Sunday, March 31, 2013

ORANG PERAK" ATAU "PERAK MAN

Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Ulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.

Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (MARC) USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia.

Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun.

Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Paleolitik hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai 'congenital deformity' *yang dikenali sebagai Brchymesophalangia.


Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangan kanannya memegang daging yang telah tinggal tulang. Ia dikebumikan dengan siput sedut, daging khinzir, rusa, biawak, monyet, kura-kura dan beribu-ribu kulit kerang sungai.

Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya. 



kebajikan rakyat: PR vs BN



Siapa yang banyak beli kereta? Siapa yang beli kereta mahal? Orang kaya atau orang miskin?

Siapa yang banyak travel? Siapa yang selalu out-station? Siapa yang selalu bawa keluarga bercuti? Siapa yang selalu bawa keluarga bersiar-siar di hujung minggu? Orang kaya atau orang miskin?

Rumah siapa yang lebih besar? Rumah siapa yang ada banyak lampu? Rumah siapa yang ada aircond di setiap ruang? Rumah siapa yang ada banyak TV? Rumah siapa yang ada banyak decoder astro? Orang kaya atau orang miskin?

Jadi…

Siapa yang paling banyak dapat subsidi minyak? Siapa yang paling banyak dapat subsidi elektrik? Siapa yang paling banyak dapat manfaat daripada penurunan harga kereta? Etc. etc…

Jenis subsidi

Sebenarnya terdapat 2 jenis subsidi:

1) Subsidi pukal  - subsidi yang diterima oleh semua orang tanpa mengira samaada mereka itu kaya atau miskin. Ia diberikan berasaskan kepada penggunaan. Dengan kata lain, siapa guna banyak dialah yang dapat banyak.

2) Subsidi bersasar  -  subsidi yang diberikan hanya kepada golongan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Subsidi pukal

Pada tahun 2007, IMF telah menerbitkan sebuah kertas kerja berkenaan isu subsidi minyak. Menurut kertas kerja tersebut, subsidi minyak lebih menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Ini kerana, kajian mereka mendapati bahawa bagi setiap unit penggunaan sumber oleh golongan miskin, lebih 3 unit digunakan oleh golongan kaya.

Lebih jelas lagi, sekiranya subsidi  minyak diterima oleh golongan miskin adalah RM100, maka subsidi yang diterima oleh golongan kaya adalah lebih daripada RM300. Ini kerana subsidi minyak adalah berasaskan kepada penggunaan. Lebih banyak penggunaan, lebih tinggi subsidi diterima.

Pastinya, jumlah penggunaan oleh golongan kaya adalah lebih tinggi daripada golongan miskin.  Sebagai contoh, golongan kaya mempunyai banyak kereta. Setiap ahli keluarga golongan kaya mempunyai kenderaan masing-masing. Jarak perjalanan mereka juga lebih jauh. Mereka sering ‘out-station’. Mereka sering bercuti.  Mereka sering membawa keluarga bersiar-siar di hujung minggu.

Golongan miskin pula hanya mempunyai motosikal yang dikongsi bersama ahli keluarga lain. Jarak perjalanan juga terhad di dalam kampung sahaja. Jarang-jarang sekali mereka ke bandar, melainkan sekiranya mempunyai urusan penting.

Jelas sekali, penggunaan golongan kaya adalah jauh lebih banyak berbanding golongan miskin. Silap-silap, subsidi yang sampai kepada golongan miskin hanyalah sekitar ‘puluh-puluh’ sebulan manakala subsidi yang diterima oleh golongan kaya  adalah sebanyak ‘ratus-ratus’ dan mungkin mencecah ‘ribu-ribu’ sebulan!

Persoalannya, perlukah golongan kaya atau yang berpendapatan sederhana tinggi ini diberikan subsidi sebanyak ‘ratus-ratus’ atau ‘ribu-ribu’ sebulan? Bukankah lebih baik diberikan kepada mereka yang memerlukan?

Begitu juga dengan subsidi pukal lain seperti elektrik, gas memasak, makanan dan sebagainya. Rumah orang kaya adalah besar, banyak lampu, mempunyai aircond di setiap ruang dan alat-alat elektronik lain yang akan meningkatkan konsumsi elektrik .  Mereka lebih banyak makan dan lebih banyak menggunkan gas memasak. Rumah orang miskin pula hanya ada beberapa biji mentol lampu. Mereka hanya makan sekadar cukup memberi tenaga. Sebahagian mereka masih lagi memasak menggunakan dapur kayu.  Ini sekali lagi menunjukkan bahawa orang kaya lebih banyak menerima subsidi berbanding orang miskin.

