Pakatan Al Gore dan Anwar Ibrahim serang Malaysia
Oleh Michael Billington
Kepada sesiapa yang biasa dengan sejarah perkauman Al Gore,
anti-pembangunan, dasar imperialis terhadap negara membangun, ia bukan satu
kejutan untuk melihat dia berkempen menentang “ancaman” kepanasan global yang
dibuat-buat yang didakwa berpunca daripada proses pengindustrian.
Kebenciannya terhadap mana-mana negara membangun yang enggan
mengikuti arahan daripada pembiaya Anglo-Dutch, “Washington Consensus” adalah
bukti khusus dalam kes Malaysia. Pakatan Al Gore dan Anwar Ibrahim serang
Malaysia.
Executive Intelligence Review (EIR) baru-baru ini telah
mendapat laporan bahawa Gore sekali lagi mengganggu hubungan dalaman Malaysia,
berkonspirasi sekali lagi dengan Anwar Ibrahim (“aset yang dikongsi bersama”
oleh Gore dan Paul Wolfowitz) untuk menurunkan majoriti parti di Malaysia dan
mengambil alih kuasa, mewakili penaja kolonialnya.
Di sini merupakan tinjauan semula secara ringkas sumbangan
jahat Gore yang lepas di Malaysia :
Pada November 1998, Presiden Clinton tidak dapat menghadiri
mesyuarat penting Asia Pacific Economic Cooperation forum (APEC) atau Forum Kerjasama
Asia Pasifik, kerana krisis ketenteraan di Balkan (yang mana telah dimulakan
oleh Naib Presiden Al Gore dan rakannya, diplomat dan pemilik bank pelaburan
Richard Holbrooke). Clinton telah menghantar Gore mengganti tempatnya untuk
mewakili Amerika Syarikat. Dua bulan sebelum itu, Perdana Menteri Malaysia
Mahathir bin Mohamad telah melaksanakan kawalan mata wang dan kadar mata wang
tetap, untuk melawan serangan mata wang Asia oleh rakan spekulator yang
melindungi nilai wang.
Clinton telah mempertimbangkan cadangan kawalan itu dengan
merujuk sebagai “reka bentuk kewangan antarabangsa baru,” yang akan melihat
Malaysia bergerak ke arah kawalan mata wang sebagai model yang berpotensi bagi
negara membangun untuk melindungi diri mereka dalam kerangka kewangan baru.
Bagaimanapun, dalam usaha membina hubungan di antara Amerika
Syarikat dan Malaysia, Gore melancarkan satu serangan terbuka terhadap Perdana
Menteri Mahathir, serta membela bekas Menteri Kewangan yang dipecat iaitu Anwar
Ibrahim, yang sebelum ini telah mempertahankan syarat-sayarat yang diberikan
oleh IMF dan menolak kawalan dasar-dasar Mahathir.
Sebagai Menteri Kewangan (dan Timbalan Perdana Menteri),
Anwar telah melaksanakan “dasar kesederhanaan IMF tanpa IMF,” sebelum Mahathir
memecatnya.
‘Kita perlu membakarnya’
Gore merupakan penceramah jemputan forum APEC pada 16
November, berkongsi pentas dengan Mahathir. Di luar pusat persidangan, penganut
fahaman anarki (demonstrasi) yang menyokong Anwar merusuh di jalanan, menyeru
untuk menggulingkan kerajaan. Mendakwa Malaysia tidak dapat mempertahankan
keselamatannya, Gore mendesak pengurusan hotel menutup penghawa dingin ,
dikatakan untuk menghalang musuhnya meletakkan racun dalam sistem aliran
penghawa dingin itu.
Kemudian,di hadapan hadirin yang sedang berpeluh, Gore
menghasut penganut fahaman anarki: “Demokrasi dapat memberikan tanda
pengesahan bahawa perubahan perlu dalam usaha untuk menjadi efektif, jadi di
kalangan negara yang terjejas oleh krisis ekonomi, kami secara berterusan untuk
mendengar seruan untuk demokrasi, seruan untuk perubahan dalam banyak bahasa.
Kuasa rakyat. Reformasi. Kita mendengarnya pada hari ini, di sini, sekarang, di
kalangan rakyat Malaysia yang berani.”
Menteri Perdagangan Rafidah Aziz menamakannya “ucapan yang
paling jijik yang saya dengar dalam hidup saya,” sementara Menteri Luar
Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Perdana Menteri) berkata : Malaysia mendapati
perbuatan menghasut oleh kerajaan Amerika untuk tidak mengikut undang-undang
untuk menggunakan cara yang tidak demokratik dalam usaha untuk menggulingkan
kerajaan yang dipilih secara berperlembagaan, menjadi kebencian ramai. Rakyat
Malaysia tidak senang dengan leteran kepura-puraan daripada mana-mana pihak
asing, khususnya Amerika Syarikat yang diketahui sangat komited dalam
pencabulan melampau hak asasi manusia.”
