http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2484#71746
anwar ibrahim sekali lagi menjadi bahan tulisan gap. bukan
kerana dia merupakan tokoh badut negara yang perlu dipromosikan dalam blog
sebagai senarai badut2 yang akan menyambut pelawat di zoo negara nanti,cuma
pada waktu ini...saat ini dia sedang terhimpit dengan permainan 'political animal'
nya sendiri. anwar mencipta banyak musuh dan kali ini musuhnya tidak lain tidak
bukan ialah bangsa melayu. hanya 8 bulan sahaja anwar perlukan untuk
menghancurkan satu persatu hak melayu, hak islam. segala agenda yang
memungkinkan pegkhianat ini mencapai matlamat politiknya pasti akan dilakukan.
bermula dengan penghapusan DEB,perhimpunan black 14 yang
menetapkan konsensus menghapuskan ketuanan melayu diganti dengan ketuanan
rakyat antara isu pemula kekurang ajaran bangsa lain terhadap islam dan melayu.
kit siang diajar biadap oleh anwar dalam isu pemilihan mb perak,karpal diajar
kurang ajar oleh anwar kepada tengku mahkota sultan kelantan,bar council
bermaharajalela bila anwar condong pada mereka dan berterusanlah penghinaan
demi penghinaan hinggalah.....pada kongres tahunan PKR baru2 ini..
anwar ibrahim mengistiharkan dirinya kini hang tuah ! USUL
MENGEMBALIKAN IMUNITI RAJA DICANANG..setelah puas menghina,menggadai segala hak
melayu kini anwar berpusing 360 darjah..kini akulah pahlawan melayu bisik hati
anwar. maka bertepuk sakanlah segala sakai2 melayu pakatan rakyat gembira
dilihat sebagai hang tuah yang taat pada rajanya! gap ketawa sekali lagi
melihatkan melayu pakatan ditipu..sesudah 16 sept tidak berhasil anwar
'mencipta' satu lagi isu bagi mengikat melayu pakatan dan pas untuk terus setia
bersama anwar !
DISINI IANYA BERMULA.KRISIS 1983 (PINDAAN PERLEMBAGAAN)
sebelum gap pergi lebih jauh menghentam anwar , maka
sewajarnya kita membuat satu perjalanan semula sejarah krisis antara raja-raja
melayu dan pemerintah. memang agak berat untuk menghuraikan semula satu persatu
krisis pahit ini namun atas dasar sabdaan nabi saw yang menyebut 'berkatalah
yang benar walaupun pahit' maka gap huraikan kronologi peristiwa2 penting ini
demi kebaikan semua pihak.
krisis raja2 dan pemerintah bermula sejak di zaman tunku
abdul rahman lagi.waktu itu ia dibawah pemerintahan kerajaan perikatan.ia
bermula dengan perselisihan pendapat di antara tunku dengan almarhum sultan
selangor pada tahun 1963. isunya tentang hak tanah seluas 10 ekar di jalan
duta.dalam surat perjanjian diantara kerajaan perikatan dengan sultan selangor
ada disebut bahawa sultan selangor tidak boleh menyewakan dan menjual hartanah
tersebut pada bila2 masa. sultan selangor menyatakan bantahan ke atas
perjanjian tersebut atas justifikasi bahawa tanah 10 ekar dijalan duta itu
merupakan tanah milik negeri selangor maka ianya secara automatik dimiliki oleh
sultan. perselisihan ini reda beberapa ketika tanpa ada keputusan muktamadnya.
pada tahun berikutnya sultan perak secara indirectly menegur
kerajaan negeri dalam titahnya dalam perutusan hari raya haji di masjid kuala
kangsar. antara intipati teguran tersebut berkisar kepada keengganan kerajaan
negeri menuruti beberapa permintaan istana. sekali lagi krisis ini reda untuk
beberapa ketika.
krisis raja2 dan pemerintah panas kembali pada tahun 1981
antara dr mahathir dan sultan pahang yang ketika itu menjadi YDPA. ianya
berpunca tentang konsesi balak. menteri besar pahang abdul rahim bakar telah
'diminta' oleh dr mahathir untuk meletakkan jawatan bagi meredakan ketegangan
yang cukup serius antara kerajaan dan sultan pahang.
bermula dengan isu inilah maka dr mahathir telah mengambil
langkah berani melakukan PINDAAN PERLEMBAGAAN pada 1983. antara intipati
pindaan perlembagaan tersebut adalah :-
MEMASTIKAN YANG DIPERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA TIDAK MENJADI
PENGHALANG KEPADA PENGESAHAN KEPADA RANG UNDANG-UNDANG YANG TELAH DILULUSKAN
OLEH PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI.
