Wednesday, March 27, 2013

PKR samakan diri dengan Nabi Yusuf, Maryam


 


Shah Alam: Parti Keadilan Rakyat hari ini membandingkan pimpinan parti itu kepada Nabi Yusuf dan tokoh-tokoh terbilang Islam yang difitnah dengan tuduhan salah laku seks.

Dalam cubaan terbaru untuk mematikan serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas satu lagi video seks mula diedarkan menerusi blog-blog tertentu, ibu pejabat PKR mendakwa lebih banyak video seks fitnah akan “didedahkan” membabitkan pemimpin PKR yang lain.

“Kita mendapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa beberapa video palsu seks beberapa orang pemimpin lain PKR akan diterbitkan,” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution. 

“Video-video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin berkenaan terbabit dalam salahlaku seks,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Saifuddin bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong hujah bahawa video yang dimaksudkan adalah manipulasi imej digital.

Menurut Saifuddin, antara pemimpin PKR yang didakwa akan menjadi sasaran video seks selain Anwar, adalah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah.
 
“Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA semuanya diuji dengan dakwaan seksual. Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah,” kata beliau.
 
“Kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik UMNO yang terdesak, jijik dan keterlaluan,’ tambah Saifuddin.



Sejak beberapa hari lalu, ibu pejabat PKR mengadakan sidang akhbar untuk melempar pelbagai tuduhan terhadap blogger Papagomo selepas blog itu menunjukkan sedutan video membabitkan aksi seorang lelaki mirip Anwar.

Menurut Papagomo, rakaman penuh video itu akan menunjukkan lelaki berkenaan meliwat seorang  mahasiswa dari Sabah yang kemudian diberikan upah RM300.

Anwar sudah pun menfailkan saman RM100 juta terhadap Papagomo namun blogger itu bertegas mendedahkan video berkenaan.

Anwar dan pimpinan PKR sebelum ini menolak video-video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu sebagai fitnah jahat Umno.

Pada tahun 2011, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengenakan denda terhadap tiga orang termasuk Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik kerana menayangkan sebuah video seks kepada orang ramai.

Ketiga-tiga tertuduh itu mendakwa pelaku seks dengan pelacur Cina dalam video itu adalah Anwar.

Pada sidang mahkamah itu, dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengemukakan laporan bahawa rakaman video itu adalah tulen iaitu tidak ada sebarang “tampering” (diubah-ubah) dan “super impose” (pertindihan imej) dilakukan.

Dua pakar yang memberikan perakuan itu adalah Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire,

Manakala pakatan haram bernakhodakan pengamal LGBT, maka mereka meletakkan perjuangan LGBT sebagai asas utama  dengan itu rakyat cuba ditanamkan dengan idea bahawa “it’s ok PM LGBT” sedangkan LGBT dilaknati Allah BOLEH DISAMAKAN DENGAN NABI YUSUF AS, MARYAM AS DAN AISHAH RA???

LU PIKIR PIKIR LAH SENDIRI SAIFUDDIN!!!


No comments:

Post a Comment