Siapa saja yang mengikuti sandiwara kisah nak bubar Dewan
Undangan Negeri Selangor dimana Tan Sri
Khalid Ibrahim menjadi pelakon utama pasti akan 'naik bengong' dengan telatah
Menteri Besar ini.
Ini kerana sandiwara yang bermula dengan penuh suspence
berakhir dengan anti-climaks.
Nampaknya Khalid kena potong gaji orang yang menulis skrip
sandiwara ini dan jika beliau yang menulisnya sendiri elok sangat hantuk saja
kepalanya ke tembok.
Malu...memang memalukan.Cuba baca betul-betul kenyataan yang
dibuatnya dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang Selasa.
'Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
mengambil keputusan untuk membubarkan
Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada 22 April ini jika Parlimen
masih belum dibubarkan sebelum tarikh itu.' -itulah kesimpulan kata-katanya.
Kalau dari sudut kewartawanan ini masuk kategori 'no story'.
Apa tidaknya bukankah DUN Selangor akan tamat tempoh pada 21
April.
Makanya kalau kerajaan negeri istihar bubar ke tak bubar ia
akan terbubar dengan sendirinya pada 22 April.
Jadi dimana acah dan
gempaknya sebelum ini termasuk sampai sudah memberitahu Sultan Selangor
mengenai hajatnya hendak bubar DUN baru-baru ini.
Khalid Oh Khalid,...sebelumnya pada tahun lalu gempak kata
jika Parlimen dibubar bulan Julai Selangor tidak akan ikut bubar.
Bila Perdana Menteri tidak umum bubar tahun lalu,beliau
sudah tukar cerita pula acah kalau tidak bubar sebelum Chap Goh Meh pada 28
Februari,kerajaan negeri nak buat keputusan bubar awal.
Sandiwaranya berterusan hingga Ahad lalu kononnya Exco
Kerajaan Negeri nak adakan mesyuarat mesyuarat pagi Isnin memutuskanya.
Wartawan tunggu punya tunggu tidak jadi juga.
Kemudian timbul pula kata hari Selasa hendak buat keputusan.
Hasilnya ...pi mai..pi mai..tang tu.
Andaiannya ialah dalam usaha nak tutup malu Khalid pun
cakaplah keputusan nak bubar pada 22 April diambil berikutan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat masih teragak-agak untuk membubarkan
Parlimen.
Kalau nak guna bahasa kasar..dimana letaknya otak Khalid.
Dari segi prinsipnya apa hak Khalid nak desak-desak kerajaan
pusat bubar Parlimen.
Ini kerana mandat kerajaan pusat ada sampai 28 April.
Bukankah sudah termaktub dalam perlembagaan negara ia
menjadi hak mutlak atau perogratif Perdana Menteri menetapkan bila tarikh
hendak bubar parlimen asalnya ia tidak melepasi tarikh tamat tempoh.
Kalau Khalid sendiri Perdana Menteri itu juga kuasa yang ada
padanya.
Dan dipercayai untuk menutup malu lagi,kini Khalid sudha
buka cerita nak ajak negeri-negeri pakatan pembangkang lain, Pulau Pinang,
Kelantan dan Kedah ikut sama bubar pada 22 April.
Ini katanya bagi mewujudkan tekanan agar kerajaan pusat
bubar Parlimen,
DUN Kelantan tamat tempoh pada 28 April manakala DUN Pulau
Pinang 2 Mei dan Kedah pada 5 Mei.
Sekalipun Kelantan,Pulau Pinang dan Kedah terima cadangan
Khalid ia cuma beza enam hari sahaja dengan tarikh tamat tempoh Parlimen yang
mana mahu ke tak mahu Perdana Menteri kena bubar.
Jadi apa istimewanya tarikh 22 April ini selain cuma taktik
nak buah riuh saja.
Lebih memalukan, beberapa jam sebelum itu Penasihat DAP Lim Kit Siang ada membuat
kenyataan di Gelang Patah mengenai isu bubar DUN.
Beliau mencadangkan supaya semua DUN di negeri-negeri di
bawah kerajaan pakatan pembangkangyat dibubar serentak dengan pembubaran
Parlimen untuk kemudahan pengundi.
Katanya selepas merasmikan pusat operasi DAP Gelang Patah
pembubaran serentak adalah untuk tidak menimbulkan kesulitan kepada para
pengundi, kerana pilihan raya dapat dijalankan serentak.
Kit Siang kata, beliau akan menyampaikan pandangannya
mengenai perkara tersebut pada mesyuarat bersama pemimpin pakatan nanti.
Di sini sudah nampak percanggahan pendirian kelangan
pemimpin pakatan pembangkang dalam isu pembubar DUN.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah
berulangkali menyatakan bahawa negerinya akan bubar DUN serentak dengan
kerajaan pusat.- Agendadaily
No comments:
Post a Comment