Suruhajaya
Diraja (RCI) yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan bahawa pendatang asing
tanpa izin di Sabah diberi kerwarganegaraan akan menjejaskan karier politik
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata ketua pegawai eksekutif ,
Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.
Katanya,
walaupun ramai pihak mengaitkan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohammad dengan
'Projek IC' yang membolehkan pendatang asing itu mengundi, namun Anwar, ketika
itu adalah pemimpin nombor dua negara.
Malah,
menurut Wan Saiful, Anwar adalah pemimpin yang berperanan besar dalam membawa
Umno ke Sabah bagi menggantikan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).
"Kita
tidak dapat menafikan bahawa ada kemungkinan Anwar akan terpalit sedikit.
Sebagai orang nombor dua dalam kerajaan ketika itu, sebagai salah seorang yang
memainkan peranan besar untuk bawa Umno ke Sabah, beliau ada kaitan.
"Dia
pernah menjadi orang kedua dalam Umno. Dan banyak juga tuduhan mengatakan Anwar
antara yang paling terkehadapan dalam membawa Umno ke Sabah untuk menggantikan
Usno dahulu," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Ditanya
sekiranya Anwar menafikan penglibatan beliau dalam 'Projek IC' itu, Wan Saiful
berkata, penafian pasti akan berlaku.
Bagaimanapun,
katanya, jika suruhanjaya diraja itu berjaya membuktikan pembabitan Anwar dalam
isu berkenaan, kredibilitinya sebagai Ketua Pembangkang pasti terjejas.
"Tentulah
sesiapa saja yang dituduh akan menafikan. Saya rasa penafian pasti akan
berlaku. Yang penting RCI perlu menjalankan siasatan untuk melihat semua
kemungkinan.
"Kita
tidak boleh nilai sekarang. Yang penting, sekiranya RCI mengatakan Anwar
terlibat, kredibilitinya akan terjejas," katanya sambil menambah kesan
kepada Anwar adalah lebih serius berbanding Dr Mahathir.
Menurut
Wan Saiful, Anwar kini juga masih aktif dalam arena politik sedangkan Mahathir
telahpun bersara.
Sabtu
lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan terma rujukan lapan perkara bagi RCI yang dipengerusikan
oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.
Sabah
berdepan dengan masalah kebanjiran pendatang asing yang serius apabila populasi
rakyatnya meningkat secara mendadak secara ketara bagi tempoh beberapa dekad
ini.
Wan
Saiful juga berkata, Najib terpaksa mengumumkan suruhanjaya itu untuk
mengembalikan keyakinan rakyat di Sabah dan pada masa yang sama memberi peluang
kepada perdana menteri untuk keluar dari bayang-bayang Mahathir dengan tindakan
lalu yang mungkin menjejaskan Umno.
No comments:
Post a Comment