Lahad Datu:
“Jamalul Kiram III dan Abgimuddin Kiram tidak layak menuntut Sabah kerana
mereka bukan berdarah sultan.
“Sebaliknya
mereka ini hanyalah pewaris yang berstatus cucu saudara kepada Sultan Jamalul
Kiram II,” tegas pengkaji sejarah dan penulis buku Kesultanan Sulu, Julasri
Hajad, 36, atau Asree Sug.
Menurut
Asree, sejarah menunjukkan Sultan Jamalul Kiram II hanya memiliki seorang anak
perempuan dan seorang adik berlainan ibu, Raja Muda Mawalil Wahid sehinggalah
kemangkatannya pada 1936.
“Raja Muda
memiliki dua anak iaitu Ismail I dan Punjungan. Punjungan pula memiliki tiga
anak iaitu Jamalul Kiram III, Abgimuddin Kiram dan Ismail II.
“Maka,
Jamalul, Abgimuddin dan Ismail adalah cucu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram
II. Mereka ini bukan berdarah sultan sebaliknya hanyalah pewaris,” katanya.
Katanya,
bagaimanapun ketiga-tiga beradik itu menetap di Kepulauan Tawi Tawi kerana ibu
mereka penduduk tempatan di situ berketurunan Bajau Simunul dan berbahasa
Tausuq (Sulu).
“Jamalul
Kiram dan Abgimuddin tidak layak menuntut Sabah kerana mereka tidak memiliki
rakyat tambahan pula sultan sebenar mesti tinggal di Jolo di Kepulauan Sulu,”
katanya.
Menurutnya,
Kesultanan Sulu juga tidak lagi wujud kerana rakyatnya pada 1906 memulaukan
Sultan Jamalul Kiram II yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengenakan
cukai kepala kepada penduduk.
“Sekitar
1906 sehingga 1915, Sultan Sulu membenarkan Amerika membunuh kira-kira 5,000
penduduk di Bud (gunung) Bagsak dan Bud Dahu yang menyerang tentera mereka.
“Selepas
kemangkatan Sultan Sulu, masyarakat Sulu tidak menerima mana-mana lagi sultan
sehingga sekarang,” katanya menegaskan dakwaan pengganas bahawa mereka
Kesultanan Sulu sebagai tidak memahami sejarah. Kata Asree, dalang pencerobohan
itu dilakukan anasir luar dan difahamkan Jamalul Kiram III hanya menumpang isu
pencerobohan itu untuk meraih publisiti selepas difahamkan bakal bertanding
pilihan raya di Filipina.
“Pengamatan
mendapati ini (pencerobohan) taktik Jamalul Kiram,” katanya.
No comments:
Post a Comment