Thursday, March 28, 2013

Rahsia Disebalik Tregedi Memali Yang Patut Semua Orang Tahu!!

JIHAD BUKAN KEGANASAN
Dari Ibn `Abbas katanya: Rasulullah s.a.w apabila menghantar tenteranya maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kafir dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”.
(Riwayat Ahmad)



Temubual dengan bapa Ibrahim Libya: UMB-TV

Peristiwa Memali telah terpahat dalam sejarah orang-orang Melayu khasnya di negeri Kedah. Selama ini kita hanya disogokkan dengan cerita-cerita palsu Pas.  Ada kemungkinan dikalangan orang-orang kampung Memali  didalangi oleh puak-puak yang mengikut ajaran Syiah?


Video part one dari UMB News. Peritiwa  yang kita tahu selama ini hanya dimomokkan oleh Pas sahaja Sebaliknya fakta yang sebenar disorokkan oleh Pas yang kemungkinan besar didalangi ajaran Syiah. Jika ditonton sepenuhnya video ini, ia seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dikalangan orang-orang kampung Memali seolah-olah telah dirasuk.

Jika mempertimbangkan hal ini dengan cermat, mereka orang-orang kampong harus mengakui bahawa kejadian seperti kaum wanita yang membuat kekecohan itu faham akan risiko yang bakal ditanggung. Kaum wanita dan kanak-kanak sewajarnya tidak diheret dalam tragedi tersebut. Tetapi dalam insiden Memali ini, wanita dan kanak-kanak dijadikan perisai  dibahagian hadapan.

Di dalam video tersebut juga kita dapat melihat dengan jelas pihak polis bertindak dengan tenang untuk menyuraikan orang-orang kampung, namun mereka yang memulakan tindakan agresif serta menganggu pihak polis.

‘Amanat Haji Hadi' yang kononnya mahu menubuhkan negara Islam benar-benar mempengaruhi orang-orang kampong yang didalangi Allayarham Ibrahim Libya. Syahid yang dilaung-laungkan oleh Hadi waktu itu benar-benar menusuk kalbu mereka sehingga bersedia untuk mati syahid.  Namun apakah ‘STATUS”syahid mereka sehingga kini apabila Pas menukar perjuangannya kearah negara kebajikan?

Dalam perjuangan politik Pas sebenarnya tiada pengertian syahid, jihad atau perjuangan Islam yang sebenar.  Ia hanyalah rerotik untuk mendapatkan kuasa sahaja. Putar-belit kerjasama dengan Dap dan akan laksanakan Islam apabila sudah berkuasa hanya TEMBERANG semata. Dimata orang-orang kampong Pas menjerit hudud di sana sini sedangkan apabila bersama Dap, “ hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah”. ~ Klik Sini ~

Dalam menghadapi PRU ke 13 ini, Pas telah mengugurkan hudud dan negara Islam semata-mata untuk bersama Dap. Dimana lagi Islam Pas kalau apa yang diperjuangkan dulu sanggup dibuang atas arahan Dap? 

Lihatlah dunia !!!




No comments:

Post a Comment