkit kembali. Dap juga  mendakwa Barisan Nasional tidak berlaku adil kepada semua rakyat dimana kaum Cina dipinggirkan serta susah untuk membeli dan memiliki rumah.

Tidak cukup dengan dakwaan-dakwaan  tersebut Dap melaung-laungkan yang kerajaan Barisan Nasional meminjam dari dana asing untuk membayar BR1M sebagai salah satu cara membeli undi. Kerajaan Barisan Nasional juga dituduh melebih-lebihkan peruntukan untuk agama Islam serta tidak menghormati hak agama lain..

Sebenarnya Malaysia hanya memiliki hutang luar negara berjumlah RM17.6 bilion sahaja, manakala hutang terbesar ialah hutang dalam negara (domestik) yakni RM484.8 bilion. Kelantan yang memiliki hutang RM1.1 bilion berbanding pendapatan hanya sekitar RM350 juta, tetapi  gerombolan pembangkang tidak melihat ini sebagai isu. Kenapa?

Kalaupun keseluruhan hutang dalam negara dan hutang luar negara melebihi 55%, negara kita tidak akan muflis pun kerana rekod sebelum pada tahun 1990 menunjukkan negara kita pernah mencecah hutang 75.5 peratus daripada KDNK.

Malah dari tahun 80-an hingga awal 90-an, hutang negara kita pernah beberapa kali melebihi 55 peratus dari KDNK, namun tidak sekalipun negara mengalami kemuflisan atau bankrap. Negara tidak akan bankrap hanya kerana menurunkan 1% cukai pendapatan yang memberi manfaat kepada 170,000 orang rakyat. Dan negara tidak akan muflis hanya semata-mata meneruskan dasar BR1M kepada kelompok berpendapatan rendah.

Imbuhan wang yang rakyat perolehi dari BR1M, kenaikan kadar pencen kepada pesara serta bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam akhirnya kelak akan menggerakkan ekonomi negara kerana wang tersebut telah dibelanjakan dan hasilnya pula merancakkan aktiviti perniagaan. Malaysia berada pada kedudukan ekonomi semasa yang baik berbanding banyak negara lain, termasuk negara-negara maju walaupun dunia kini berhadapan dengan krisis ekonomi. Berdasarkan perkembangan ekonomi pada suku ketiga tahun lepas, Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.2 peratus, sedangkan banyak negara maju mencatatkan perkembangan yang kurang baik.

Jepun mencatatkan 0.1 peratus, Amerika Syarikat (2.6 peratus), United Kingdom (0.0 peratus), Korea Selatan (1.6 peratus) dan Singapura (0.0) manakala zon Euro mencatatkan pertumbuhan negatif selama beberapa sukuan.

Suku ke-empat masih belum diumumkan. Unjuran tahun lepas dicatatkan antara 4.0 hingga 5.0 peratus. Ia masih merupakan ekonomi kukuh kerana permintaan domestik dan pelaburan kita sangat kukuh dan penggunaan sangat tinggi.Sepanjang tahun lepas, perdagangan dicatatkan berlebihan. Eksport masih sangat tinggi berbanding banyak negara lain.

Hutang negara kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) adalah 53.6 peratus. Kerajaan mahu memastikan pembiayaan berhemah ditetapkan tidak lebih daripada 55 peratus. Pertumbuhan ekonomi kita adalah positif. Kutipan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan kastam sangat positif.

Tiada petunjuk menunjukkan Malaysia akan jatuh muflis. Hutang kita 53.6 peratus (berbanding) Singapura 107 peratus. Adakah mereka akan muflis? Jepun 221.3 peratus, United Kingdom 90.4 peratus, Amerika Syarikat 72.5 peratus. Jerman, yang merupakan kunci kepada pertumbuhan Kesatuan Eropah (EU), 82.3peratus.

Justeru dakwaan pembangkang khasya Dap bahawa Malaysia sudah muflis tidak berdasarkan fakta dan angka yang sebenar. Rakyat perlulah berhati-hati agar tidak mudah digula-gulakan oleh pembangkang dengan dakwaan-dakwaan palsu mereka.


> megat panjialam.




No comments:

Post a Comment