Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng tentunya sedang tersenyum lebar tika ini, memandangkan
tuntutannya supaya kalimah Allah s.w.t digunapakai dalam kitab Bible versi
Bahasa Melayu akhirnya sekali lagi dipersetujui oleh PAS sekaligus kini menjadi
polisi muktamad PR.
Kira-kira
dua minggu lepas segelintir pemimpin PAS yang berlatarbelakang agama terdiri
daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan
Ulama PAS, Haron Taib telah tampil penuh yakin dan tegas membantah tuntutan
tersebut.
Kedua-dua
senada bahawa kalimah suci Allah s.w.t hanya terhad kepada agama Islam dan
umatnya serta tidak sepatutnya diseleweng kesuciannya, sebaliknya perkataan
Tuhan lebih sepadan bagi menggantikan kata nama 'God' untuk kegunaan dalam
Bible versi Bahasa Melayu.
Pandangan
mereka betul kerana Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Esa, yakni satu-satunya
yang wajib disembah dan tidak layak dipersekutukan apatah lagi untuk
disamatarafkan dengan konsep ketuhanan dalam agama Kristian yang bersifat
trinity - Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.
Amat
benar Allah s.w.t adalah Tuhan kepada seluruh manusia, pencipta langit dan bumi
serta segala isi kandungannya, itu iktikad kepercayaan umat Islam. Namun Allah
s.w.t bukannya Jesus, bukan juga Tuhan Bapa dan bukan juga Roh Kudus
sebagaimana difahami oleh penganut Kristian.
Dalam
hal ini, pemimpin Kristian dalam DAP, PKR atau mana-mana penganut Kristian di
Malaysia tidak berhak untuk meletakkan kedudukan dan kebesaran Allah s.w.t
setaraf dengan konsep ketuhanan triniti kepercayaan mereka.
Namun
begitu, seperti mana semua kita telah maklum, pandangan kedua-dua pemimpin PAS
itu akhirnya tidak pun memberi nilai tambah yang mampu mempengaruhi pendirian
bersama PR.
Dalam
Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR yang terkini telahpun di ambil keputusan
muktamad untuk memperakui kalimah Allah s.w.t sewajarnya dibenarkan
penggunaannya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.
Presiden
PAS, Abdul Hadi Awang yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut ternyata gagal
mempertahankan kesucian kalimah Allah s.w.t dan maruah agama Islam. Satu
kesinambungan bukti yang menonjolkan betapa lemahnya PAS dalam menghadapi
pengaruh DAP serta PKR dalam gabungan parti tidak berdaftar itu.
Dasar
PAS sekarang ternampak jelas lebih mengutamakan polisi liberalisme dan
pluralisme yang dianuti PR semata-mata untuk memenangi undi masyarakat Kristian
yang sebahagian besarnya tegar menyokong DAP dan PKR.
Persoalan
sekarang kenapa dan mengapa PAS sebegitu lemah sehinggakan tergamak tunduk
mengikut segala tuntutan DAP serta begitu kelu bila berdepan dengan kemahuan
penganut agama lain?
Jawapan
kepada persoalan itu tidak sukar untuk dikupas. Sebahagian puncanya bersangkut
paut dengan pengaruh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang kuat mencengkam PAS
ditambah lagi dengan kewujudan ramai pimpinan generasi baru PAS yang serba
liberal bertuhankan ideologi Anwarinas.
Dengan
penguasaan total oleh golongan Anwarinas dalam kepimpinan PAS menjadikan parti
itu bertindak seakan sayap kanan untuk PKR bagi mencapai agenda peribadi Anwar
yang begitu kemaruk mahu mengejar puncak kuasa yang lama diidam-idamkan.
Rata-rata
pemimpin pro Anwarinas percaya percaturan politik Anwar dalam isu ini pastinya
bakal memberi pulangan besar dalam bentuk sokongan pengundi bukan Islam kepada
PR khususnya melibatkan penganut agama Kristian, serentak dengan itu diyakini
berupaya membuka laluan kuasa ke Putrajaya.
Suka
atau tidak, para penyokong tradisi PAS mahupun mereka yang bersimpati dengan
perjuangan parti berlabel Islam itu harus, sudah tiada peluang untuk PAS
kembali ke landasan asalnya selagi PAS terus terperangkap dalam keindahan
angan-angan yang dipropagandakan oleh Anwar dan PKR.
No comments:
Post a Comment