Anggota
Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop' pemimpin-pemimpinnya
berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.
Mereka
merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah
sehingga memalukan parti.
Pendirian
terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan
syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap
Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan tunduk menikus kepada tekanan Dap.
Peraturan
yang sudah dikuatkuasakan selama 20 tahun boleh diketepikan dalam tempoh dua
hari sahaja oleh Dap.
Inilah
igauan ngeri yang dialami oleh ahli-ahli Pas kerana sikap pemimpin mereka yang
pentingkan politik lebih daripada agama.
Pada
8 Januari lalu di sidang media pemimpin Pakatan Rakyat Presiden Pas, Abdul Hadi
Awang menyatakan orang kafir bukan sahaja boleh menyebut nama ALLAH tetapi juga
boleh di terjemahkan ke dalam Al-Kitab.
Tidak
sampai seminggu berlalu, Pas bertukar nada pula apabila Majlis Syura Ulama
parti itu membuat keputusan melarang terjemahan 'God' atau 'Lord' di dalam
kitab Injil Melayu kepada ALLAH tetapi membenarkan penyebutanya.
Kalau
dahulunya Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan keputusan parti itu
membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam Al-Kitab berdasarkan pendirian
yang dibuat pada tahun 2010 tetapi sekarang ia pula lantang melarangnya.
Beberapa
minggu sebelum ini Nik Aziz berkata membenarkan orang kafir menggunakan kalimah
ALLAH di dalam kitab agama mereka adalah sebahagian daripada usaha dakwah dan
mendekatkan ajaran Islam dengan golongan itu.
Sebenarnya
Nik Aziz secara tidak langsung menghina risalah dakwah Rasulullah SAW kerana
meletakkan kepentingan orang kafir lebih daripada keutamaan orang Islam.
Pada
saat bangsa Melayu berpecah kepada tiga kumpulan politik dek kerana Pas dan PKR
gilakan kuasa, Nik Aziz tidak sekali pun menyentuh mengenai betapa pentingnya
umat Melayu bersatu.
Sepatutnya
dakwah menjurus kepada perpaduan sesama Islam perlu diutamakan oleh Nik Aziz
tetapi beliau memilih untuk berdamping rapat dengan orang bukan Islam.
Bak
kata pepatah, kerana di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan!
Kali
ini Nik Aziz berdalih pula apabila beliau berkata bahawa penggunaan kalimah
ALLAH oleh orang bukan Islam akan membawa kepada kekeliruan.
Bukankah
dalam hal ini UMNO lebih konsisten daripada Pas kerana selama ini UMNO
berpendirian bahawa ALLAH hanya eksklusif kepada Islam dan melarang ia
digunakan di dalam Al-Kitab kecuali di Sabah dan Sarawak?
Pas
'flip flop' dan Nik Aziz juga 'flip flop' bukan sebab alasan agama tetapi demi
kepentingan politik mereka.
Perubahan
pendirian Pas yang bertukar-tukar sekelip mata membuktikan Islam hanya
digunakan sebagai buah dadu atau soldadu dalam permainan catur parti itu.
Apabila
bersesuaian dengan nafsu politiknya dan memberi keuntungan undi dan pengaruh,
Islam akan ditunggangi.
Apabila
peti undi Pas tergugat, dengan mudah sekalim Islam di campak ke luar tingkap
malah turut dikorbankan.
Begitulah
yang berlaku dalam isu kalimah ALLAH, disebabkan takut bangkangan Dap dan
hilang sokongan daripada pengundi Cina dan kumpulan Kristian, Pas merelakan
ALLAH dipermainkan.
Kini
apabila anggota parti rata-rata tidak bersetuju dan membantah pendirian parti
mereka, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya dalam Majlis Syura Ulama boleh mengubah
keputusan mereka untuk mengambil hati ahli-ahli parti pula.
Jadi
Islam bagi Pas boleh di tendang ke sana ke sini asalkan Nik Aziz, Abdul Hadi
dan pemimpin-pemimpin lain tidak hilang kedudukan politik mereka.
Namun
sikap berbolak balik yang dipamerkan oleh Pas dan Nik Aziz akan memberim impak
besar kepada imej dan kredibiliti parti itu dikalangan Dap dan PKR.
Sekiranya
Pas boleh menjadi seperti sesumpah yang boleh menukar warna politiknya mengikut
selera dan keadaan, tidak mustahil jika berkuasa parti itu juga boleh
mengingkari janji taat setia yang dibuat dengan PKR dan Dap.
Jika
sekarang Pas mengikat janji sehidup semati dengan kedua-dua sekutu politiknya,
apakah tidak mungkin Pas juga boleh menikam belakang Dap dan PKR dalam keadaan
terdesak dan apabila merasa ia sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sekutunya?
No comments:
Post a Comment