Itulah sebabnya subsidi pukal adalah kurang adil dan perlu dirasionalisasikan secara berperingkat-peringkat. Malah,kertas kerja IMF tersebut juga mencadangkan agar subsidi ini dihapuskan dan perbelanjaan subsidi ini dialihkan kepada pembinaan infrastruktur, perkhidmatan kesihatan, penambahbaikan program pendidikan dan pengurangan cukai yang memberikan manfaat lebih besar kepada rakyat dan negara. 

Subsidi bersasar

Kerajaan telah melaksanakan beberapa bentuk transformasi subsidi bagi memastikan sistem subsidi negara adalah lebih adil serta sampai kepada hanya mereka yang benar-benar layak.

Antaranya adalah dengan melakukan rasionalisasi subsidi petrol yang mana RON95 yang kebanyakannya digunakan oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah diberikan lebih banyak subsidi berbanding RON97 yang digunakan oleh mereka yang memiliki kereta-kereta mahal di kalangan orang kaya atau berpendapatan sederhana tinggi.

Kerajaan juga telah memperkenalkan banyak program subsidi bersasar yang disasarkan khusus kepada golongan miskin dan sederhana rendah. Ini termasuk program seperti 1azam bagi mengeluarkan golongan miskin daripada kemiskinan, program e-Kasih, Kebajikan Rakyat 1 Malaysia atau KAR1SMA, pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia dan sebagainya. (Lebih lanjut, sila rujuk SINI)

Program-program ini telah menunjukkan kejayaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara selain meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Penurunan harga kereta

Sebenarnya kita tidak perlu melihat jauh bagi mengetahui kesan penurunan harga kereta melalui penghapusan duti import. Apa yang perlu buat adalah meneliti harga-harga kereta di pulau bebas cukai Langkawi.

Kita akan dapati bahawa harga kereta-kereta sederhana dan murah hanya lebih murah sekitar RM10,000 ke RM20,000 jika dibandingkan harga di tempat lain di Malaysia. Ini berbeza dengan kereta mahal dan mewah yang ratusan ribu hingga jutaan lebih murah! Persoalannya, siapakah yang membeli kereta-kereta mewah? Orang kaya atau orang miskin? Siapakah yang lebih mendapat manfaat daripada penurunan harga kereta? Orang kaya atau orang miskin?

Penghapusan duti import kereta akan mengorbankan sebanyak kira-kira RM7 billion pendapatan negara. Namun, untuk siapakah RM7 billion ini dikorbankan? Orang kaya atau orang miskin?

Lebihan wang

Apabila kita memberikan subsidi, rakyat akan mempunyai lebihan wang. Sebagai contoh, dengan menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia, seseorang akan mendapat lebihan wang sebanyak RM500. Seseorang yang mendapat subsidi-subsidi lain seperti minyak, elektrik dan sebagainya juga akan mendapat lebihan wang berdasarkan kadar penggunaannya.

Sebenarnya terdapat perbezaan di antara lebihan wang pada orang kaya atau berpendapatan sederhana tinggi dengan lebihan wang pada orang miskin atau berpendapatan sederhana rendah.

Orang kaya atau berpendapatan sederhana tinggi banyak berbelanja di ‘atas’ iaitu dengan membeli barangan mewah, makan di restoran makanan segera dan mahal, minum kopi RM10, membeli-belah barangan berjenama, membeli telefon pintar yang canggih dan sebagainya.  Mereka berbelanja pada perusahaan yang dimiliki oleh orang kaya juga. Dengan kata lain, lebihan wang itu hanya mengalir di ‘atas’ dan sedikit sahaja yang mengalir ke ‘bawah’.

Manakala orang miskin pula banyak berbelanja di ‘bawah’. Mereka membaiki rumah dengan mengupah tukang kampong, berbelanja di kedai-kedai peniaga kecil, membeli pakaian di pasar malam, makan makanan di gerai dan sebagainya yang biasanya dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah atau sederhana rendah. Ini bermakna lebihan wang pada golongan miskin dan berpendapatan sederhana rendah akan terlebih dahulu beredar di ‘bawah’, di kalangan mereka yang berpendapatan rendah sebelum naik ke ‘atas’.  Ini pasti memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat secara keseluruhannya.

Kesimpulan

Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa apa yang kelihatan indah di mata dan manis didengar tidaklah semestinya baik. Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir di kalangan masyarakat awam dan ‘cerdik-pandai’ yang ‘idealis’ yang terpesona dengan kata-kata manis  pihak yang cuba menipu rakyat bagi menjayakan usaha mereka dalam merebut kuasa. Namun, hanya jauhari yang mengenal manikam.


