Thursday, March 14, 2013

NAJIB JUMPA AGONG BUBAR PARLIMEN?


Tepat jam 12.20 tengah hari PM Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat keluar dari Istana setelah menghadap DYMM YDPA sekaligus spekulasi bertiup kencang vahawa dalam tempoh terdekat ini Najib akan membubarkan parlimen untuk membolehkan PRU 13 diadakan.


Najib adalah satu-satunya PM yang dicap oleh pembangkang sebagai PM yang tidak dipilih oleh rakyat kerana menjadi PM setelah Tun Abdullah melepaskan jawatan itu ekoran pencapaian teruk UMNO dan BN dalam PRU 12 pada 2008.

Twitter Berita Harian dengan sepotong gambar menunjukkan kereta rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan Istana Negara telah mencetus khabar angin bahawa Parlimen akan dibubar hari ini.

Berita Harian memuat naik mesej Twitter : “Kelihatan kenderaan rasmi Perdana Menteri keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.”

Mesej itu dimuat naik pada 11.29 pagi tadi.

Sejurus kemudian, akaun Twitter Berita Harian dihujani berdozen-dozen mesej respons, kebanyakannya membuat spekulasi tentang pembubaran Parlimen.

Bagaimanapun, seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri memberitahu ABN News ia adalah satu kebiasaan bagi Perdana Menteri mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet diadakan.

No comments:

Post a Comment