sebahagian raja-raja melayu menentang pindaan perlembagaan
tersebut.paling ketara ialah sultan pahang yang bertindak selaku YDPA telah
tidak hadir dalam majlis mesyuarat raja-raja ke 128 di kota kinabalu. tindakan
baginda ini telah menimbulkan protes dikalangan menteri-menteri besar dan ketua
menteri.
menteri besar kedah syed nahar shahbudin telah mengadakan
mesyuarat tergempar dikalangan menteri2 besar dengan menyatakan bantahan kepada
penyimpan mohor besar raja-raja.mb trengganu wan mokhtar ahmad membuat draf
bantahan yang ditandatangani oleh kesemua mb2 dan ketua menteri.
krisi tidak berakhir disitu. mb kedah telah mengadakan rapat
umum terbesar bagi menyambut kepulangan dr mahathir daripada kota
kinabalu.perhimpunan rakyat itu dihadiri lebih daripada 50 ribu orang dan
tatkala dr mahathir menjejakkan kakinya di airport kepala batas pada 26 nov
1983 beliau telah mengucapkan kata-kata penting di depan lautan manusia
"KITA TIDAK LAWAN SESIAPA,KITA TIDAK AMBIL KUASA SESIAPA,TETAPI APA YANG
HENDAK DIPERJUANGKAN ADALAH MENURUT KEHENDAK PERLEMBAGAAN'.
perhimpunan di kepala batas merintis kepada perhimpunan
besar-besaran di seluruh negara bagi menyatakan bantahan kepada keengganan YDPA
menandantangani pindaan perlembaan 1983. namun setelah beberapa ketika akhirnya
timbalan YDPA sultan selangor telah menandatangani pindaan tersebut mewakili
YDPA.
KRISIS TERCETUS KEMBALI.1993 IMUNITI RAJA2 DITARIK .
pada 1 disember 1992 detik hitam bermula kembali. insiden
jurulatih hoki maktab sultan abu bakar douglas gomez dipukul oleh sultan johor
telah menjadi titik tolak bermulanya krisis kekebalan raja-raja melayu
dihapuskan.
7 disember timbalan ketua polis negara rahim nor dalam
pertuduhannya telah menamakan sultan johor sebagai 'orang yang memukul douglas
gomes di bukit serene johor'.timbalan perdana menteri ghafar baba telah membawa
usul penyalahgunaan kuasa oleh raja2 kepada rakyat. malah ahli parlimen arau YB
shahidan kassim telah memberitahu sidang dewan rakyat bahawa keluarga diraja
johor telah melakukan 23 kes salah laku sejak tahun 1972.
pada 11 disember 1992 kerajaan telah meminda perlembagaan
yang menghadkan kekebalan raja-raja melayu. dalam keadaan yang semakin hangat
itu pelbagai kesalahan telah dibongkar. insiden TMJ mendera seorang anggota
polis dengan menyuruhnya mengawal kandang anjing di belakang istana dan
digelarkan anggota polis tu sebagai anjing telah menggemparkan seluruh negara.
'hanya orang yang kurang waras sahaja sanggup memanggil orang lain sebagai
anjing'..itulah luahan kata2 sesal rahim noor bila ditanya tentang insiden
tersebut.( patutlah anwar ditumbuk oleh rahim nor dalam lokap dalam insiden 20
september 1998 bila anwar memanggil rahim nor bapak anjing ! )
21 jan 1993 TMJ dihadapkan di mahkamah majistret kerana
mendatangkan kecederaan kepada mohd jafar selvaraj seorang penjaga gol hoki.
bagaimanapun kes itu selesai dan mangsa hanya mendapat gantirugi sebanyak rm1k
sahaja. TMJ dibebaskan dan keputusan ini telah membangkitkan kemarahan rakyat.
anwar..siapa lagi kalau bukan anwar. kepala munafik ini
antara manusia terlicik dalam dunia mengambil peluang di atas insiden orang
lain mencapai cita2 politiknya ! 1993 merupakan tahun pemilihan agung umno.
anwar yang pada asalnya loyal untuk tidak menentang ghafar baba bertukar
pendirian. dan dikala keputusan tidak memihak kepada jafar selvaraju inilah
anwar telah mengambil peluang 'mencurahkan minyak kedalam api' .