Rasulullah SAW bersabda:

“Ambillah daripada penduduk Yaman yang kaya sebahagian harta mereka dan agihkan kepada golongan fakir (dan miskin) di sana.”
(Hadis riwayat Bukhari)


Firman Allah:

“Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.”
(Surah al-Hasyr, ayat 7)


Agenda selepas PRU13

PRU13 merupakan peluang terakhir Anwar menduduki takhta Perdana Menteri. Beliau sudah tua. Usia beliau sekarang hampir mencecah 66 tahun. Jika PRU14 diadakan 5 tahun akan datang, usia beliau sudah menjangkau 71 tahun. Kes Liwat II beliau menanti di 2 lagi mahkamah, iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Jika beliau disabitkan atas kesalahan tersebut, maka tamatlah riwayat karier politik beliau.

Begitulah terdesaknya Anwar Ibrahim ketika ini.

Anwar adalah seorang pemimpin yang berbeza dengan pemimpin parti pembangkang lain. Parti PAS dan DAP telah lama tewas dalam pilihanraya. Namun mereka tetap berusaha bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam pilihanraya-pilihanraya berikutnya. Walau bagaimanapun, Anwar adalah pemimpin yang rakus. Beliau tidak hanya menunggu PRU. Tak dapat jalan depan, jalan belakang digunakan. Agenda 16 September Anwar merupakan bukti yang cukup nyata.


Setelah gagal dengan rancangan 16 September, Anwar kini terpaksa menggunakan ‘cara biasa’ iaitu melalui pilihanraya.

Seperti biasa, Anwar terus dengan muslihatnya...

Pada tahun lepas, ketika mood rakyat terhadap BN berada di tahap yang sangat tinggi, Anwar yakin bahawa PR tidak akan dapat menang jika PRU13 diadakan pada ketika itu. Lalu, dia mengumumkan bahawa jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, mereka tidak akan membubarkan DUN di bawah pemerintahan PR.

Ini adalah suatu bentuk serangan serampang 2 mata. Jika Datuk Seri Najib membubarkan Parlimen ketika itu, PR akan memaksimakan penggunaan jentera kerajaan negeri bagi menawan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh BN pada PRU12. Ini sepertimana yang dilakukan semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, di mana Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengarahkan Pejabat Tanah dibuka 24 jam. Jelas sekali, PR telah menggunakan jentera kerajaan dalam pilihanraya. Jika perkara seperti ini dapat dimanfaatkan pada PRU13, PR memperoleh serba sedikit kelebihan dalam kempen pilihanraya seterusnya memberikan sedikit peluang untuk mereka menang.

Jelas sekali, Datuk Seri Najib tidak termasuk dalam perangkap ini. Bagi beliau, sekalipun PR tidak dapat memenangi PRU13, tindakan ini boleh merencatkan usahanya bagi mendapatkan sasaran majoriti 2/3. Oleh demikian, beliau telah menangguhkan PRU13. Dalam masa sama, beliau yang dikenali dengan permainan 'intel' beliau telah menjalankan langkah-langkah strategik bagi membolehkannya untuk terus secure undi pelbagai lapisan masyarakat. Itulah sebabnya jika kita turun ke banyak kawasan, kita dapati DS Najib mendapat sokongan yang sangat kuat daripada pelbagai golongan masyarakat. Ini jelas berbeza dengan persepsi yang dapat dilihat di alam siber dan di sebahagian tempat di bandar.


Anwar dan konco-konconya kini membuat serangan habis-habisan. Tidak cukup dengan pihak kerajaan, mereka menyerang institusi-institusi lain termasuk Polis, Tentera, SPR, Sistem Kehakiman dan sebagainya.  Tujuannya adalah bagi menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap kesemua institusi tersebut.

Apabila kepercayaan orang ramai terutamanya penyokong-penyokong beliau terhadap institusi-institusi ini telah hilang, ditambah pula dengan persepsi kononnya majoriti rakyat menyokong mereka, maka keputusan PRU13 tidak lagi penting. Mereka hanya mahu melihat PR menang. Jika PR kalah, mereka tidak akan percaya. Mereka akan menuduh berlakunya penipuan dalam pilihanraya.

Itulah sebabnya propaganda Anwar kali ini sangat penting bagi survival politik Anwar. Dengan kata lain, agenda Anwar tidak berakhir hanya dengan PRU13!

Persoalannya, apakah yang akan dilakukan oleh Anwar setelah PR tewas dalam PRU13 nanti?

a) Tunggu PRU14?
b) atau lari ke luar negara dan menjadi ‘Thaksin Malaysia’?
c) atau…………………………………?








