Kebelakangan
ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikhabarkan kerap tersenyum dan
kelihatan gah bangga tak terkata bila mana pegawai atau rakan-rakan pemimpin
parti berborak cerita mengenai isu kalimah Allah s.w.t.
Daripada
wajah keruh mencuka gara-gara serabut memikirkan tentangan dalaman berikutan
pemilihan jawatan CEC tempohari yang tiba-tiba menjadi pertunjukan magik ala
David Corperfield, terus sahaja terukir senyum dibibirnya.
Memang
layaklah untuk Guan Eng tersenyum bangga, hatta kalau Guan Eng sambil tidur
malam tiba-tiba mengigau bertepuk tangan dengan air liur basi meleleh pun, tak
usahlah ada yang terasa pelik bin ajaib.
Bukankah
dek kerana keberaniannya semasa menyampaikan ucapan Kristmas akhir tahun 2012
itulah anak lelaki kesayangan Penasihat DAP itu telah membuktikan kepimpinannya
mempunyai keupayaan untuk kekal menjadi abang besar kepada balaci setianya,
iaitu PAS.
Dalam
ucapan Kristmas itu, Guan Eng tanpa berselindung mengulangi tuntutan supaya
kalimah Allah s.w.t dibenarkan untuk kegunaan Bible versi Bahasa Melayu bagi
menggantikan perkataan God yang selama ini sering diguna pakai dalam Bible
Bahasa Inggeris.
Lebih
manis lagi bagi Guan Eng dan DAP, dek kerana isu kalimah Allah s.w.t itulah
juga menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa bertelagah sesama sendiri.
Pertentangan terbuka ini menyebabkan ramai ahli dan penyokong PAS keliru dan
termanggu sendirian.
Mereka
resah mana satu puak yang mahu didukung dan disokong dengan penuh wala dan mana
satu yang wajib menjadi prioritinya - pilihan yang dikira sukar bagi mereka,
antara mendahulukan kebenaran agama ataupun mengutamakan kepentingan politik
kepartian.
Timbalan
Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim
Tuan Man, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Harun Taib serta tidak ketinggalan
ialah Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali tegas dengan pandangan kalimah suci
Allah s.w.t hanya milik Islam.
Pandangan
mereka benar kerana sekalipun di beberapa sudut bumi ini ada wilayah yang
penduduknya beragama Kristian menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada
Tuhan Jesus, namun hakikatnya Allah s.w.t Yang Maha Esa sama sekali tidak boleh
disamatarafkan dengan konsep ketuhanan triniti dalam Kristian.
Dalam
Kristian penganutnya beriktikad yakin adanya Tuhan Jesus, Tuhan Bapa dan Roh
Kudus. Sedangkan, Allah s.w.t hanya satu, Dia yang berkuasa mencipta manusia
dan alam semesta, akan tetapi bila dibiarkan kalimah Allah tergadai kepada
agama lain khususnya Kristian, bermakna ia seperti meredhakan perbuatan
menyekutukan Allah s.w.t.
Manakala
dipihak yang satu lagi yang lebih liberal dan menguasai tampuk kepimpinan dan
dasar PAS pula tetap dengan pendirian songsang mereka mahukan kalimah Allah
s.w.t dibiarkan tergadai kesuciannya demi keutamaan mengejar undi masyarakat
Kristian.
Pemimpin
PAS yang termasuk dalam golongan liberal yang terkenal dengan gelaran
Anwarinas, Erdorgan dan Parasit ini diketuai oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul
Aziz Nik Mat manakala penggerak aktifnya ialah Ahli Parlimen PAS Shah Alam,
Khalid Samad yang didukung oleh majoriti pemimpin PAS di peringkat Pusat dan
Negeri.
Selepas
lebih kurang seminggu bertelagah sambil bersandiwara, akhirnya keputusan yang
dicapai selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR seperti dijangkakan ramai,
kemenangan memihak kepada puak liberal. Muktamad sudah untuk kali kedua yang
dasar PAS bersama PR kini ialah untuk menjayakan proses menggadaikan kesucian
kalimah Allah s.w.t dan akidah ummah.
Maka
terus tersengihlah Guan Eng sambil bertepuk tangan dengan senang hatinya kerana
hasil usahanya, DAP dan Gereja Kristian semakin melebarkan pengaruh dalam PR
termasuklah meneruskan tradisi membalacikan PAS untuk entah ke berapa puluh
kalinya.
Simbolik
untuk meraikan kejayaan itu pula membawa kepada acara kemuncak Himpunan
Kebangkitan Rakyat atau lebih tepat lagi Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah
Allah di Stadium Merdeka hujung minggu nanti. Tika itu Guan Eng akan lagi kerap
bertepuk tangan bersama pimpinan DAP dan PKR yang lain.
Tiada
lagi masalah untuk DAP meneruskan agenda mengacau bilau kesucian agama Islam
serta akidah penganutnya kerana selagi sebahagian besar kepimpinan PAS Pusat
dalam genggaman puak liberal Anwarinas, selagi itulah DAP kekal sebagai abang
besar kepada PAS.
Tinggal
lagi sekarang, DAP bersama PR serta dengan gandingan mantap dari pimpinan PAS
hanya perlu fokus untuk memenangi PRU 13 bagi merealisasikan kalimah Allah
s.w.t benar-benar termaktub dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment