Tawa dan Air Mata di Manila
11 Jun 08
Sekembalinya dari Manila, saya agak sibuk memenuhi jadual
harian. Tidak berkesempatan untuk bercerita tentang pengalaman semasa di sana.
Memenuhi undangan, akhirnya saya sempat ketemu juga dengan
teman lama, bertanya khabar dan berkongsi pandangan sambil mengimbau kisah
lampau. Cory Aquino masih tegar menyambut saya sekalipun masih kurang berdaya
kerana rawatan kimoterapi. Azizah dan beliau berborak panjang kisah diktator
disana yang kurang lebih hikayatnya sama seperti di tanah air.
Saya turut memenuhi undangan bekas Presiden Filipina dan
teman baik saya Joseph Estrada untuk makan malam bersama di rumahnya di San
Juan. Bercerita saat pahit manis ketika di tahanan cukup menyegarkan kami.
Estrada tampak semakin kacak walaupun sudah menjangkau usia. Beliau turut
prihatin dengan perkembangan saya di sini dan terkejut dengan isu-isu yang
tampaknya hampir seabad tidak ada noktahnya. Pun begitu azam dan fikrahnya saya
fikir masih tetap utuh untuk membela nasib marhaen seluruhnya.
Di samping itu, saya turut berkesempatan bertemu dengan Jose
de Venecia, Manual Villar dan bekas President Fidel Ramos. Sempat saya
mengambil nota berbincang perkara yang tidak kurang pentingnya untuk bekalan di
Malaysia. Saya kemudian bergegas memenuhi satu undangan forum dan menegaskan
bahawa adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan apabila kerajaan Malaysia
sebagai sebuah negara pengeluar minyak, terus enak menekan rakyatnya sendiri
demi memuaskan tembolok penguasa.
ANWAR IBRAHIM
baca artikel asal :
http://anwaribrahimblog.com
Ulasan
Mengapa Anwar intim dengan bekas Presiden Filipina ?
1. Hubungan Anwar dengan bekas-bekas Presiden Filipina
sangat intim. Nukilan betapa intimnya dicoret Anwar: Joseph Estrada; "Saya
turut memenuhi undangan bekas Presiden Filipina dan teman baik saya Joseph
Estrada untuk makan malam bersama di rumahnya di San Juan". "Cory
Aquino masih tegar menyambut saya sekalipun masih kurang berdaya kerana rawatan
kimoterapi". Fidel Ramos : "saya turut berkesempatan bertemu dengan
Jose de Venecia, Manual Villar dan bekas President Fidel Ramos. Sempat saya mengambil
nota berbincang perkara yang tidak kurang pentingnya untuk bekalan di
Malaysia"
2. Tulisan sebegini membayangkan Anwar seolah-olah masih
lagi Timbalan Perdana Menteri Malaysia atau Menteri Kewangan Malaysia. Tetapi
Anwar bukan lagi TPM, bukan Menteri Kewangan bukan ahli parlimen. Anwar hanya
salah seorang rakyat Malaysia. Barangkali kalau berjawatanpun, Anwar hanya
penasihat de facto PKR, yang semua bekas-bekas Presiden Filipina tahu sebuah
parti pembangkang di Malaysia.
3. Kalau bekas-bekas Presiden Filipina tahu Anwar hanya
salah seorang rakyat biasa Malaysia dan berstatus penasihat de facto parti
pembangkang Malaysia, kenapa sambutan yang luar biasa diberikan kepada Anwar,
dari makan malam hingga bertukar-tukar nota?
4. Adakah ini membawa kepada kesimpulan bahawa bekas-bekas
Presiden Filipina sebenarnya bukan menyambut dengan rakyat biasa Malaysia,
tetapi memberi jamuan istimewa dan berbincang dengan 'wakil Amerika' yang
menjaga Asia dan Asia Tenggara dalam jawatan 'Diplomat Jemputan Council on
Foreign Relations (CFR) atau Ahli kehormat International Crisis Group (ICG)
Anwar bersama Jose de Venecia Jr, Speaker House of
Representative Filipina
5. Apakah ini merupakan 'networking Paul Wolfowitz' yang
pernah berkhidmat sebagai 'assistant secretary of state for East Asian and
Pacific affairs' dan Anwar sebagai wakilnya untuk menyampaikan nota kepada
Wolfowitz yang sekarang berada di think tank Amerika,The American Enterprise Institute (AEI)?
6. Apakah perbincangan Anwar dengan bekas-bekas Presiden
Filipina itu juga menyentuh mengenai Malaysia dengan nukilan Anwar seperti
berikut :"saya turut berkesempatan bertemu dengan Jose de Venecia, Manual
Villar dan bekas President Fidel Ramos. Sempat saya mengambil nota berbincang
perkara yang tidak kurang pentingnya untuk bekalan di Malaysia"
7. Nota apa yang diambil dan 'bekalan' apa yang dibawa Anwar
pulang ke Malaysia ?
8. Apakah ini membawa kemungkinan Filipina merupakan transit
bantuan Amerika kepada Anwar untuk membantu karier politik wakilnya di Malaysia
?
9. Kalau kunjungan Anwar pada Jun 2008, sekadar untuk
mengucapkan terima kasih di atas sokongan Filipina ke atas 'Anwar', ketika
1998/99, rasanya sudah lebih daripada mencukupi.