Kit Siang bakal berkubur di Gelang Patah



Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah disahkan akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor sekaligus memadamkan hasrat Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang sebelum ini berangan-angan untuk menjadi calon PKR di kawasan tersebut.

Kejayaan DAP mempengaruhi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim supaya memberi laluan kepada Kit Siang bertanding di Gelang Patah agak mengecewakan ramai penyokong PKR sementelah lagi sudah berbulan-bulan Pengerusi PKR Johor itu melakukan gerak kerja kempennya di sana.

Baru-baru ini sumber yang rapat dengan Jui Meng memberitahu akhbar Nanyang Siang Pau yang bekas pemimpin MCA itu berura-ura untuk meletakkan semua jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes berikutan tindakan Anwar yang dianggap sebagai satu pengkhianatan.

DAP memang lama mahu masuk Johor. Dengar komen Tunku Aziz berikut:





Sama ada ura-ura itu menjadi kenyataan atau tidak, yang pastinya Gelang Patah tidak menjanjikan laluan mudah untuk Kit Siang yang dijangkakan akan berdepan dengan protes secara besar-besaran dari penyokong PKR.



Kit Siang yang sudah acap kali berpindah randah dari satu negeri ke negeri lain untuk melebarkan pengaruh DAP tidak hanya akan menghadapi protes penyokong PKR pro Jui Meng tetapi juga bakal berdepan dengan masalah penerimaan pengundi selain cabaran sengit dari BN.

Majoriti pengundi keturunan Cina di negeri yang terkenal dengan jolokan kubu kuat UMNO sejak berdekad lamanya terbukti mempunyai sikap unik dan penerimaan mereka juga jauh berbeza dari pengundi Cina di negeri lain. Cabaran ini tentunya sukar di mengertikan oleh Kit Siang.




Apatah lagi Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh yang hampir pasti mewakili BN bukannya kecil anak untuk diperlekehkan oleh Kit Siang.

Gambaran awal kegusaran DAP dengan keterampilan Teoh dapat dilihat dari serangan awal jentera propaganda DAP yang mula melakukan sabotaj terhadap pemimpin MCA itu melalui sebuah fan page tiruan.

Teoh yang sudah sekian lama dikenali kerana rekod khidmatnya yang cemerlang dan rapat dengan ramai pengundi di sini, sudah tentu merupakan sandaran kukuh untuk BN mengekalkan penguasaan di Gelang Patah.

Tindakan Kit Siang beralih kawasan sempena PRU 13 dengan bertanding di Gelang Patah sebenarnya boleh diibaratkan seperti menggali kuburnya sendiri. Kekuatan DAP di kawasan Parlimen itu ditambah dengan pengaruh peribadinya sukar untuk meruntuhkan kubu BN di sana.



Malah kekuatan DAP yang kian suram di kawasan ini khususnya di DUN N48 Skudai yang dimenanginya dengan majoriti besar 12,854 undi pada PRU 12 tahun 2008 dulu, meletakkan DAP bukan dalam keadaan selesa untuk merampas Parlimen Gelang Patah dari BN.

Berdasarkan trend terkini menunjukkan pengaruh DAP di DUN Skudai sudah semakin suram dan ada kemungkinan parti itu bakal kehilangan kerusi tersebut. Paling tidak pun DAP cuma berupaya mempertahankannya dengan majoriti kurang dari 2,000 undi, mana-mana satu yang berlaku ia tetap berita buruk untuk DAP.

Sementara satu lagi DUN dalam Parlimen gelang patah iaitu N49 Nusajaya yang dimenangi BN melalui calon UMNO dengan majoriti 7,384 undi pada PRU yang lepas, hampir pasti akan kekal di tangan BN dengan undi majoriti yang lebih tinggi.



Berdasarkan senario ini, sudah pasti PRU 13 bakal menjadi igauan buruk untuk DAP dan nyawa politik Kit Siang akan tamat di Gelang Patah dek kerana terbunuh di tangan Teoh.

Rakyat Johor tidak sabar menantikan saat itu bagi memberi pengajaran supaya politikus kaki panjang seperti Kit Siang yang gemar berpindah randah sana sini untuk kepentingan kerjaya politik sendiri tidak terus dijadikan ikutan.

Pengundi-pengundi Cina tidak mengalu-alukan kepulangan Kit Siang di penghujung hayat politiknya. Mungkin Kit Siang sudah mula rasa kerana pekedai-pekedai Cina tidak mahu bersalaman dengan beliau ketika dia melawat kawasan.

Kenapa dia tidak berada di Johor selama ini? Baru sekarang nak balik ke negeri asalnya.




