Wednesday, March 27, 2013

Jika PM Tidak Sah Maka Semua KM Dan MB Tidak Sah

spr


Semenjak 8 Mac 2013 yang lepas banyak pihak terutamanya dari sebelah kem pembangkang menyebarkan cerita bahawa kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia yang ada sekarang adalah haram. Ini kerana pada tarikh berkenaan telah genap lima tahun dari tarikh PRU ke 12 yang diadakan pada 8 Mac 2008.

Pada Ahad satu sesi dialog telah diadakan antara SPR dan pengamal media baru di Shah Alam mengenai persiapan PRU ke 13 yang akan diadakan pada bila-bila dari sekarang.

Dalam dialog berkenaan banyak perkara yang dibincangkan termasuklah mengenai daftar pemilih , pengundi luar negara, pengundi awal , kuasa SPR , penggunaan dakwat kekal dan sebagainya lagi.

Kepada soalan tentang kerajaan yang ada sekarang telah tamat tempoh seperti yang diperkatakan , Pengerusi SPR , Tan Sri Aziz telah menyatakan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang sah kerana penggal pemerintahannya akan berakhir pada 28 April.

Ini kerana perkiraan tempoh lima tahun sesebuah kerajaan baik di peringkat pusat atau negeri dikira bermula dari hari persidangan pertama Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

“Jika Perdana Menteri tidak sah maknanya semua Ketua Menteri dan Menteri Besar yang lain tidak sah” , ujar Tan Sri Aziz.

Video berkaitan boleh dilihat di sini

~sumbernya ~


No comments:

Post a Comment