Sudah acap kali khalayak di dendangkan dengan propaganda
pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak takut
untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang dengan kekuatan PR.
Propaganda sedemikian sedikit sebanyak termakan juga oleh
sesetengah penyokong PR menyebabkan mereka lupa bahawa empat buah negeri yang
dikuasai PR iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang hingga sekarang
belum ada satu pun yang di bubarkan.
Walhal, jika PR merasakan PM takut membubarkan Parlimen,
logiknya PR yang kelihatan seperti sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihan
raya patutnya sejak berbulan-bulan lalu sudah mengambil inisiatif sendiri
segera membubarkan DUN di semua negeri PR, bukan begitu?
Bagi BN pula, soal bila Parlimen akan dibubarkan tidak
pernah menjadi isu apatah lagi untuk dipropagandakan.
Jika 6 bulan lepas atau sebulan lalu mahupun esok atau lusa
Parlimen dibubarkan, berdasarkan kaji selidik dan trend sokongan rakyat kepada
BN, tiada masalah untuk BN mendapat hampir 2/3 kerusi Parlimen atau lebih
sedikit.
Tapi disebabkan tumpuan utama tetap fokus untuk bekerja
untuk rakyat, selagi masa masih berbaki selagi itu kerja buat dan jasa bakti
terus dilaksanakan. Lagi semakin lama PR berteka-teki lebih bagus untuk BN
sementelah di waktu kritikal ini makin ramai pemimpin PR yang pancit sebelum
wisel permulaan ditiupkan.
Hakikatnya, tujuan sebenar PR menghambur celaan, sindiran
dan propaganda mengenai isu pembubaran Parlimen tujuannya sekadar untuk
mewujudkan persepsi kononnya PR benar-benar kuat. Dengan demikian, masalah
pertelingkahan sesama sendiri dalam PR akan terkalih dari perhatian umum.
Menariknya di sebalik propaganda itu semua, ada sumber
dalaman PR memberitahu semua keempat-empat negeri yang diperintah oleh gabungan
tidak berdaftar itu telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan DUN hanya
selepas Parlimen dibubarkan.
Tarikh yang telah mereka sepakati ialah 22 April 2013.
Persoalannya kenapa 22 April 2013, mengapa tidak dua tiga bulan lalu atau
sebelum bulan Mac 2013 berakhir?
No comments:
Post a Comment