Dari awal
lagi, apabila Pakatan Rakyat beria-ia mahukan dakwat kekal digunakan sebagai
bukti pengundi telah mengundi dan enggan menggunakan sistem biometrik kerana
berpendapat sistem biometrik lebih terdedah kepada penipuan, sudah ramai yang
dapat melihat helah sebenar Pakatan Rakyat yang bertujuan untuk melakukan
penipuan bagi memastikan mereka menang dalam PRU13 nanti.
Kami telah
mendapat maklumat, PKR khususnya telah menggerakkan NGO-NGO yang condong kepada
mereka untuk mulai mendekati dan melakukan tipu perdaya terutama terhadap suri
rumah dan golongan wanita.
Dalam tempoh
seminggu dari hari mengundi, dengan menggunakan NGO-NGO pro-Pakatan Rakyat,
mereka akan mula menjelajah taman-taman perumahan dan kampung-kampung, KONONNYA
untuk mengajar kaum ibu cara baru mencalit dakwat di jari.
Perlu
diingat, dakwat tersebut akan cuma hilang dalam masa beberapa hari!
Apabila tiba
hari mengundi, golongan ini akan dihalang daripada membuang undi kerana sudah
terdapat kesan dakwat di jari.
Kekecohan
akan tercetus dan sekali lagi SPR akan dipersalahkan. Apabila keputusan pengundian
diumumkan dan Pakatan Rakyat gagal mendapat kemenangan, jembalang-jembalang
Pakatan akan menghasut orang ramai agar merusuh sekaligus menimbulkan kekacauan
dan pertempuran dengan pihak berkuasa.
Itulah
sebenarnya yang diperlukan oleh Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat sedar, untuk
menang secara adil ADALAH MUSTAHIL sama sekali, apatah lagi dengan senario
semasa dan Pakatan Rakyat sendiri yang merupakan sebuah pakatan longgar yang
kewujudannya hanya untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional, tanpa sebarang
langkah-langkah yang lebih konkrit untuk kebajikan dan kesejahteraan
keseluruhan rakyat Malaysia.
Perhatikanlah
sahajalah apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Dari tahun 2008 sehinggalah
2013, mereka hanya mencipta persepsi, mencipta retorik dan menipu dengan
pelbagai slogan dan kempen. Sedangkan hakikatnya, apabila diberikan kuasa,
HARAM TAK SATU BENDA pun dibuat untuk rakyat sepertimana yang berlaku di
Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor!
No comments:
Post a Comment