15 JAN 1993 ANWAR BIN IBRAHIM TELAH MENGGERTAK KESELURUHAN
RAJA-RAJA MELAYU DENGAN MENGAJAK SELURUH BANGSA MELAYU MENGADAKAN PUNGUTAN
SUARA ... SATU LANGKAH LAGI UNTUK TERCETUSNYA REVOLUSI !!!!!!!!!!!!
MALAH ANWAR JUGA TELAH MENCADANGKAN AGAR KEISTMEWAAN DAN
KEMUDAHAN RAJA-RAJA MELAYU YANG TIDAK TERKANDUNG DI DALAM PERLEMBAGAAN DI TARIK
BALIK. OLEH KERANA UGUTAN LUAR BIASA INI MAKA MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU DALAM
MESYUARATNYA YANG KE 150 PADA 11 FEB 1993 TELAH MEMPERKENANKAN PINDAAN
PERLEMBAGAAN MENGHAPUSKAN IMUNITI INI.
SOALAN GAP KEPADA ANWAR ..'KENAPA BAGI IMUNITI DAN BUKANNYA
KUASA' ?
anwar pengamal the art of war karangan sun tzu, samalah
seperti tun mahathir,lee kuan yew dll nama2 hebat politik dunia. salah satu
tajuk popular dalam kitab ini ialah kisah kucing dan tikus. satu ketika seorang
panglima di negara china risau akan kelakuan seekor tikus yang bermaharalela
membuat kotor di rumahnya.. panglima ini pergi ke kedai menjual
kucing,harapannya agar dapatlah kucing yang dibeli menangkap tikus di
rumahnya.maka penjual telah memberikan kepada panglima tadi kucing yang pantas
boleh menangkap tikus.namun setelah beberapa hari panglima ini datang balik ke
kedai tersebut dan memberitahu bahawa kucing ini tidak berjaya menangkap tikus
di rumahnya lagi. lalu digantikannya dengan kucing yang lain dan kegagalan demi
kegagalan dialami. berpuluh kucing yang dibeli masih tidak mampu juga menangkap
tikus tersebut.
panglima itu berasa kecewa dan dalam perjalanan pulang ke
rumahnya dia berjumpa dengan seorang budak yang sedang mendukung seekor kucing
yang tidor di pangkuannya.beliau menceritakan masalahnya kepada budak itu dan
setelah faham akan masalahnya budak itu memberikan kucingnya yang pemalas itu
kepada panglima tersebut.jaminan budak itu tikus pasti tewas di tangan kucing
nya ! panglima tersenyum dan kerana tidak mahu mengecewakan hati budak tersebt
maka kucing dibawanya pulang. 3 hari berlalu dan kucing itu sentiasa
tidur.tikus yang leka dengan kucing tidur tadi terus bermaharalela kerana menyangka
kucing tersebut akan senantiasa tidur. sayang nasib tikus tadi malang kerana
kucing yang disangka sentiasa tidur itu rupanya sedang memerhatikan gerak
gerinya. satu hari seperti biasa tikus tadi lalu di depan kucing yang
disangkanya sentiasa tidur,,entah mana datangnya tatkala lalu di depan kucing
tadi si tikus terus disambar lalu dimakannya ! maka tamatlah riwayat si tikus
mati ditangan kucing yang kaki tidor....
begitulah perumpamaan taktik politik anwar ibrahim. beliau
berani memberikan janji imuniti kerana yakin pada satu hari akan tiba masanya
raja2 melayu ini akan berbuat silap dan disitulah perangkap akan mengena.
strategi memberi satu dan mendapat pulangan sepuluh dalam fikirannya. jika
sekarang beliau boleh memberikan imuniti sekurang-kurangnya persepsi bangsa
melayu sedikit sebanyak akan memihak pada beliau. dan ini akan pasti membalut
luka2 yang tercalar selama 8 bulan pakatan rakyat membuat onar.
kiranya selepas kekebalan diberikan maka anwar hanya perlu
menunggu masa sahaja untuk raja-raja melakukan kesilapan.pada waktu itulah
anwar akan sekali lagi mengambil peluang menekan semula raja2 melayu. dan
mungkinkah era KETUANAN RAKYAT yang selama ini diidamkan oleh anwar akhirnya
akan mengambil alih pemerintahan KETUANAN MELAYU YANG BERPAKSIKAN SULTAN ?