TADI GOMO TUNJUK 3 SETAN GONDOL , INI PULA SEKRETARIAT SETAN GONDOL.


3 EKOR SETAN GONDOL YANG GOMO TERBITKAN DALAM ARTIKELNYA.
INI KIRA 3 SETAN GONDOL JUNIOR.
DI BAWAH ADALAH BAPAK-BAPAK SETAN GONDOL


INI PULA ADALAH KEPALA-KEPALA BAPAK SETAN GONDOL
NAMPAKNYA BLOGER MILOSUAM JUGA TERLIBAT DALAM KUMPULAN SETAN GONDOL INI. ORENJI DI HADAPAN MILOSUAM DI BELAKANG FARIZ MUSA.
RAMAI JUGA YANG BERASAL DARI BANTING & KAJANG


TEPUK DADA TANYA IMAN!
DAP KOMUNIS
PKR TAKDE AKHLAQ
PAS KENA BULI.






KLIP VIDEO KRONOLOGI RUSUHAN BERSERK 3.0. LIHAT BAGAIMANA BEROK KUNING JADI SETAN KUNING.



BERSERK 3.0 bukan memperjuangkan pilihanraya adil dan bersih atau mahu menumbangkan sebuah kerajaan yang zalim. Pihak zalim sebenarnya ialah Berserk 3.0 sendiri. Mencari gadoh dan mencetuskan huru hara serta bersikap degil enggan bertolak ansur walaupun lapan tuntutan mereka sudah dipenuhi oleh kerajaan. Mereka menyerang sebuah kereta peronda polis secara beramai-ramai. Adakah serangan itu cara perjuangkan pilihanraya adil dan bersih?

Mereka merempuh halangan, mereka melanggar undang-undang dan mereka menyatakan kebiadapan mereka dengan kekerasan. Lapuran awal Majlis Pembunuh sendiri mengatakan bahawa perusuh Berserk 3.0 dalam kegilaan amukan mereka akibat histeris masal yang mencetuskan keganasan dan bukan tindakan polis yang bertugas mengawal keselamatan dan menguatkuasakan undang-undang.

Kerajaan tidak menghalang mereka untuk DUDUK DAN BANTAH malah diberikan lokasi kepada mereka untuk berbuat demikian. Malangnya mereka sendiri yang enggan menerima kebaikan. Mereka tetap mahu DATARAN MERDEKA yang pada waktu itu telah ada satu PERINTAH LARANGAN dikeluarkan oleh mahkamah.

Oh ya, Perhimpunan UMNO menentang MALAYAN UNION jauh lebih bertamaddun dari SIRI RUSUHAN BERSERK yang bersifat ANARKIS dan REVOLUSIONER.

JOM TOLAK PAKATAN HARAM JADAH.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

Najib tidak pernah jumpa adik Jamalul Kiram III: Abraham Idjirani





Gambar Esmail Kiram II dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib adalah palsu, demikian kata Jurucakap jamlul Kiram III Abraham idjirani seperti dipetik Manila Standard Today (MST).

Menurut Abraham memang Esmail Kiram II ada ke Sabah pada Januari lalu, tetapi hanya di Semporna sahaja, tidak ke Kuala Lumpur, kerana permintaan adik Kiram itu berjumpa Najib tidak diluluskan.

Abraham juga menafikan bahawa ada perancangan membincangkan soal Sabah dengan Najib seperti mana dakwaan pihak tertentu.

Pada Isnin Anwar Ibrahim mendakwa berlakunya pertemuan antara Tan Sri Aziz Shamsuddin, mantan setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir dan mantan menteri Pusat.

Kesemua gambar tersebut adalah gambar palsu menurut Abraham, kerana tiada perjumpaan seumpama itu.

Pada 12 Februari sekumpulan pengganas sulu mendarat di Kg Tanduo Lahad Datu. Pasukan keselamatan mengwujudkan Ops Daulat untuk mengusir penceroboh itu. Setakat ini, sejumlah 67 pengganas telah dibunuh dan sebahagian lagi berjaya ditangkap.

Pengganas yang diperkirakan melebihi 200 orang sebahagian telah berjaya meyusup pulang ke Filipina dan antara 15-20 orang lagi masih bersembunyi di Kg Tanjung Batu, Lahad Datu.

Saki baki pengganas itu, tidak lama lagi akan terlumpuhkan samada menyerah diri, mati ditembak atau mati kelaparan dalam hutan paya Tanjung Batu.

