Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak
memberi isyarat yang cukup jelas bahawa tidak ada ruang bagi pembelot di dalam
BN. Isnin ini pemimpin ibarat `Musang berbulu ayam' itu akan menerima surat
pemecatan mereka.
Tindakan tegas Najib itu pastinya memerangkap Naib Ketua
Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen
Kuala Kangsar dan mengumumkan meletakkan semua jawatannya di dalam parti.
Kamilia meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Wanita
UMNO Kuala Kangsar.
Ketika Najib duduk untuk menikmati jamuan tengah hari
bersama-sama jentera BN Parlimen Pekan di perkarangan rumah pusaka peninggalan
bapanya, dia memang kelihatan sugul. Beliau mungkin menjangka terdapat protes
di kalangan pemimpin BN berikutan beberapa pemimpin lama yang digugurkan
daripada bertanding pada pilihan raya kali ini. Mungkin beliau tidak menyangka
ada yang senekad itu.
Najib berkali-kali menyebut mereka yang tidak terpilih
supaya tidak merajuk terlalu lama, kerana ini bukan bermakna sumbangan mereka
tidak dihargai atau mereka dianggap sebagai gagal menunaikan tugas.
Sebaliknya ia hanyalah semata-mata untuk memenuhi kehendak
rakyat yang mahukan majoriti muka baru di dalam saf kepimpinan parti yang
memerintah itu.
Selaku pemimpin yang membawa transformasi sama ada di dalam
bidang ekonomi dan politik negara, dengan rakyat didahulukan, Najib memang
mengotakan janjinya untuk menerajui era baru di dalam UMNO dan BN
keseluruhannya.
Kamilia sepatutnya tidak mendengar bisikan-bisikan
"jahat" yang mahukan dia mengkhianati parti yang selama ini
meletakkan beliau di puncak dan menikmati segala kesenangan daripadanya atau
memang beliau seorang `Musang berbulu ayam' yang selama ini memang tidak ikhlas
berjuang di dalam parti dan pada bila-bila masa akan menunjukkan wajahnya yang
sebenarnya. Wajah tamak serta mabukkan kuasa.
Tidak menjadi calon bukan bermakna masa hadapan menjadi
gelap, Najib sendiri memberitahu beliau cukup menghargai pengorbanan yang
diberikan oleh para pemimpin lama dan mereka tidak akan diabaikan.
Najib telah menggariskan misi yang jelas pada pilihan raya
kali ini iaitu untuk menang dengan majoriti lebih besar iaitu dua pertiga bagi
membentuk kerajaan yang kuat. Apabila BN kembali berkuasa dengan lebih kuatn
dan lebih banyak orang dapat dibantu.
Memang wajarlah BN menyingkirkan seorang dua pemimpin yang
begitu mementingkan diri sendiri daripada dia menyebabkan seluruh parti ditimpa
bencana.
Baca seterusnya :sini
No comments:
Post a Comment