“Tidak adil untuk kita membenci seseorang itu sekiranya kita
belum pernah berjumpa dengannya”.
Demikian kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong
yang merupakan salah seorang individu yang membeli buku ‘Biografi Rosmah
Mansor’ hari ini.
Menurut Choo Keong, sebagai manusia yang ingin mengetahui
perkara sebenar beliau merasakan terdapat keperluan untuk dirinya membeli buku
berkenaan bagi mengetahui perkara sebenar mengenai isu-isu serta kontroversi
berkaitan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Katanya, rakyat tidak boleh bergantung dengan apa sahaja
yang disajikan oleh media massa terutama sekali media siber kerana tidak
semuanya memaparkan cerita-cerita yang benar.
“Buku ini memberi maklumat kepada orang awam supaya mereka
lebih kenal dengan pasti siapa sebenarnya Rosmah.
“Kita tengok di media siber terutamanya banyak yang mereka
‘spin’..macam-macam tuduhan yang telah dilemparkan,” katanya.
Choo Keong menambah, sebagai rakyat beliau juga mempunyai
hak untuk mengetahui perkara sebenar lantas buku berkenaan mungkin boleh
menjawab segala persoalan berkaitan isu-isu yang hangat diperkatakan mengenai
Rosmah.
Menurut beliau, kebanyakan individu-individu yang membuat
tuduhan serta marah dengan Rosmah sering kali percaya apa sahaja yang disajikan
oleh media-media di alam siber.
“Kebanyakan orang yang buat tuduhan dan marah pada Rosmah,
bila kita tanya pernah jumpa Rosmah ke sebelum ini..ramai yang jawab tak
pernah.
“Macam mana kita boleh marah dan membenci seseorang tanpa
pernah berjumpa dengan individu itu, bermakna ini tidak adil lah.
“Bila kita tidak pernah jumpa seseorang dan kita terus buat
keputusan sama ada orang ini baik ke atau jahat… kita kena jumpa orang itu dulu
dan kemudian barulah buat keputusan siapa dia dan ini baru adil,” katanya
ketika ditemui pada Majlis Perlancaran Buku ‘Biografi Rosmah Mansor’ petang
tadi.
Menurut Choo Keong lagi, sememangnya menjadi ragam rakyat
Malaysia yang lebih gemar mempercayai sesuatu perkara tanpa berfikir atau
selidik terlebih dahulu.
Apabila ada kontroversi berkaitan orang-orang ternama maka
sebagai individu yang berfikiran normal, Choo Keong merasakan beliau perlu
mengtahui perkara sebenar tanpa mendengar tuduhan sebelah pihak sahaja.
“Saya rasa orang, kalau berminat memang dia sanggup beli,
baca dan ambil tahu..tapi bagi orang-orang tertentu, kalau jual RM20 pun dia
belum tentu nak beli.
“Sebab apa dia tak nak beli…kerana dia percaya fitnah
sahaja.
“Tetapi bagi pengundi atas pagar yang ada pendidikan memang
dia nak nak baca… nak tahu sendiri siapakah sebenarnya Rosmah ini.
“Ramai lagi rakyat nak tahu siapa Rosmah ini selain dari
isteri kepada Perdana Menteri,” tambahnya.
Katanya lagi, pada masa sekarang pelbagai fitnah dilempar
untuk mencemarkan imej Rosmah dan sekaligus menjejaskan imej Perdana Menteri.
Jelas beliau, oleh kerana golongan berkenaan tidak dapat
mencari kelemahan dari segi polisi dan dasar negara lantas mereka menjadikan
populariti sebagai perjuangan politik.
“Bagaimanapun mereka akan buat sesuatu kerana populariti
Najib dan Rosmah semakin hari semakin kuat,” katanya.
No comments:
Post a Comment