Kisah Anwar Ibrahim Di Sabah : Ladangnya, Pati dan Dot Dot Dot



ADUH PECAH RAHSIAKU, KENA MINTA AZMIN BUAT SESUATU NE


ANWAR IBRAHIM mula merosakkan politik aman negeri Sabah apabila dia menjejakkan kakinya di Kota Kinabalu pada tahun 1986. Ketika itu dia Ketua Pemuda UMNO. Anwar menyokong usaha-usaha menjatuhkan Tun Datu Mustapha melalui beberapa proksi pemimpin pemuda USNO.

Walaupun usaha tersebut gagal selepas Tun Datu Mustapha mengambil tindakan pantas memecat pembelot-pembelot USNO.

Sikap mereka ini tidak pernah berubah, selepas USNO dimatikan, UMNO masuk ke Sabah dan mereka ini sangat gembira. Apabila Anwar Ibrahim menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Anwar menyusun semua orang-orangnya dalam kedudukan UMNO Sabah.

Semua Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang pro Tun Datu Mustapha, yang pro Tun Ghafar Baba, yang pro Pak Lah semuanya dimatikan dengan cara memberi seberapa banyak wang kepada proksinya dan kalahkan sesiapa yang tidak menyokong Anwar. Cara-cara Anwar sunguh-sungguh seperti Komunis.

Benar kata Datuk Salleh Tun Said, kamu Anwar jangan bersandiwara. Cerita perkara sebenar pasal IC Sabah.

Pada tahun 1995, apabila ramai orang-orang Anwar yang sedang memegang jawatan Ketua Bahagian hendak dilawan, Anwar menggunakan apa saja cara untuk mengalahkan mereka. Anwar bukan sahaja memberi wang tunai, tetapi Lot-Lot Saham yang boleh ditukar di bank-bank Bumiputera. Ramai Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian yang pro-Anwar kaya mendadak!

Satu contoh, Anwar telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan pihak keselamatan supaya menangkap individu-individu yang kononnya terlibat dalam projek IC. Inilah manusia yang paling Hikpokrit! Dia menyuruh orang itu mengatur IC Projek, kemudian dia mengarahkan pihak polis menangkap orang itu semula. Tujuannya supaya orang itu tidak menang Ketua Bahagian, kerana jika dia menang dia akan mencalonkan Tun Ghafar Baba bukannya Anwar Ibrahim. Busuk kan hati Anwar Ibrahim.

Anwar menyuruh semua orang supaya Kalahkah PBS, tumbangkan Pairin dengan apa cara sekalipun! Kamu tahu apa itu 'apa cara sekalipun'?

Dia ingat dia Tuhan di dunia ini boleh membodohkan semua orang, kalau Allah SWT kata Kun Fayakun maka tidak jadilah kamu sebagai Perdana Menteri, walaupun kaki kiri kamu sudah menjadi Perdana Menteri.

Wahai Anwar Ibrahim, ketika kamu berkuasa kamu memiliki ladang kelapa sawit yang luas di Sandakan, ketika kamu melawat ladang-ladang kelapa sawit kamu di Sandakan, siapakah pekerja-pekerja ladang kelapa sawit kamu? Adakah pekerja tempatan Sabahan KadazanDusunMurut (KDM) atau PATI!

Kamu tahu bapa Yong Teck Lee bukanlah orang Sabah tetapi dari negara China. Bapa Yong Teck Lee (Yong Lok @Yong Luk) datang ke Sabah membuka Workshop di Lahad Datu. Kamu yang melantik Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri (itulah maksud Datuk Salleh Tun Said yang kamu sangat berkuasa ketika itu), supaya kamu boleh mengumpul harta kekayaan di Sabah bukan. Tidaklah hairan jika Yong Teck Lee membuntuti kamu sekarang!

Dan, kamu juga pernah berenjoy dengan seorang artis Wanita Sabah bukan? Berlumba-lumbaan dengannya bukan. Memanglah kamu sangat suka kepada wanita-wanita cantik, seksi dan menawan.

PI Bala Mati Di Makan Sumpah.



Penyiasat persendirian, Balasubramaniam Perumal (PI Bala) yang baru sahaja meninggal dunia beberapa hari lepas disebabkan serangan penyakit jantung, pastinya akan kekal diingati ramai kerana mencipta rekod membuat dua akuan bersumpah (SD) yang berbeza untuk satu isu yang sama.

 PR tentunya sedikit sebanyak mempunyai saham dalam menyebabkan kematian PI Bala kerana masih mendesak penyiasat persendirian itu berkempen untuk mereka di Damansara sekalipun mengetahui PI Bala belum sihat sepenuhnya selepas terjatuh ketika berceramah untuk PR di Kota Bharu.

