Jika Pakatan Rakyat kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13) Ahad ini, patutkah
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib
Tun Razak mengarahkan Editor Harakah, Suara Keadilan dan Roketkini datang
menemuinya untuk meminta maaf?
Ini kerana terlalu banyak fitnah yang dilemparkan oleh
akhbar-akhbar berkenaan terhadap beliau. Bukan sahaja terhadap batang tubuh
Najib yang dituduh korup dan terbabit dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu,
malah keluarganya dipalit sama.
Lazimnya editor-editor berkenaan bertanggungjawab kepada
beberapa tokoh pimpinan parti seperti Ketua Penerangan atau publisiti. Malah
ada juga yang melapor terus pada presiden atau timbalan presiden parti.
Sehubungan itu, wajarkah jika pakatan pembangkang kalah,
Najib memanggil pemimpin parti berkenaan untuk turut meminta maaf.
Jika Najib bertindak demikian tentu orang akan mengatakan
beliau
seorang pendendam dan “tidak boleh bersenda-gurau dalam dunia politik”.
Dituduh dengan pelbagai dosa dan difitnah pelbagai jenayah adalah lumrah bagi
ahli siasah.
Namun Najib ialah seorang budiman. Sejak menjadi ahli
Parlimen Pekan pada 1976 hingga memikul tanggungjawab Menteri Besar Pahang, dan
akhirnya menjadi perdana menteri, dendam bukanlah ciri khas peribadinya.
Seseorang pemimpin haruslah ikhlas mahu berbakti kepada
rakyat. Pemimpin juga harus mendengar dan menerima teguran. Saidina Umar yang
tegas dan garang pun dipertikai oleh rakyat dari mana beliau mendapat ongkos
memiliki jubah baru semasa beliau sedang berkhutbah.
Bagaimanapun sifat-sifat ini nampaknya tidak ada pada Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Belum menang dan dengan rasminya
dilantik menjadi perdana menteri Malaysia beliau telah mengumumkan senarai
siapa yang patut meminta maaf daripadanya.
Beliau mahu TV3 dan Utusan meminta maaf. Mereka juga akan
diarahkan untuk bersedia mewawancaranya mengenai kemenangannya. Pelik seorang
bekas pemimpin gerakan Islam kini menyerlahkan sisi pendendamnya dan juga
keangkuhan yang luar biasa.
Sebenarnya keangkuhan Anwar ini adalah di luar batas
undang-undang. Jika Anwar terlalu marahpun dengan mana-mana pihak dan menuntut
mereka memohon maaf kepadanya, beliau harus menggunakan saluran yang betul.
Perkara mencari hukuman setimpal kerana berasa diri difitnah
harus diuruskan oleh Mahkamah, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir
Jasin. Tuntutan pampasan atau permohonan maaf mesti ditentukan oleh mahkamah.
Soalnya, benarkah Anwar akan jadi perdana menteri? Jawabnya,
sekalipun beliau benar-benar jadi perdana menteri, beliau harus menghormati
undang-undang. Belum duduk sudah mahu berlunjur. Bayangkan jika Anwar
memerintah kelak tidakkah beliau akan “beraja di mata dan bersultan di hati”?
Inilah orangnya yang mahu mengubah kerajaan sedia ada kerana
kononnya mahu memberi rakyat kebebasan bersuara. Rupanya Anwar tidak ikhlas.
Anwar ialah seorang pendendam dan mempunyai ego yang sangat besar.
Teruskan membaca : di sini
No comments:
Post a Comment