Anwar
Ibrahim sudah mengerahkan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Tony Pua
untuk memberi TUMPUAN KHUSUS kepada LAPAN isu utama membabitkan AKUJANJI BN
yang baru dilancarkan oleh DS Najib.
SERANGAN
KHAS yang membabitkan kritikan keras ini perlu dilakukan secara berhati-hati
agar ianya tidak kembali BACKFIRE kepada Manifesto PR. Banyak kepincangan
Manifesto PR yang dilakukan secara tergesa-gesa sehingga TERTINGGAL tuntutan
royalti minyak untuk Kelantan. Agak memalukan ...
KEMUDAHAN
PERUBATAN
• Membuka
Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk
•
Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan
yang berkualiti kepada semua rakyat
• Menubuhkan
Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon –
Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak
• Mewujudkan
kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk
berkepadatan tinggi
•
Memperkenalkan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi
membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu
•
Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua
dan mereka yang menghidap sakit kronik
Tawaran
paling menarik ini perlu segera DIMATIKAN pembangkang. Di dalam manifesto PR,
isu ini sudah diberikan pertimbangan yang TERLALU SEDIKIT. terlalu sedikit.
Pembangkang
dalam jangkasama beberapa hari ini AKAN MENAWARKAN mewujudkan hospital khas
kanser dan sakit jantung di Kuching bagi memastikan sasaran DAP untuk menang
beberapa kerusi Parlimen dapat direalisasikan.
Kelemahan
beberapa projek oleh Kementerian Kesihatan bakal dijadikan ALASAN untuk
mengatakan projek-projek di atas tidak akan dapat dimajukan oleh BN.
HUBUNGAN
ANTARABANGSA
• Berjuang
untuk penubuhan sebuah negara Palestin
• Menyokong
usaha menjadikan ASEAN sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015
• Berusaha
memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan
antarabangsa melalui dasar kesederhanaan
•
Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan
dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun
• Membentuk
Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi
dan keselamatan kita
• Mengetuai
usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia
dan dadah
•
Memperbanyakkan program outreach kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti
Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja
Anwar
Ibrahim CUKUP KHUATIR dengan tawaran BN ini. Dalam Manifesto PR pun langsung
tidak ada tawaran sebegini. Dijangkakan pembangkang akan melakukan TAWARAN
BALAS Manifesto PR dalam masa terdekat ini.
INFRASTRUKTUR
•
Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan
• Membina
2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke
Serudung di Sabah
• Menyambung
Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat
• Membina
Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping
Tawaran
pembinaan 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga
ke Serudung di Sabah ini perlu DIMATIKAN pembangkang.
Rafizi
Ramli, Tony Pua ditugaskan untuk melihat mana-mana sudut SERANGAN yang boleh
dilakukan terhadap Pehin Taib Mahmud (untuk dikaitkan dengan kronisme,
anak-anak ketua Menteri Sarawak).
HARGA KERETA
• Menyemak
semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara
berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya
saing kereta nasional.
BN mempunyai
alasan kukuh untuk MENAWARKAN dan MENJANJIKAN kadar penurunan gradual. Rafizi Ramli
perlu akui beliau MENCIPLAK IDEA penurunan harga kereta dari Dasar Automotif
Nasional.
Kesilapan
Pengarah Strategik PKR ini adalah TIDAK MELIHAT dan MEMPERTIMBANGKAN KESAN
UTAMA kepada isu industri kereta terpakai, insuran dan lain-lain.
TOL
• Mengurangkan
bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat
Bakal
menjadi medan Rafizi Ramli untuk membuktikan syarikat-syarikat konsesi sudah
membuat keuntungan yang berlipat kali ganda. Pembangkang BAKAL JAHANAM jika BN
buat keputusan untuk MANSUHKAN tol jalan pinggir bandar. PR akan berhadapan
dengan masalah besar.
6.
PENDIDIKAN PERCUMA
•
Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang
menawarkan kelas pendidikan khas
• Berikrar
menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya
•
Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan
pelajar sebanyak 20%
•
Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah
•
Menyediakan laluan kerjaya baharu bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan
pangkat segera berdasarkan prestasi
•
Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus
institusi pengajian tinggi awam
•
Memperkenalkan skim pemilikan laptop di sekolah-sekolah bersama dengan
kemudahan Internet
Dijangkakan
Rafizi Ramli akan mengasak habis-habisan PENDIDIKAN PERCUMA dan PTPTN. Timbul
sedikit masalah memandangkan BUKU JINGGA tidak menyebut untuk MEMANSUHKAN
PTPTN. Anwar Ibrahim juga tidak boleh lari dari isu ini kerana beliau yang
bertanggungjawab memperkenalkan dan meluluskan PTPTN sewaktu dalam UMNO.
BR1M
•
Memperuntukkan RM6.4 bilion pada 2012-2013 untuk BR1M, Baucar Buku 1Malaysia
dan Bantuan Persekolahan
Serangan
dilakukan seperti biasa. Mengaitkan dengan isu rasuah politik namun pembangkang
TERPALIT juga dengan banyak rasuah-rasuah politik dalam Manifesto PR. Rakyat
sudah lama pertikai Manifesto PRU 2008 yang GAGAL DITUNAIKAN HAMPIR 89 PERATUS.
PERUMAHAN
• Membina
1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk
500,000 buah rumah PR1MA
• Memastikan
harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran
•
Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan Kerajaan
• Memulihkan
semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah
• Mengambil
alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam
• Membantu
pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka
•
Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa
•
Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet
melalui perkongsian Kerajaan-Estet
•
Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah
RM400,000
Tawaran BN
cukup luar biasa. Dijangkakan Tony Pua akan MENAMBAH LAGI TAWARAN dalam
Manifesto PR. Berkemungkinan Manifesto diperingkat negeri, terutamanya
Selangor.
No comments:
Post a Comment