Thursday, March 14, 2013

Siapa Sebenarnya Brigadier Jeneral Dato' Abdul Hadi Abdul Khatab TUDM (Bersara) - Siri 2



Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab 'Tidak Dibenarkan Menggunakan Gelaran Pangkat Brigadier Jeneral TUDM’ yang disandang selepas bersara daripada perkhidmatan berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT). 

Perintah ini agak jarang berlaku melainkan seseorang Pegawai Kanan mempunyai masalah besar di mana tindakan pegawai berkaitan sebelum ini telah mencemarkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Setelah diperhalusi, sememangnya tepat tindakan Majlis Angkatan Tentera (MAT) berbuat demikian kerana Dato’ Abdul Hadi seorang Pemerintah yang telah diamanahkan oleh ATM dan dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan pangkalan termasuk 2 buah enjin pesawat TUDM yang dilaporkan hilang. 

Beliau juga telah banyak mengambil ‘keuntungan peribadi’ daripada pelbagai transaksi pembelian peralatan dan senggaraan TUDM. Akan tetapi…….beliau terlepas daripada sebarang dakwaan pihak ATM kerana kekurangan bukti kukuh. Apapun Allah SWT jua yang Maha Mengetahui……….!!! Dato’ Abdul Hadi memang terkenal dengan sifat ‘berdendam’ dan ‘bijak memutarbelitkan’ sesuatu perkara, apatah lagi jika ianya membawa keuntungan peribadi terutama berbentuk wang tunai. Kini beliau mempunyai ruang terbuka luas untuk mengumpul dana setelah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan PKR. 

Barulah kena…… ‘buku dengan ruas’!! Yang sedih lagi mengecewakan……Dato’ Abdul Hadi sanggup melemparkan pelbagai tohmahan terhadap ATM dan Kerajaan, hanya untuk mencapai impiannya menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak. Namun, ianya tidak pelik kerana beliau sanggup berbuat apa saja demi memenuhi cita-cita peribadinya. 

Jika kemudian hari PKR tidak dapat memberi keuntungan kepadanya, beliau akan ‘menggigit kembali tangan yang menyuapnya’ malah mungkin akan bersikap lebih dasyat lagi…….pembohongan yang melampau! Awas PKR….!!, rahsia keselamatan PKR kini dikawal sepenuhnya oleh seorang yang ‘tidak berpendirian’ bagaikan ‘lalang menanti tiupan angin’. Beliau mudah beralih sokongan dengan syarat mendapat keuntungan lebih. Enough is enough……..!!! Insaflah dan kembali ke jalan yang benar adalah lebih afdal daripada terus memfitnah dan menjadi pembohong melampau.

sumber

1 comment:

  1. Kamu cari lah bukti yang benar dari menyabarkan fitnah kerana akibat nya yang kamu sendiri akan menanggung kalau tidak kamu maka generasi keturunan kamu pasti mendapat balasan.
    Cari kebenaran dan tegak kan keadilan atau lihat apa yang berlaku kepada Azizan Arifin yang bongkak semasa menjadi PTU dan salah guna kuasa. Takut lah ALLAH.

    ReplyDelete