DAP MEMULAKAN KEMPEN RUMAH KE RUMAH
Pembangkang
khasnya Dap terkini memulakan kempen Gerakan Anti BN dari rumah ke rumah di
taman-taman perumahan dalam Parlimen Kota Melaka. Penekanan diberikan perihal negara
akan muflis sama ada disebabkan oleh hutang yang bertambah maupun hutang luar Negara.
Dap mendakwa disebabkan negara gagal ditadbir dengan baik maka hutang telah
meningkat, manakala rakyat akan
menanggung RM17,000 setiap orang.
Inilah
dakyah yang dicanangkan Dap dengan
menyasarkan rakyat keturunan Cina sebagai sasaran kempen. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak terus
dikecam bilamana Dap mendakwa hutang-hutang negara terus bertambah secara
mendadak sebaik beliau mengambil-alih jawatan Perdana Menteri. Sebaliknya Dap
mengagung-agungkan Singapura yang tidak mempunyai banyak hutang negara.
Dap
memainkan semula isu rasis dalam PRU 12 dahulu yang boleh menjejaskan
keharmonian kaum di negara ini dengan mendakwa perniagaan kaum Cima diganggu kerajaan Barisan National. Ia dibuat dengan
pelbagai cara untuk “songlap” duit rakyat. Malah dalam usaha mengekalkan
penguasaan mereka di Parlimen Kota Melaka, Dap terus memainkan sentimen
perkauman seperti isu tanah yang dianugerahkan kepada kaum Bumiputra. Manakala
hak kaum Bumiputra dalam peruntukan khas kuota membeli dan memiliki rumah yang disediakan oleh pemaju-pemaju perumahan
juga diungkit kembali. Dap juga mendakwa
Barisan Nasional tidak berlaku adil kepada semua rakyat dimana kaum Cina
dipinggirkan serta susah untuk membeli dan memiliki rumah.
Tidak
cukup dengan dakwaan-dakwaan tersebut
Dap melaung-laungkan yang kerajaan Barisan Nasional meminjam dari dana asing
untuk membayar BR1M sebagai salah satu cara membeli undi. Kerajaan Barisan
Nasional juga dituduh melebih-lebihkan peruntukan untuk agama Islam serta tidak
menghormati hak agama lain..
Sebenarnya
Malaysia hanya memiliki hutang luar negara berjumlah RM17.6 bilion sahaja,
manakala hutang terbesar ialah hutang dalam negara (domestik) yakni RM484.8
bilion. Kelantan yang memiliki hutang RM1.1 bilion berbanding pendapatan hanya
sekitar RM350 juta, tetapi gerombolan
pembangkang tidak melihat ini sebagai isu. Kenapa?
Kalaupun
keseluruhan hutang dalam negara dan hutang luar negara melebihi 55%, negara
kita tidak akan muflis pun kerana rekod sebelum pada tahun 1990 menunjukkan
negara kita pernah mencecah hutang 75.5 peratus daripada KDNK.
Malah
dari tahun 80-an hingga awal 90-an, hutang negara kita pernah beberapa kali
melebihi 55 peratus dari KDNK, namun tidak sekalipun negara mengalami
kemuflisan atau bankrap. Negara tidak akan bankrap hanya kerana menurunkan 1%
cukai pendapatan yang memberi manfaat kepada 170,000 orang rakyat. Dan negara
tidak akan muflis hanya semata-mata meneruskan dasar BR1M kepada kelompok
berpendapatan rendah.
Imbuhan
wang yang rakyat perolehi dari BR1M, kenaikan kadar pencen kepada pesara serta
bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam akhirnya kelak akan menggerakkan
ekonomi negara kerana wang tersebut telah dibelanjakan dan hasilnya pula
merancakkan aktiviti perniagaan. Malaysia berada pada kedudukan ekonomi semasa
yang baik berbanding banyak negara lain, termasuk negara-negara maju walaupun
dunia kini berhadapan dengan krisis ekonomi. Berdasarkan perkembangan ekonomi
pada suku ketiga tahun lepas, Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.2
peratus, sedangkan banyak negara maju mencatatkan perkembangan yang kurang
baik.
Jepun
mencatatkan 0.1 peratus, Amerika Syarikat (2.6 peratus), United Kingdom (0.0
peratus), Korea Selatan (1.6 peratus) dan Singapura (0.0) manakala zon Euro
mencatatkan pertumbuhan negatif selama beberapa sukuan.
Suku
ke-empat masih belum diumumkan. Unjuran tahun lepas dicatatkan antara 4.0
hingga 5.0 peratus. Ia masih merupakan ekonomi kukuh kerana permintaan domestik
dan pelaburan kita sangat kukuh dan penggunaan sangat tinggi.Sepanjang tahun
lepas, perdagangan dicatatkan berlebihan. Eksport masih sangat tinggi
berbanding banyak negara lain.
Hutang
negara kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) adalah 53.6 peratus. Kerajaan
mahu memastikan pembiayaan berhemah ditetapkan tidak lebih daripada 55 peratus.
Pertumbuhan ekonomi kita adalah positif. Kutipan LHDN (Lembaga Hasil Dalam
Negeri) dan kastam sangat positif.
Tiada
petunjuk menunjukkan Malaysia akan jatuh muflis. Hutang kita 53.6 peratus
(berbanding) Singapura 107 peratus. Adakah mereka akan muflis? Jepun 221.3
peratus, United Kingdom 90.4 peratus, Amerika Syarikat 72.5 peratus. Jerman,
yang merupakan kunci kepada pertumbuhan Kesatuan Eropah (EU), 82.3peratus.
Justeru
dakwaan pembangkang khasya Dap bahawa Malaysia sudah muflis tidak berdasarkan
fakta dan angka yang sebenar. Rakyat perlulah berhati-hati agar tidak mudah
digula-gulakan oleh pembangkang dengan dakwaan-dakwaan palsu mereka.
> megat panjialam.
No comments :
Post a Comment