Teramat
mudah untuk memfitnah dan menipu… Cukup sekadar mereka-cipta sepucuk surat mengatakan
Bible dalam Bahasa Melayu diluluskan oleh Datuk Seri Najib dengan menggunakan
kepala surat yang cukup simple… Kemudian disertakan dengan tandatangan Datuk Seri Najib maka sudah cukup membuatkan orang yang melihatnya
terus percaya…Fitnah ini lebih kurang sama dengan surat-surat dan memo palsu berkaitan Isu Pampasan Buruh Keretapi Jepun dimana dokumen-dokumen tersebut dipalsukan.
Walau
bagaimanapun setiap tipu muslihat itu akan ada kecacatannya. Terdapat beberapa
kecacatan pada surat tersebut yang akan dedahkan. Kecacatan yang cukup mudah
membuktikan surat ini adalah surat palsu…
Sementara
itu kepala surat juga terlalu ringkas yang hanya mempunyai jata negara dan perkataan
Prime Minister Malaysia… Sepatutnya kepala surat rasmi kerajaan selain
mempunyai jata negara, ianya juga memaparkan alamat pejabat yang mengeluarkan
surat tersebut.
Manakala
kecacatan yang lain ialah tulisan tangan
‘Dear Bishop Ng,’, seolah-olah ianya tertinggal dan tergesa-gesa membetulkan
dengan menulisnya secara tulisan tangan. Adakah beginikah bentuk-rupa Surat
Rasmi seorang Perdana Menteri? Dan ditambah lagi dengan perkataan ‘Dear Bishop
Ng,’ yang amat jarang digunakan dalam surat-surat rasmi… Sepatutnya digunakan
‘Attn: Bishop Ng’. Malah di atas tandatangan Datuk Seri Najib juga terdapat
perkataan ‘Yours sincerely,’ ataupun ‘Yours truly.’; juga teramat jarang
digunakan dalam surat-surat rasmi kerana ia biasa digunakan dalam surat tidak
rasmi. Kebiasaannya dalam surat rasmi Jabatan Kerajaan akan diletakkan motto sebagai
contoh, ‘Majulah Sukan Untuk Negara’, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’,
‘Berkhidmat Untuk Negara’ dan diikuti dengan ‘Saya Yang Menurut Perintah’ yang
menandakan semua kakitangan awam menurut titah perintah SPB YDP Agong dalam
menjalankan tugas.
Lihat
salah satu contoh surat rasmi di bawah…
Jelas sekali surat yang didakwa dari Datuk Seri Najib itu merupakan satu rekaan fitnah semata-mata… Tujuannya
hanya satu, untuk membuat korner baring yang terbaring-baring terguling-guling diatas
isu penggunaan kalimah Allah dalam bible… Ia bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap
kelemahan pemimpin parti tersebut. Maka dengan cara ini, rakyat akan
mengalihkan perhatian dari isu penggunaan kalimah Allah dalam bible oleh oleh
Pakatan Rakyat. Betapa hinanya puak-puak ini terutamanya Pas yang sedang bersilat sesama sendiri.
Salam hormat moga berkat
ReplyDeleteBukankah fitnah itu haram? dosa membunuh pun masih dianggap kecil berbanding fitnah. Betapa bahayanya kesan fitnah, jadi sebelum percaya, teliti dahulu.Kita tidak boleh sewenangnya buat andaian.
Terima kasih.
- Puteri Ratna SARI
Adakah kelulusan bible dlm bahasa malayu di sabah sarawak bkn kelulusan kerajaan persekutuan umno bn jgk?udah la umno bn..kamu la puak penjilat yg sebenarnya..
ReplyDeleteKelulusan bible di sabah sarawak BUKAN diluluskan oleh UMNO.... Tetapi kebenaranny diluluskan oleh mahkamah yg mengadili perbicaraan terhadap tuntutan pihak GEREJA supaya penggunaan dibenarkan di sabah dan sarawak... Perkara ini juga dipersetujui oleh Khalid samad...
ReplyDeleteSementara Lim Guang Eng berusaha agar kalimah ALLAH digunakan di semenanjung... Persoalanny, jika wujud surat kebenaran dr PutraJaya, mengapa Lim Guang Eng perlu bersusah payah berusaha agar kalimah Allah di zatkan sebagai trinitty di semenanjung?
Namun begitu keputusan hakim tersebut telah dicabar oleh JAKIM, dan telah dibawa ke Mahkamah rayuan, sehingga sekarang keputusan rayuan tersebut belum diwartakan.
Dah faham politik putar belit dan fitnah PR?
Salam... Artikel yang bagus... Tapi lagi bagus kalau artikel yang dicopy dari blog org lain x diubah kandungannya... Tinggalkan kredit dari mana sumber ini diperolehi... Tak salah copy... Tapi jangan sampai plagiat... Tinggalkan kredit dari mana sumber asal artikel ini... Harap maklum...
ReplyDeleteBila masa pula ada bible dalam bahasa Melayu yang diluluskan oleh kerajaan UMNO di Sabah/Sarawak ni???
ReplyDeleteYang benar-benar wujud bible berbahasa Indonesia di bawa masuk oleh pendatang/ pendakwah kristian Indonesia ke Sabah / Sarawak lama dulu ade la... jangan main serkap jarang je...!!!!!
PAS dan sifat fitnahnya memang tak boleh di pisahkan....
ReplyDeleteKalau btol la fitnah..ini tak sepatutnya berlaku...hmm,,dunia akhir zaman....
ReplyDeletekalau fitnah, kenapa tak saman je?
ReplyDeleteBetul tu kalau fitnah saman je la. Atau takut pas keluarkan banyak lagi bukti lepas ni. Pkr tu suka keluar bukti last minit.
ReplyDeletepkr memang x lekang nganfitnahhhh
ReplyDeletekalau fitnah kenapa tiada penafian rasmi daripada kerajaan
ReplyDelete