Pembangkang
kecoh mendakwa BN sedang bergelut dengan pembahagian kerusi serta menghadapi
masalah calon termasuk mensensasikan semula kisah Zulkifli Nordin 10 tahun lalu
bagi meraih sokongan masyarakat India.
Kata dulang
paku serpih, kata BN bergolak, PKR pula yang lebih!
Penulis
menerima beberapa dokumen yang berupa transkrip emel melibatkan pergolakkan
dalaman di antara PKR dan PAS di Terengganu setelah rundingan berhubung
pembahagian kerusi Parlimen dan DUN sehingga PKR bertindak memboikot dan
mengeluarkan pekeliling membatalkan semua program berkaitan PAS.
Pekeliling
bertarikh 4 Oktober 2011 itu dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PKR yang
menyatakan program PKR di Terengganu. Nampaknya pembangkang bukan baru
berhadapan masalah merebut kerusi, malah ia bergolak sejak tahun 2011.
Pergolakkan
dalaman di antara PKR dan PAS ini berpunca dari sessi rundingan kerusi kerana
PKR mendakwa PAS bersikap kurang ajar dan tidak menghormati parti.
Pasukan
rundingan mendakwa PAS keras kepala dan kurang ajar kerana turut mahu menuntut
kembali kerusi DUN yang PKR tewas di bawah majoriti 1000.
Antara emel
bertarikh 27 September 2011 pasukan rundingan yang dihantar kepada Rafizi
Ramli, sebelum Rafizi bertindak memanjangkan perkara tersebut kepada Pejabat
Anwar Ibrahim melalui Abdul Rahman Yusof dan di c.c kepada Azmin Ali, Wan
Azizah, YB Azan, Mansor Othman, Nurul Izzah.
Dalam
transkrip emel bertarikh 27 September 2011 itu gesaan agar PKR memboikot PAS
turut dinyatakan dan perkara ini dibawa ke pengetahuan PKR Pusat.
Selepas
menerima aduan sikap kurang ajar PAS, PKR melalui Setiausaha Agung mereka
Saifuddin Nasution mengeluarkan Pekeliling membatalkan semua program dengan PAS
di Terengganu pada 4 Oktober 2011.
Selepas
rundingan tersebut buntu, pada 24 April 2012 Bendahari PKR Terengganu turut
menghantar emel SULIT kepada Presiden PKR Wan Azizah berhubung rundingan kerusi
di negeri itu.
Baca seterusnya di :Teganu Hot
No comments:
Post a Comment