 Ia satu bentuk kezaliman, tapi bagi PR soal kesihatan PI Bala yang kurang baik tentunya bukan perkiraan mereka, yang penting ialah memanipulasi sepenuhnya mendiang untuk kepentingan politik supaya berbaloi dengan wang ringgit yang dilaburkan.

 Lagi pun sejarah hitam PI Bala yang pernah menggelapkan wang RM50,000 milik Razak Baginda yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya Shariibuu selain mempunyai rekod buruk terlibat dalam penculikan semasa berkhidmat dengan PDRM, tentunya memaksa PR bertegas memaksa PI Bala memenuhi setiap aktiviti ceramah mereka.

 Dalam pada itu, PI Bala juga akan diingati kerana tindakannya bersumpah dengan kitab Hindu, Bhagawad Gita sebaik tiba di KLIA dari persembunyian hampir 5 tahun di luar negara, yang menurutnya bertujuan untuk membuktikan SD2 adalah pengakuan palsu manakala SD1 adalah yang sebenar-benarnya.

 Ini bermakna dalam tempoh hampir 5 tahun lalu sehingga saat kematiannya, PI Bala telah tiga kali flip flop dalam melakukan sumpah, ini menimbulkan andaian berkemungkinan besar sampai ajalnya disebabkan dimakan sumpah.

 Tidak ada agama dalam dunia ini yang membenarkan penganutnya bermain-main dengan sumpah, malah dalam Islam sendiri amat menegah umatnya bersumpah palsu apatah lagi dua tiga kali mengangkat sumpah dengan isi pengakuan yang berbeza-beza.

 Malah orang yang gemar bermain-main dengan sumpah dan tidak tetap pendiriannya juga sukar untuk mendapat kepercayaan ramai. Tak mustahil saban hari mendapat celaan dan disumpah seranah pula oleh anggota masyarakat. Mungkin andaian PI Bala dimakan sumpah tidak betul, tapi satu kenyataan yang pasti roh Altantuya yang dikatakan sedang melindungi PI Bala hanyalah ilusi atau pun sebenarnya sengaja mungkir janji dek kerana amarahnya yang masih menyala terhadap PI Bala barangkali.

PAHLAWAN SULUK: "MESTI MAKAN DARAH"



Kota Kinabalu: Tidak kira sama ada lawan masih hidup atau sudah mati, barung atau badung iaitu senjata tradisional masyarakat Suluk dari kepulauan selatan Filipina yang sentiasa terselit di pinggang perlu ‘makan darah’.

Sehubungan itu, tidak hairan kumpulan pengganas yang menceroboh Lahad Datu dan Semporna di Sabah tergamak menetak dan mencencang tubuh, malah memenggal kepala anggota keselamatan yang mati disebabkan terkena tembakan, semata-mata kerana mahu ‘menjamu’ barung mereka dengan darah.

Tindakan tidak berperikemanusiaan pengganas terbabit yang disifatkan lebih kejam daripada komunis, didakwa dilakukan kerana terlalu taksub dengan kepercayaan kuno masyarakat itu kononnya barung berkenaan mempunyai kuasa mistik.

Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Suluk Bajau Tawau Abdul Ali Erilis berkata, mengikut sejarah nenek moyang yang diceritakan bapa saudaranya yang berasal dari kepulauan Sulu, pahlawan Suluk akan tetap ‘membunuh’ mangsa menggunakan barung walaupun musuh tidak bernyawa lagi.

“Perbuatan kejam, termasuk menyeksa sebelum membunuh lawan, dilakukan kerana mewarisi sejarah perjuangan nenek moyang kononnya ia lambang ‘pahlawan Suluk’ sejati.

“Tindakan memenggal kepala musuh yang tidak bernyawa dilakukan sebagai bukti mereka pejuang kuat dan ganas di mata dunia,” katanya.
Beliau berkata, masyarakat Suluk di Filipina masih mempercayai kononnya barung mempunyai kuasa mistik tersendiri. Sehubungan itu, sebelum diasah, senjata itu akan ditangas terlebih dulu supaya ‘kekuasaan dan ketajamannya’ cukup untuk membunuh mangsa.

“Jika mangsa dibunuh menggunakan barung, mereka akan diangkat sebagai pahlawan oleh masyarakat Suluk pada zaman dulu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Katanya, dalam peperangan dulu kala, tidak sah kematian musuh jika barung tidak menjamah darah mangsa.

“Mungkin penceroboh terbabit masih memegang prinsip perjuangan dulu kala sehingga sanggup berlaku kejam terhadap mayat pasukan keselamatan kita yang terkorban.

“Prinsip mereka, tidak sah jika barung tidak melekat pada badan musuh dan mungkin sebab itu mereka bertindak kejam walaupun mangsa tidak bernyawa lagi,” katanya.

