Usaha para wartawan bergegas ke Masjid Rusila dekat sini,
bagi membuat liputan mengenai Datuk Mustafa Ali yang dikatakan bersedia
bersumpah laknat sebaik sahaja selesai solat Jumaat di masjid itu sebelum ini,
ternyata sia-sia.
Setiausaha Agung Pas itu bukan hanya tidak melakukan sumpah
laknat seperti diuar-uarkan, malah kelibatnya juga langsung tidak kelihatan
sehingga selesai solat Jumaat.
Desas-desus Mustafa mahu membuat sumpah laknat itu tersebar
luas menerusi laman blog propembangkang sejak semalam, menyebabkan sebahagian
besar wartawan menunggu beliau di masjid tersebut sejak awal pagi Jumaat yang
lalu.
Mustafa dikatakan akan membuat sumpah laknat itu berhubung
penyebaran rakaman video seks seorang lelaki yang miripnya baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, sebaik sahaja selesai solat Jumaat dan
sehingga pukul 2 petang selepas sebahagian besar jemaah mula meninggalkan
masjid itu, kelibat Mustafa langsung tidak kelihatan.
Malah, para wartawan yang setia menunggu juga dimaklumkan
oleh penyokong Pas mereka tidak mengetahui mengenai upacara sumpah laknat
seperti disebarkan menerusi internet itu.
Antara blog yang menyiarkan mengenai maklumat itu ialah
http://azmykelanajaya.blogspot.com menerusi entri bertajuk '#PRU13 : Sah
Mustapha Ali Sumpah Laknat Di Masjid Rusila Esok !!'
Pelaku yang dikatakan "mirip" Mustafa Ali
Blog itu antara lain menyebut: "Khabar gembira buat
penyokong Pas dan menurut sumber dalaman, esok (Jumaat, 26 April) selepas solat
Jumaat, Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas, akan mengadakan upacara sumpah
laknat di Masjid Rusila!!
"Ini berikutan tekanan yang terlalu kuat datang dari
pelbagai sudut yang inginkan penjelasan konkrit, bukan memberi 1001 alasan
seperti Anwar bin Hj Ibrahim.
"Alasan, bukan seperti perut saya..bukan seperti saya..
mirip saya.. fitnah.. kerja jahat UMNO," ini semua alasan karut kata
sumber !
"Insya-Allah selepas solat Jumaat esok kita tunggu..
aakj dan team sudah d Terengganu..sabar ye..kita mohon agar beliau tenang
semasa bersumpah !!"
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan penyebaran meluas
rakaman video seks lelaki yang mirip Mustafa menerusi laman blog serta dalam
bentuk video cakera padat (VCD) di beberapa kawasan di sekitar negeri ini.
Berikutan penyebaran video itu, Mustafa menerima tekanan
banyak pihak supaya segera membuat laporan polis bagi membuktikan dirinya tidak
terbabit dalam video tersebut namun beliau sehingga kini belum membuat laporan
tersebut.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment