Tuduhan ini amat berat! Memang berat dan tidak patut Anwar
dituduh sedemikian rupa sekiranya tidak dapat dibuktikan!
Persoalannya kenapakah tuduhan demi tuduhan bertalu-talu
hala ke atas badan tubuh Anwar ? Kenapa bertalu-talu ?
Apabila penulis Barat, Mike Billington mempersoalkan hubungan
Anwar dengan Paul Wolfowitz dalam tulisan "Malaysia’s Anwar Ibrahim:
Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back", ruang keraguan makin terbuka...
Keraguan hubungan Anwar dengan tokoh-tokoh Yahudi ini bukan
sahaja di kalangan parti kerajaan malah parti pembangkang sendiri.
PAS turut curagai. PRM juga tertanya-tanya. Hishmudin Rais,
tidak lama dulu pernah menulis kecurigai ini di Malaysiakini. Apatah lagi
blogger-blogger dan rakyat biasa.
Dokumen Anwar dan Wolfowitz penah diuji dalam Pilihanraya
kecil Ijok. Kesannya calon PKR tergolek, meskipun Anwar berkempen
habis-habisan, siang dan malam.
1. Hassan Karim, Presiden PRM mempersoalkankan dalam tulisannya
di Malaysiakini, "Layakkah Anwar Pimpin Reformasi?"
Hassan mempersoalkan "Masih ada golongan yang kurang
selesa dengan Anwar angkara isu-isu seperti yang dibangkitkan oleh anak
Mahathir, Mukhriz, di Dewan Rakyat baru-baru ini iaitu tentang hubungan rapat
Anwar dengan tokoh-tokoh neo-konservatif Amerika seperti Paul Wolfowitz dan
kisah sebuah yayasan yang dipimpin oleh Anwar yang dikatakan sebahagian dananya
diterima dari Jabatan Negara Amerika Syarikat"
Tulisan Hassan ini bukan suara kerajaan, tetapi suara parti
yang ada kaitan dengan Parti Pakatan Rakyat.
Walaupun tulisan Hassan menyatakan beliau tidak mahu
berprasangka, tetapi terdetik juga tanda tanya di lubuk hatinya.
Kalau tidak, sudah tentu tidak akan keluar rencana Hassan
Karim di Malaysiakini itu.
2. Amin Iskandar @ Black juga turut mempersoalkan nada yang
sama dalam artikelnya "Lain Kali Pilih Kawan Betul-Betul"
Kata Black "Orang tua-tua selalu kata, kalau nak
berkawan, kena pilih betul-betul. Ada kebenarannya nasihat ini. Seperti apa yang
berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Isu keakrabannya
dengan Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia yang juga dikatakan sebagai arkitek
perang Anglo-Amerika di Iraq telah memberikan lebih banyak kerugian politik
daripada keuntungan"
Amin Iskandar seolah-olah mengesahkan hubungan akrab Anwar
& Wolfowitz sebagai post mortem kekalahan calon PKR di pilihanraya kecil
Ijok.
Amin Iskandar juga bukan orang luar lingkungan Anwar. Dia
adalah inner circle Anwar"!.
Dia tahu semua rangkaian Anwar di antarabangsa kerana dia
adalah anggota ANFREL (Asia Network for free elections).
ANFREL adalah mata rantai Amerika berpengkalan di Thailand
dan bernoktah di Amerika.
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan melontarkan
idea bagaimanakah untuk menakluk dunia atas nama Demokrasi. Asas idea itu
dibentuk dua intrumen iaitu National Endowment for Democracy (NED) dan
International Republican Institute (IRI).
IRI berpengkalan di Amerika menelurkan ANFREL di Asia dan
MAFREL di Malaysia.
Malek Husin, Presiden MAFREL (Malaysians for free Election)
tanpa segan silu mengaku menerima dana daripada Amerika (IRI) dalam temubualnya
dengan Malaysiakini. IRI sendiri mengaku turut menaja MAFREL!
Maka jelaslah kaitan Amin Iskandar (ANFREL), Malek Husin
(MAFREL), Anwar Ibrahim (NED), semuanya nampak bersimpang siur tetapi bercantum
di Amerika Syarikat.
Jadi jangan main-main dengan kata-kata Amin Iskandar!
3. Penulis Barat, Mike Billington mempersoalkan hubungan
Anwar dengan Paul Wolfowitz. Tulisannya bertajuk "Malaysia’s Anwar
Ibrahim:
4. Blogger bigdogdotcom turut mengulas tulisan Mike
Billington dalam artikelnya "Anwar-Gore : Dance with the wolves" dengan menceritakan sokongan Al Gore (Yahudi), bekas Naib Presiden Amerika ke
atas Anwar Ibrahim di Malaysia.
5. Blogger Rocky's bru pula bersetuju dengan tulisan
bigdogdotcom dengan ulasan pengalamannya sendiri dipengaruhi oleh Anwar, bekas TPM dalam memberi arahan kepada media. Ketika itu Rocky's adalah editor
Business Times.
Kata Rocky's ". I was the editor of Business Times.
During those meetings, Anwar emphasized two things: that we can trust IMF
because "Camdesus is a family friend" (Camdesus was the IMF managing
director, the guy who stood triumphantly behind Suharto after Indonesia
"surrendered" to the IMF during the 1997 financial crisis).."
6. Blogger A M Ubaidah S pula menganalisis benarkah Anwar
agent Yahudi dalam tulisannya bertajuk "Is Anwar Ibrahim A Zionis Agent?"
7. Laman Moon of Alabama bertajuk "Wolfowitz, CIA, Lebanon - Get the picture?" mendedahkan konspirasi Paul Wolfowitz, Anwar
Ibrahim dan Shaha Riza dalam penubuhan Foundation For The Future.
Jadi bukan sahaja Tun Dr Mahathir atau Mukriz yang sangsi
hubungan sulit Anwar dan Yahudi, tetapi semua orang berkata begitu.
Apakah makna semua ini ?
No comments:
Post a Comment