10. Kalau sekadar mahu berjumpa tokoh-tokoh Filipina, Anwar pernah mengunjungi tokoh-tokoh sama, 8 bulan sebelum pilihanraya umum ke12,tahun lepas. Jadi apa lagi agenda kunjungan ke Filipina tahun ini ?
Anwar berpihak kerajaan Filipina atau Pejuang Islam Moro
(MILF)?
1. Filipina merupakan bekas jajahan Amerika yang dibeli
daripada penjajah Sepanyol dengan nilai US$ 20 juta pada tahun 1898 melalui
Perjanjian Traktat Paris. Majoriti penduduk Filipina beragama Kristian.
2. Penduduk Islam yang minoriti beragama Islam terutamanya
di Moro membentuk kumpulan Moro Islamic Liberation Front (MILF) pimpinan
Salamat Hashim berjuang memerdekakan Moro daripada cengkaman Filipina.
3. Salamat Hashim, seorang ulama, bercita-cita mendirikan
negara Islam di Filipina Selatan mendakwa kerajaan Filipina telah menindas
penduduk Islam baik pada masa pemerintahan Kristian pimpinan Ferdinand Marcos,
Fidel Ramos, Joseph Estrada ataupun Arroyo.
4. Apakah Anwar menyokong kerajaan Kristian warisan
Amerika,Ferdinand Marcos, Fidel Ramos, Joseph Estrada sebagaimana yang
dinukilkan menyambut beliau dengan meriah, dan sahabat baik ?
5. Adakah Anwar juga ditugaskan Amerika untuk memecah
belahkan lagi kekuatan Islam di Moro dengan menyokong kumpulan Nur Misuari,
Moro National Liberation Front (MNLF) yang telah 'menandatangani perjanjian
damai' dengan bekas Presiden Fidel Ramos ?
6. Apakah benar persekongkolan Nur Misuari (MNLF) dengan
kerajaan Filipina menyebabkan kumpulan Islam Moro menjadi semakin lemah dengan
berpecah kepada tiga puak iaitu Moro Islamic Liberation Front (MILF) pimpinan
Salamat Hashim, MNLF-Reformis pimpinan Dimas Pundato dan kelompok Abu Sayyaf
pimpinan Abdurrazak Janjalani ?
7. Apakah benar Anwar lebih memihak kepada Gloria
Macapagal-Arroyo, President of the Philippines kerana mereka alumni Georgetown University's Walsh School of Foreign Service in Washington, D.C.?
8. Apakah benar Anwar bersama Arroyo berada dalam missinory
"International Monitoring Team" (IMT) yang ditaja oleh United States,
Australia and the European Union ?
Masa depan umat Islam Moro yang menuntut negara mereka
dimerdekakan kerana
sentiasa ditekan kerajaan Filipina
sentiasa ditekan kerajaan Filipina
9. Apakah benar Arroyo pernah buat ancaman tidak akan datang ke Malaysia selagi Anwar dipenjarakan dan menuduh Malaysia membela MILF ?
10. Kalau tuduhan Arroyo mengatakan Malaysia bela MILF,
Anwar yang dibelanya pula menyokong kumpulan mana ?
11. Adakah benar, sokongan Anwar kepada kerajaan Kristian
Filipina bermula sejak 90-an lagi dengan dibuktikan penganugerahan 'honorary doctorate' kepada Anwar oleh universiti Kristian Filipina, (Ateneo de Manila
University) pada 1996?
12. Kalau begini latar sejarah Anwar dengan kerajaan
Filipina, apakah Anwar akan membela masa depan umat Islam Moro. Apatah lagi
dengan label 'teroris' ke atas kumpulan Abu Sayyaf yang menjadi tugas rasmi
Anwar memeranginya ?
13. Apakah Kumpulan MILF dan Abu Sayyaf disamakan setaraf
dengan The Communist Party of the Philippines yang menjadi musuh Amerika ?
14. Apakah benar penaja utama program Anwar Ibrahim berpusat di Ateneo de Manila University Filipina ?Penaja yang dimaksudkan adalah Konrad
Adenauer Foundation (KAF), yang sering menyalurkan dana kepada Institut Kajian
Dasar (IKD), think tank Anwar.
Mencari jawapan kepada persoalan-persoalan di atas akan
menyelesaikan kekusutan kenapakah Anwar sering berulang alik ke Filipina. Malah
jika ditoleh dari segi sejarah, Anwar ketika berjawatan TPM menumpukan sepenuh
perhatian kepada hubungan dua hala antara think thanknya (IKD) dengan Asia
Pacific Policy Centre (APPC) pimpinan Douglas H. Paal sebagai badan lobi Anwar
di Amerika Syarikat.
Malah, ketika itu Anwar dan IKD menumpukan perhatian kepada
Filipina (bekas tanah jajahan Amerika) dan Indonesia yang Paul Wolfowitz pernah
menjadi Duta Amerika di negara itu.
Philippines President Fidel V Ramos dan Timbalan Perdana
Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim pada Disember 1994.Program itu
anjuran IKD. Di tengah-tengah foto itu adalah patung Jose Rizal.
Ketika itu pun Anwar lebih cenderung kepada warisan tokoh
Amerika dengan dengan memuja tokoh Kristian Filipina yang telah meninggal dunia bernama Jose Rizal. Keterujaan Anwar kepada perwatakan Jose Rizal mendorong
Anwar menghasilkan buku "The Asian Renaissance"
sumber
sumber
No comments:
Post a Comment