Tidak lama dahulu blog-blog pro-kerajaan ada mendedahkan
strategi pilihanraya Pakatan Rakyat yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti
tersebut.
Jika ada pembaca yang masih ingat, antara strategi utama PR
menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan
menggambarkan beliau sebagai boros, sombong dan buruk tingkahlaku.
Nampaknya, walaupun strategi tersebut telah pun bocor, PR
tetap menggunapakainya kerana ketandusan isu yang ‘valid’ untuk menyerang
kerajaan.
Maka, Rosmah pun dijadikan isu utama oleh media-media
pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu.
Baru-baru ini akhbar Suara Keadilan sekali lagi mengitar
semula pembohongan kononnya Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan
menggunakan wang rakyat.
Tidak serik apabila terkantoi dengan tuduhan cincin RM24
juta yang sebenarnya dibawa ke Malaysia untuk pameran, kini PR menurunkan pula
harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi sebuah jam tangan Rosmah dan RM500,000
bagi sepasang subang beliau, seperti yang tertera dengan tulisan besar di muka
belakang Suara Keadilan.
Yang peliknya, di muka 31 akhbar tersebut faktanya terbalik
pula di mana ia menyebut, “Rosmah
dilapor memakai subang bernilai RM2.5 juta dan jam tangannya dianggar bernilai
antara RM350,000 hingga RM500,000.”
Lebih pelik lagi apabila di dalam media alternatif PR, hanya
jam tangan yang dipertikai iaitu berharga RM350,000 dan kisah mengenai subang
tidak pula digembar-gemburkan.
Kecelaruan fakta ini saja sudah cukup menunjukkan bahawa
kisah ini sengaja diada-adakan mengikut ‘sedap rasa’ si penulis.
Entah kenapa kisah mengenai subang kurang dimainkan
berbanding jam. Mungkinkah kerana
menyedari bahawa kisah mengenai subang akan menyebabkan mereka terkantoi lagi
sekali...?
Jika takut kisah subang terkantoi kerana ia tidak benar,
maka kisah mengenai jam juga sama kerana Datin Seri Rosmah tidak pernah
berbelanja sedemikian besar hanya untuk sebuah jam. Tetapi beliau ada mengakui ada menerima
hadiah jam tangan mewah dari pihak tertentu dalam salah satu lawatan beliau ke
luar negara, sepertimana kelaziman seorang VIP.
Ini tidak seharusnya menjadi isu kerana seorang bekas
banduan seperti Anwar Ibrahim juga pernah mengakui menerima hadiah jam tangan
Omega dari pihak tertentu.
Desakan PR agar Rosmah mengisytihar harta amatlah melucukan
kerana pemimpin PR sendiri enggan mengisytihar harta walaupun diselubungi
persoalan dari rakyat tentang dari mana datangnya kereta Ferrari Azmin Ali atau
wang untuk Anwar dan keluarga keluar negara beribu-ribu kali setahun?
Jika setiap perbelanjaan isteri PM ini dikatakan ditanggung
oleh kerajaan atau rakyat maka bagaimana pula dengan perbelanjaan pemimpin PR
tersebut....? Apakah mereka selama ini
bermewah atas wang kerajaan atau rakyat Selangor...? Atau wang Soros...? atau wang Yahudi...?
Tidak seperti perbelanjaan rasmi Datin Seri Rosmah yang
terikat kepada peraturan dan kelulusan kabinet,
perbelanjaan pemimpin PR tidak terikat kepada apa-apa peraturan atau
kelulusan. Oleh itu, adalah mustahil
bagi Datin Seri Rosmah untuk ‘mencekau’ wang kerajaan atau wang rakyat untuk
perbelanjaan peribadi, tetapi sebaliknya pemimpin PR tidak mustahil berbuat
demikian.
Malah, PR juga tidak pernah menyembunyikannya dan langsung
tidak merasa bersalah menggunakan wang rakyat Selangor untuk membayar kos
guaman pemimpin mereka yang bersifat peribadi.
Untuk ini, kita tidak pasti apa yang tertulis di dalam laporan audit
kerajaan Selangor bagi kos guaman peribadi tersebut, tetapi yang pastinya ia
telah diumumkan sendiri oleh Menteri Besar.
Dengan itu, tidak usahlah PR terus cuba memburuk-burukkan
Rosmah dengan cuba menyamakan beliau dengan Imelda Marcos atau mana-mana isteri
Ketua Negara yang boros. Sesungguhnya,
BN mengurustadbir kewangan negara dengan professional dan tiada sesiapa dari
mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan isteri yang boleh
menggunapakai wang negara sesuka hati.
BN tidak pernah mengurustadbir negara cara PR iaitu
mencampuradukkan peribadi, politik dan kerajaan negeri. Buktinya, ekonomi negara berada dalam keadaan
kukuh dan berkembang dengan selesa.
Tidak mungkin rekod ekonomi negara ini begitu baik jika benar kewangan
negara tidak diurus dengan baik.
Justeru, strategi memburukkan Datin Seri Rosmah sebagai
boros dan menghabiskan wang rakyat adalah strategi bodoh. Strategi ini hanya
menyerlahkan betapa BN telah berkhidmat dengan cemerlang sehinggakan PR
ketandusan isu untuk menyerang dan terpaksa merekacipta isu yang tidak
signifikan bagi menghadapi Pilihanraya.
No comments:
Post a Comment