Menurut Ali, berbanding zaman dulu dengan situasi sekarang, jelas pengganas terbabit sengaja mahu menunjukkan kekuatan selain menakutkan pasukan keselamatan.

“Pengganas terbabit mungkin sengaja melakukan kekejaman terhadap anggota keselamatan kita sebagai satu peringatan kononnya mereka sangat kuat.

“Namun, saya tidak tahu mengenai kekebalan mereka. Walaupun mendakwa mempunyai kuasa mistik, ramai juga terbunuh kerana terkena peluru pasukan keselamatan,” katanya.

Berbeza pula dengan pendapat disuarakan Setiausaha Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah (PRESS), Mohd Zaki Herry Susanto yang mendakwa kumpulan pengganas yang menceroboh Lahad Datu berkemungkinan dipengaruhi dadah jenis syabu.

“Saya pernah dimaklumkan bahawa pengganas terbabit menggunakan syabu supaya sentiasa bertenaga dan mampu bertahan ketika berperang meskipun berhari-hari tidak menjamah makanan.

“Selain itu, pengaruh penggunaan dadah menjadikan pengganas hilang pertimbangan, termasuk bertindak kejam terhadap mayat lawan,” katanya.

Katanya, kebanyakan pengganas menyasarkan kepala kerana menyedari satu das tembakan saja mampu menumbangkan lawan.

“Pengganas lebih gemar menembak kepala kerana mengetahui pasukan keselamatan memakai baju kalis peluru. Bagi saya, ia tiada kaitan dengan ilmu mistik seperti memiliki ilmu kebal atau ghaib,” katanya

Daim gesa rakyat beri mandat kepada Najib



Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau.

Menggesa pengundi agar memberi peluang kepada Najib untuk lima tahun lagi, veteran UMNO itu berkata: Uji beliau. Berikan beliau mandat. Beliau telah melakukan tugasnya dengan begitu baik. Biar beliau melaksanakannya dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau." Dalam wawancara dengan New Sunday Times, Daim menyatakan yang beliau lebih suka sekiranya Najib menang berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sifatkan sebagai bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.

Jika anda tanya saya, antara kedua-duanya, Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib. Saya akan beri Najib peluang. Beri beliau mandat dan lihat sama ada beliau dapat melakukannya kerana Anwar telah pernah diberi peluang itu, tetapi beliau mensia-siakannya.

Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.

Saya percaya beliau akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia)," katanya.

Daim yang menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001, berkata, adalah bahaya jika pembangkang di bawah pimpinan Anwar menerajui negara.

Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain untuk beritahu beliau apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu dilakukan," katanya.

Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea signifikan datang daripada Anwar selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Lebih teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat.

Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi Penasihat Ekonomi Kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan kita," katanya.

Kepada soalan bahawa Anwar percaya bahawa beliau telah ditakdirkan untuk menjadi Perdana Menteri akan datang, Daim berkata: Sebenarnya, takdir ditentukan Tuhan. Anda mungkin sudah begitu hampir dengan jawatan itu, orang menyokong, Tuhan yang menentukannya. Saya rasa Tuhan masih sayangkan Malaysia." Daim berkata beliau akan menyokong Najib tetapi Perdana Menteri perlu berusaha memerangi rasuah dan jenayah, memperkukuhkan keselamatan negara dan menyemak semula sistem pendidikan.

Beliau berkata Najib juga perlu merombak Kabinet.

Bawa masuk muka-muka baharu. Rakyat berpendapat beliau mengekalkan terlalu banyak orang lama" dalam Kabinet. Kebanyakan mereka sudah melepasi tarikh luput"," katanya.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Daim, yang ramalannya sering menjadi perhatian berkata, BN boleh menang tetapi perlu ada perpaduan dalam kalangan parti gabungan.

UMNO mempunyai kira-kira 3.3 juta ahli, MCA kira-kira satu juta dan MIC kira-kira 600,000. Itu sahaja sudah kira-kira separuh daripada pengundi.

Kini, anda hanya perlu mendapatkan sokongan daripada golongan atas pagar, dengan itu anda mampu menang. Tetapi BN perlu letakkan calon-calon terdiri muka baharu dan bersih yang diterima oleh pengundi," katanya.

Daim berkata, sekiranya BN tidak bersatu, kedudukan pakatan pembangkang akan menjadi lebih baik seperti mana yang berlaku pada 2008.

Kekal bersatu, setia dan jangan sabotaj. Kita perlukan tangan yang mantap dan berpengalaman. Hanya BN mempunyai pengalaman itu, kata Tun Daim.