Isu Kalimah Allah masih belum muktamad dalam Pakatan Rakyat. Ramai khalayak berpendapat apabila Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan tidak membolehkan terjemahan perkataan God atau Lord daripada mana-mana kitab agama bukan Islam kepada kalimah Allah kerana salah dari segi makna.
Ada sesuatu yang pelik mengenai kenyataan rasmi tersebut apabila menyebut tak boleh digunakan dan tak boleh terjemah. Perkara ini tak dapat diperolehi penjelasan kerana semua ahli Majlis Syura lari ikut pintu belakang.
Hanya Nik Aziz sebagai Mursyidul Am saja yang memberi kenyataan. Media-media melaporkan pertukaran pendirian Nik Aziz balik mengatakan kaum bukan Islam tidak boleh guna kalimah Allah.
Pendiran ini adalah pertukaran pendirian sebelum ini yang membenarkan. Sebelum itu, sebaik isu ini ditimbulkan oleh kenyataan Lim Guan Eng pada hari Krismis, dia mengatakan tidak boleh.
Pada tahun 2010, Nik Aziz kata boleh guna dan ini menjadi pendirian bersama oleh Pakatan Rakyat.
"Namun, Setiausaha Agung kesayangan DAP itu diam membisu kerana telah masuk ke dalam perangkap yang dipasangnya sendiri." Persoalannya adakah setelah perangkap yang dipasang Lim Guan Eng itu tidak mengena maka beliau mengarahkan pihak lain pula untuk bersuara atas ketidakpuastinya itu.
Dalam pada itu tiba-tiba sahaja ada pihak di dalam DAP yang tidak puas hati dalam isu ini. Jika dilihat kepada individu ini beliau bukanlah seorang penganut
kristian malah bukan penganut kristian tegar disebabkan nama beliau tidak
mempunyai ciri-ciri nama seorang
penganut kristian.
Orang
ini yang mahukan supaya Majlis Syura PAS menarik kembali pendirian mereka
berhubung isu kalimah Allah. Beliau sememangnya dikenali sentiasa mencari
masalah dengan Islam. Dalam isu hudud, beliaulah yang paling lantang bersuara
menentang. Manakala dalam isu Kalimah Allah ni, beliau juga nampaknya ingin menjadi seorang penentang
utama.
Mungkinkah
orang ini bersaorangan di dalam DAP bilamana beliau mengharapkan sokongan
daripada kaum Cina yang majoritinya beragama kristian di dalam DAP. Justeru
untuk menyelamatkan diri beliau dalam DAP, beliau terpaksa menjadi jurucakap atau
jurubantah berhubung isu-isu yang berkaitan dengan Islam. Maka adalah jelas yang
pemimpin OKU ini telah rela diperkudakan
dalam usaha menyelamatkan karier politik beliau di dalam DAP.
Kita
lihat apakah pendirian Majlis Syura Ulama PAS kali ini apabila mendapat gesaan daripada
pemimpin veteran itu. Jika mengikut trend terdahulu, berkemungkinan besar PAS
akan membuat U-turn dan tunduk kepada gesaan pemimpin ini yang sudah tidak
berupaya tetapi lantang bersuara.
> megat panjialam 20/01/2013
No comments:
Post a Comment