inilah strategi politik jahat yang anwar sedang aturkan. percaturan inilah yang
anwar telah kemukakan kepada pimpinan DAP dan erdogan. Patutlah 10 hari selepas
kongres PKR yang mahu imuniti diberikan semula, kita langsung tidak mendengar
kata2 bantahan terutamanya pimpinan DAP ! kit siang dan karpal diam seribu
bahasa.mereka bersetuju.kerana apa ? kerana sumber dalaman tertinggi pimpinan
PKR memberitahu gap bahawa anwar telah elobrate secara detail game imuniti ini
kepada DAP !
tumbangnya shah iran dan sistem beraja nepal merupakan hasil
daripada PENGEKALAN SISTEM IMUNITI BERAJA. bila raja gnaendra melakukan
kesilapan demi kesilapan dan beliau KEBAL dalam sistem perundangan maka seluruh
rakyat nepal telah memberontak ! dan kealpaan inilah yang dimahukan oleh
anwar..memberikan kekebalan kepada raja2 melayu dan yakin satu hari tatkala
raja2 melayu ini terleka maka anwar berpeluang menjadi raja di malaysia !
kenapa anwar beriya2 mahu memberikan imuniti dan bukannya
mengembalikan kuasa raja ? kerana jika anwar berjanji pada kongres PKR untuk
mengembalikan kuasa raja2 melayu maka akan hilanglah sokongan sokongan bukan
melayu pada anwar..hilanglah sokongan cina dan india,hilanglah sokongan NGO
liberalis,hilanglah sokongan bar council ! selama ini anwar dijulang oleh
bangsa2 lain kerana janjinya mahu memberikan hak sama rata, apa juga semuanya
sama rata baik hak agama hak bangsa !
peristiwa 1993 sudah berlalu.kini sudah 15 tahun raja-raja
melayu tidak memakai pakaian imuniti.hubungan antara raja/pemerintah dan rakyat
berada di dalam keadaan yang cukup baik selama ini.kredibiliti raja-raja melayu
semakin harum di mata rakyat.sebut sahaja nama raja nazrin kita akan terbayang
future YDPA yang hebat.anwar..fatimah puteri nabi saw pun akan dipotong
tangannya kalau didapati mencuri.keturunan nabi saw pun tidak kebal wahai anwar
maka apa taraf kau menjanjikan kekebalan pada manusia wahai anwar !
ANWAR RAJA2 MELAYU TIDAK PERLUKAN IMUNITI..RAJA2 MELAYU
CUKUP SEDAR PERMAINAN POLITIK KOTOR KAMU ! LIHAT SAHAJA PENETAPAN MAJLIS RAJA2
BARU2 INI YANG MEMBERI AMARAN AGAR JANGAN SEKALI2 ISU KETUANAN MELAYU DN ISLAM
DIPERSENDAKAN ! BUKANKAH ITU AMARAN CUKUP JELAS DITUJUKAN KEPADA KAMU DAN
KONCO2 MU !! KAMU INGAT KALI INI MUDAH UNTUK KAMU GULA-GULAKAN SEKALI LAGI
RAJA2 KAMI ! NEHI BETI NEHI...KALAU KAMU ANAK JANTAN WAHAI ANWAR....
GAP CABAR KAMU ANWAR UNTUK BERANI KATAKAN SEKALI LAGI PADA
SELURUH RAKYAT MALAYSIA BAHAWA ANWAR BIN IBRAHIM DENGAN INI MENCADANGKAN AGAR
KUASA RAJA-RAJA MELAYU DIBERIKAN SEMULA !
GAP CABAR KAMU ANWAR KATAKAN, SAYA DENGAN INI MENCADANGKAN
AGAR RAJA-RAJA MELAYU DIBERIKAN KUASA PEMUTUS MENGHALANG ORANG MELAYU MURTAD !
GAP CABAR KAMU ANWAR KATAKAN, SAYA DENGAN INI MAHUKAN
RAJA-RAJA MELAYU MEMPUNYAI KUASA PEMUTUS DALAM PENGUATKUASAAN ARTIKEL 153 !
GAP CABAR KAMU ANWAR KATAKAN, SAYA DENGAN INI MENCADANGKAN
RAJA-RAJA MELAYU MEMPUNYAI KUASA KHAS MENGAWAL SELIA DAN MENAMBAHBAIK SEGALA
DASAR-DASAR BERKAITAN EKONOMI DAN SOSIO ORANG MELAYU SUPAYA TERUS KEKAL !
BERANI KAH KAMU ANWAR?
baca seterusnya :sini
No comments:
Post a Comment