1. Ketika
menjadi Menteri Kewangan, Anwar berselindung di sebalik 'Program Kontraktor
Wibawa' untuk menganugerahkan banyak projek-projek utama kerajaan kepada
kawan-kawannya dlm bidang pembinaan. Lankhorst Pancabumi Sdn. Bhd., TRC Sdn
Bhd, Johawaki Sdn Bhd dan Pembinaan Ahmad Zaki Sdn Bhd sering memperolehi
kontrak-kontrak besar kerajaan walaupun 'rotation' bagi mendapatkan projek adalah
bergilir di kalangan 200 kontraktor binaan.
2. Saya
tidak pertikai syarikat-syarikat yang telah disebutkan, kerana mereka 100%
bumiputera. Sekarang pun ada antara syarikat tersebut telah gulung tikar dan
hidup segan mati tak mahu. Namun ada juga yang berjaya mengharungi rintangan
dan kekal bertahan hingga kini. Saya dimaklumkan penganugerahan projek-projek
tersebut adalah 100% kuasa Menteri Kewangan serta tidak boleh dicabar walaupun
melalui proses perundangan. Ini yang wajar dipertikaikan! KUASA MEMBERI PROJEK!
3. Anwar
juga telah menganugerahkan projek penyelenggaraan sekolah seluruh Sabah dan
Sarawak kepada Datuk Sng Chee Hua, jutawan Sarawak, pernah menjadi rakan niaga
Datuk Ibrahim Abd. Rahman (bapa Anwar) dalam SAAG Bhd. Rumah mewah Datuk
Ibrahim (2 buah bersebelahan) di Country Heights, Kajang yang bernilai RM??
juta adalah faedah semasa menjadi Pengarah di SAAG Bhd. dan IOI Corp. Bhd,
semasa AnWAR menjadi Menteri Kewangan.
4. Anwar
pernah juga menarik anugerah projek pembinaan Hospital Slim River dari Tabung
Haji Construction untuk diberi kepada Health Solution Sdn Bhd, sebuah syarikat
yang induknya di Singapura. Pengarah Urusan Health Solution, Desmond Teoh
sering mengunjungi Anwar di KL dan Desmond kini rapat dengan YB Malek Kassim
(Exco P.Pinang). Health Solution dalam rangka melobi beberapa projek di P.Pinang
menggunakan Anwar dan Malek, namun menghadapi beberapa kesukaran teknikal yang
berkaitan kuasa kerajaan pusat.
5. Berkaitan
penarikan projek Tabung Haji Construction, TS Hamid Othman (bekas Menteri JPM- Allahyarham))
menyedari dan kesal dengan tindakan Anwar. Berkaitan dengan Datuk Sng Chee Hua
pula, kos hiasan kayu dalam bahagian rumah Anwar di Segambut ditaja oleh Datuk
Sng Chee Hua. Kayu tersebut dibawa dari Sarawak. Perkara ini diurus oleh bekas
pegawai Anwar yang bertanggungjawab dalam media, kini usahawan berjaya.
6. Anwar masih
punya sebahagian adegan video V.K. Lingam yang tidak mahu diserahkan kepada
SPRM, walaupun diminta berbuat demikian. Sebahagian video
tersebut digunakan untuk 'bargain' pemilikan bangunan PKR yang didaftarkan atas nama
'seorang ahli keluarga yang dipercayai'. 'Deal' tersebut amat mudah, pemilik
premis (Tropicana) harus bersedia 'memudahkan' urusan pemilikan dan Anwar tidak
akan mendedahkan sebahagian lagi isi kandungan video tersebut, sekurang-kurang
buat masa ini. (Sudahlah sumber pembiayaan pejabat PKR dari wang judi,
prosesnya pula dari kegiatan RASUAH....)
Apakah
tindak-tanduk Anwar itu bukan rasuah namanya. Jika orang lain buat itu rasuah,
jika Anwar yang buat, mahu disebut apa ? Anwar memang licik orangnya,
dipercayai segala perlakuannya ini tidak meninggalkan kesan, ahli PKR sendiri
tahu Anwar mengamalkan ini, namun sering terpedaya dengan alasan remeh Anwar,
namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya kan jatuh ke tanah
jua.................
No comments:
Post a Comment