Dr. Mahathir lebih berterus-terang : “Kita perlu bakar dia.
Al Gore tidak sayang kepada Malaysia dan juga rakyatnya. Al Gore dan
kerajaannya hanya mahu memanipulasi dan mengawal negara kita.”
Gore tidak meminta maaf, tetapi memberitahu Perdana Menteri
Rusia, Yevgeni Primakov (sasaran Gore yang lain untuk “pertukaran rejim”), “Ini
adalah mesej rakyat Amerika, dan saya bangga untuk menyampaikannya di sini dan
ke mana sahaja saya pergi. Bergerak ke arah abad ke-21 dengan ekonomi yang
kukuh benar-benar memerlukan demokrasi dan kerajaan sendiri.”
Rakan-rakanya cuba menyelamatkan Anwar
Dua hari selepas kecaman Gore 1998 di Kuala Lumpur, Asian
Wall Street Journal memberi ruang kepada Anwar Ibrahim dalam muka surat
editornya, untuk Anwar menunjukkan kesetiaan kepada IMF dan dasar penjajah :
Tulis Anwar, “Selain menuding jari kepada spekulator dan
menyalahkan ‘desakan yang tidak realistik’ yang diatur oleh agensi antarabangsa
yang bertidak sebagai peminjam yang merupakan usaha terakhir, pertama sekali
negara- negara Asia perlu meletakkan parlimen mereka dalam kawalan. Negara-
Negara Asia perlu menamatkan “rancangan yang bercita-cita besar untuk projek
ganjil,” menyatakan komitmen mereka “untuk membersihkan rasuah dan nepotisme,”
menamatkan jurang tarif dan membasmi subsidi, monopoli dan pilih
kasih...Terlalu banyak kepentingan menjadi taruhan. Melainkan angin kencang
kemusnahan kreatif dilepaskan terhadap aktiviti korporat yang parasit dan
meminta sewa [sebagai contoh industri nasional], ekonomi Asia tidak lagi akan
mencapai perkembangan seperti sebelumnya.”
Maksudnya sangat jelas; “perkembangan seperti sebelumnya”
semasa era penjajahan, dengan penjajah menyediakan bahan mentah dan kos buruh
yang murah, tetapi penjajah tiada “rancangan yang bercita-cita besar untuk
projek ganjil” dalam kepentingan mereka sendiri.
Beberapa minggu kemudian, spekulator George Soros menyatakan
kembali sokongannya kepada Anwar dalam satu ucapan di Universiti Johns Hopkins,
meminta supaya Anwar dibebaskan, serta menyalahkan Dr. Mahathir kerana membantu
“kroninya” dengan membelanjakan ekonomi: “Jadi saya fikir apa yang perlu
berlaku, adalah, dia (Dr Mahathir) perlu disingkirkan daripada kuasa,” kata
George Soros.
Spekulator matawang, George Soros bersama Tian Cua, Ketua
Penerangan PKR
Pada Ogos 2004, apabila Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan
rasuah dan liwat selepas 14 bulan perbicaraan, rakannya Al Gore, pada masa itu
dalam bahang kempen Presiden melawan George W. Bush, mengambil masanya untuk
bersuara lantang tentang kedaulatan undang-undang di Malaysia :“Saya amat
terganggu dengan keputusan yang diumumkan di Malaysia dalam kes Timbalan
Perdana Menteri Anwar Ibrahim.... Perbicaraan yang diadakan dipaksa untuk
mempertahankan standard keadilan antarabangsa yang olok-olok.”
Rakan-Rakan Anwar di Washington
Apabila Anwar dibebaskan daripada penjara pada 2004, dia
disambut oleh dua sekutu rapat di Barat, Al Gore dan Paul Wolfowitz.
Paul Wolfowitz ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan
Amerika menghabiskan masa tiga jam melawat Anwar di Munich. Banyak benda yang
dibincangkan antara mereka berdua yang mengakibatkan selepas itu Anwar telah
berhijrah dan bermastautin di Amerika selama dua tahun (2005-2007)
Barangkali Wolfowitz, pada ketika itu sedang melaksanakan
versi tentera “penukaran rejim” di Iraq, telah mengaturkan Anwar untuk
mendapatkan jawatan di Johns Hopkins University School for Advanced
International Studies (SAIS) di mana Wolfowitz pernah menjadi dekan di SAIS
universiti itu.
2005 : Anwar melawat Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha
Pertahanan Amerika di Pentagon (Pusat pentadbiran CIA). Pentagon merupakan
tempat kawalan larangan untuk orang awam khususnya Muslim yang datang dari
negara Islam
Anwar juga telah mendapat jawatan di St. Anthony’s College,
Oxford, England, ketika dia bertemu Gore, pada masa itu sedang melaksanakan
perlindungan nilai kewangan di London, di bawah Generation Investment
Management.
Anwar juga telah menghabiskan masa dengan rakan lamanya
daripada oligarki (sekumpulan kecil orang yang berkuasa dalam pentadbiran)
British, Chris Patten, bekas gabenor tertinggi Hong Kong, dan Gordon Brown,
Perdana Menteri sekarang.
Kemudian Anwar kembali ke Washington, beliau mendapat
jawatan yang menguntungkan antara lain, bekerja untuk Wolfowitz di Bank Dunia,
mengenakan syarat terhadap negara membangun yang menolak bentuk “demokrasinya”
yang telah rosak. Dia juga terlibat dalam sebuah projek yang dipromosikan oleh
Dick Cheney dan anak perempuannya, Liz Cheney, iaitu satu kegiatan yang
bertujuan untuk melemahkan, meruntuhkan atau menggulingkan sistem pemerintahan
sedia ada di dunia Arab yang dinamakan Foundation for the Future .
Apabila Wolfowitz perlu mencari tempat untuk menghantar
teman wanitanya (Shaha Ali Riza), disebabkan potensi konflik kepentingan di
Bank Dunia, Anwar menerimanya dengan tangan terbuka, mengalihkan hala tuju
“anti-rasuahnya” ke arah yang lain apabila Wolfowitz mengaturkannya untuk
membayar Shaha Ali Riza dengan gaji yang banyak tanpa cukai atas nama Bank
Dunia. Wolfowitz tidak lama kemudian disingkirkan daripada jawatannya kerana
kelakuan hipokrit itu, walaupun wakil daripada negara membangun di Bank Dunia
mempunyai sebab yang lain yang lebih serius untuk membuangnya keluar dari Bank
Dunia.
Pada Februari 2006, Gore berkongsi pentas dengan Anwar di
Jeddah Economic Forum, Arab Saudi. Gore berkongsi kedudukan dengan rakyat
Malaysia yang lain pada 2007 : dia dan Dr. Mahathir dicalonkan untuk Hadiah
Nobel Keamanan. Walaupun Gore menang, untuk cerita-cerita bohong genosid dalam
filemnya, “An Inconvenient Truth”, Gore telah melaksanakan “Keamanan untuk
Kubur” kepada berjuta-juta orang miskin di dunia.
Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat sedang berkata
sesuatu kepada Anwar Ibrahim sambil diperhatikan oleh Ali Al Kamali (Pengarah
Urusan Datamatix) dan Mary Robinson, bekas Perdana Menteri Ireland 1990-1997).
Gambar di atas dirakam pada 18 Nov 2006 di Bustan Al-Arab Hotel Dubai, ketika
Al Gore merasmikan majlis penyampaian Anugerah Middle East “3rd Banking
Excellent Award” anjuran Datamatix, badan pemikir Amerika di Timur Tengah.
Ketiga-tiga mereka adalah anak buah Al Gore, mewakili Dubai, Malaysia dan
Ireland.
Anwar Ibrahim kembali dalam politik sekarang. Dia telah
menyatukan semua pembangkang dalam satu pakatan di bawahnya, dengan parti
fundamental Islam dan parti kaum yang mewakili pecahan minoriti Cina dan India,
yang enggan bekerja sama dengan pakatan kerajaan. Walaupun parti- parti ini
memenangi dua pertiga daripada kerusi parlimen, yang lebih daripada apa yang
dimenangi oleh pembangkang dalam pilihan raya sebelum ini, Anwar telah bercakap
besar bahawa dia boleh “memujuk” beberapa Ahli Parlimen untuk beralih pihak.
Adakah Al Gore, fasis hijau yang merupakan sebahagian
daripada pujukan itu?
AIDC menterjemah artikel tulisan Michael Billington, dari
Executive Intelligence Review (EIR) bertajuk "Gore’s Racist Assault
Against Malaysia".
Artikel lain yang berkaitan :
1. Anwar-Ibrahim-Malaysia-Pisau Milik Wolfowitz di Belakang
Negara Asia
2. Tokoh Amerika : Anwar Ibrahim dan Al Gore
3. Bukan Setakat Condoleeza Rice..Al Gore Pun Sokong Anwar
4. Rahsia Tugasan Anwar - Resolusi Pertemuan Sulit Anwar dan
Wolfwitz di Munich
~ sumber ~
No comments:
Post a Comment